Tak sengaja lewat depan rumahmuKu melihat ada tenda biruDihiasi indahnya janur kuningHati bertanya pernikahan siapa
Tak percaya tapi ini terjadiKau bersanding duduk di pelaminanAirmata jatuh tak tertahankanKau khianati cinta suci ini
Tanpa undangan , Diriku kau lupakanTanpa utusan . . . Diriku kau tinggalkanTanpa bicara . . . Kau buat ku kecewaTanpa berdosa . . . Kau buatku meranaKu tak percaya . . . Dirimu tegaNodai cinta . . . Khianati cinta
Tenda Biru
20 05 2007Comments : 1 Comment »
Categories : Uncategorized
keliru
14 05 2007Sukar untuk dijelaskan dengan kata-kata sebenarnya apa yang dilalui oleh hati yang kesunyian ini. Sebenarnya terdapat seribu lakaran kehidupan yang ingin disampaikan tetapi pada siapa.. Siapa sahaja dapat mendengar tapi tak dapat untuk meneliti yang didengarnya.
Kehidupan sangat sukar apabila setiap perkara berlaku tanpa dijangka dan tanpa waktu lalu menghalang perjalanan yang kita sangkakan lancar rupanya berliku-liku.
Hendak dimulakan tidak tahu bagaimana agar tafsiran tidak terpesong.
Dimulanya begini diakhirnya begitu.. itulah cerita sebenarnya.. dimana bila hati ini tertarik pada yang satu.. amat sukar untuk melepaskan sesuatu yang dipegangnya…. walupun pegangannya kurang kukuh.. tetapi amat erat untuk memberi makna satu kepercayaan. Walaupun begitu.. terlepas jua dari genggaman yang membawa kepada satu perpisahan yang memberi kesan yang cukup mendalam lalu melalui liku-liku yang menghalang perjalanan itu berjalan terus dan terus tanpa gangguan.
Tekad dihati tidak ingin lagi bertemu dengan saat seperti itu lagi dan ingin kuburkan perasaan itu buat seketika.. Tanpa dijangka perasaan itu wujud kembali tanpa disedari dengan insan yang berbeza.. tetapi kelekaan membawa kepada padah dimana kesannya amatlah dirasai didalam hati. Ditambah pula dengan keadaan sekeliling yang tidak memberi ku pilihan untuk bebas… aku hanya membebaskan diri ini dengan secebis ruang dengan pancaindera yang ada.
Pengalaman yang sudah memberi banyak pengajaran kepadaku untuk memilih hidup yang aku perlu pilih. Memang setiap insan perlukan insan untuk dikasihi. Diakui bahawa tiada insan yang ingin berseorangan.. Tetapi bagaimana jika wujudnya detik dimana aku harus memilih tetapi tiada pilihan..??
Apabila bermulanya satu ikatan maka berakhirlah sesuatu yang dinamakan perasaan…. bermulanya perasaan yang sememangnya sukar untuk dijangkakan… Pada saat itu segala kebarangkalian yang tidak dijangka, wujud… Maka dengan itu tiada lagi kata-kata yang dapat memberi pilihan hanya berundur diri.
Diundurnya diri bukan bermakna mengalah.. tapi memberi ruang.. tapi apakan daya… hanya dapat mendengar kritikan yang ada disekeliling.. apakan daya.. hanya berserah..
Comments : 1 Comment »
Categories : Uncategorized
Terima Kasih
14 05 2007Seringkali aku mencari makna sebuah persahatan dan bagaimana rupanya suatu ikatan yang tidak dapat dipisahkan dari hati. Mungkin pada zahirnya tidak dapat untuk bersama tetapi dihati dapat memberi seribu makna sebuah kehidupan yang sememangnya harmoni.
Apabila kita gembira merekapun gembira.. Apabila kita sedih merekapun turut merasakan bersama. Tetapi ada juga yang cuba mengelak untuk merasainya bersama kerana mereka merasakan ada sesuatu yang lebih penting untuk dilakukan bersama dengan orang yang serupa dengan mereka kerana itulah kehidupan mereka untuk menceritakan dan bukan untuk berkongsi.
Sudah sekian lama aku mencari sesuatu yang telah lama aku kehilangan dimata mungkin tidak dihati. Allah SWT telah memberikan aku kembali apa yang sebenarnya aku cari dan aku harus bersyukur dan berusaha untuk mempertahankannya kerana itu adalah sesuatu yang sememangnya aku cari dan sesuatu yang aku ingini dan telah ditunaikan dan ditunjukkan didepan mata aku sendiri….
Terharunya hati dan perasaan. Tetapi aku tidak dapat untuk menggambarkannya kerana itu terbatas akibat persekitaran yang tidak membenarkan. Aku redha dan aku terima seadanya. Mungkin ini bukan waktunya untuk aku merasakan segalanya. Aku hanya dapat melihat dan seterusnya menyimpan dan seterusnya bercerita dengan hati aku mengenai apa yang aku perolehi dari apa yang aku lihat.
Sesungguhnya dunia ini banyak ragamnya. Dari yang buruk ke baik dan sebagainya. Tetapi suatu yang singkat telah memberi aku maknya yang akan ku bawa ke sepanjang zaman. Hari demi hari aku mencari dan aku perolehi. Tetapi aku mungkin tidak akan ketemu saat itu setiap hari, Cuma aku berharap semangat yang aku peroleh itu akan kekal bersama diri aku untuk aku mengharungi kehidupan ini.
Terima kasih kepada insan yang bergelar saudara dan saudariku.. Terima kasih jua aku ucapkan kepada seorang yang dinamakan sahabat. Yang menunjukkan kepada ku makna sebuah kehidupan walau dengan ungkapan ‘datanglah…’ yang dapat memberi aku makna yang cukup mendalam…
Comments : Leave a Comment »
Categories : Uncategorized
Jiwa kacau
14 05 2007Kadangkala apa yang sebenarnya kita hajati atau fikirkan sebenarnya tidak semestinya menjadi. Kadangkala juga keriangan yang ingin dikecapi jua akan hilang dan tidak muncul untuk sekian waktunya.
Amat susah sebenarnya untuk memahami sebuah keadaan dimana kita sendiri sukar untuk memahaminya. Amat payah untuk memikirkan jalan agar kewujudan kita yang sebenarnya halimunan walaupun sentiasa bersama.
Sebenarnya kehidupan ini banyak cabangnya Cuma kita perlu memilih cara bagaimana untuk menghadapinya. Beberapa perkara kekadang suakr untuk dipikul tetapi diharungi jua demi sesuatu yang dinamakan ikatan yang sukar untuk dipisahkan.
Hati ini kekadang kurang faham apakah peranannya apabila kita berada dalam situasi yang kita sendiri tidak berada dalam kehadiran itu. Tetapi aku percaya akan ada hikmah disebaliknya.
Comments : Leave a Comment »
Categories : Uncategorized
Kenapa Utara tidak diserang Portugis
10 05 2007Tolong sebarkan perkara ini (Sejarah Penjajahan Tanah Melayu) kepada kawan kawan kita supaya kita semua dapat kesedaran di sebalik sejarah yang sengaja tak didedah disebabkan agenda tertentu.. Semoga dari pendedahan ini kita mengambil iktibar betapa Ketuanan Melayu disanggah selama ini…..1508: Alfonso de al buqurque menyampaikan hasratnya kepada Raja portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke Asia Tenggara ( Melaka pusat perdagangan asia tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera 158 biji kapal, 15300 ( anggaran) bala tentera1509: Portugis menhantar perisik ke Melaka untuk megetahui keadaan kekuatan pertahanan disanaOct 1511: Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu,Hang Jebat dan Hang Kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15k askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersudara..akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah hampir kecewa dan putus asa…1512: Setahun 12 bulan kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Perlis, Kedah dan P.Pinang, yang ketika itu adalah pusat pegeluaran tebu untuk gula rantau ini,…Feb 1512:Alfonso menghantar perisik ke perlis, kedah dan pulau pinang un tuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan.. .Seminggu selepasFEB 1512, Perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso Di bawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Al fonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarahPerisik 1.2.3: selamat pagi tuan (sambil bertabik)Alfonso: selamat pagiPerisik 1: Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawa Perlis, Kedah dan Pulau PinangAlfonso: Kenapa kuat sangat kah mereka itu..? ( dengan nada marah dan bongkak)Perisik 2: Untuk menawan melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15k bala tentera, inikan pula kita nak menawan Perlis, Kedah dan P.Pinangyang mempunyai beribu ribu hang..Perisik 3: Betoi tu tuan…antaranyahang sihat, hang buat apa, hang apa khabar, hang lagu mana,hang pi mana,hang nak pi mana, hang singgah dulu bapak hang,mak hang, adik hang, tok hangmacam macam lagi hang ada kat sana…..Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang disebabkanpengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu Melaka amatngeri……ini kan pula nak berhadapan beribu ribu hang kat situ.scroll sampai bawah…..lagi….lagi…Hang tunggu apa lagi…hang nak mampuih ka….hang pi buat kerja nu!!!
Comments : Leave a Comment »
Categories : Uncategorized
Mempertahankan…
4 05 2007Sememangnya amat susah untuk menjelaskan sesuatu yang bukan berada dimata kita atau sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Ianya seolah-olah ilusi yang hanya dapat dilihat dengan mata hati yang benar-benar memahaminya.
Walaubagaimanapun kita harus memilih waktu yang baik untuk membicarakan tentang sesuatu yang melibatkan perasaan. Perasaan adalah sesuatu yang sukar untuk digambarkan dengan pancaindera yang hanya mempersoalkan sesuatu tanpa memikirkannya terlebih dahulu. Apabila berhadapan dengan situasi yang sedemikian kita haruslah berlaku jujur dengan harapan orang yang menerima itu adalah sejujur sebagaimana yang kita mahukan. Jika tidak, perlakuan yang baik sebenarnya akan menjadi tersangat buruk sehingga individu itu sendiri tidak dapat menahannya lalu terpaksa mengikuti liku-liku yang berbahaya tetapi dikaburi dengan bimbingan yang hanya melepaskan batuk ditangga.
Selalunya fikiran kita yang kita rasa baik itu akan melencong dan terus melencong mengikuti arus yang deras tanpa menanti kita untuk berfikir sejenak. Apabila kita hanyut, tiada siapa akan menolong kita sebaliknya mereka akan terus lari dan berlari mencari pautan agar mereka tidak hanyut bersama kita. Inilah yang dinamakan kehidupan dimana apa yang sebenarnya kita nampak dengan mata kasar sememangnya adalah watak yang dipegang oleh individu sekeliling kita untuk mempersendakan watak yang kita bawa.
Amat susah untuk mempercayai sebuah realiti sebab itu kita harus mengikuti kehidupan walaupun kita mungkin akan ketinggalan seketika. Kekadang apa yang kita rasa betul dan baik, tidak pula dimata yang lain. Sebaik-baik usaha kita diludahnya kembali dengan air peria yang sememangnya pahit sehingga menusuk kedalam isi yang sememangnya manis tidak terhingga.
Meratapi sesuatu yang berlalu walaupun seketika kekadang tidak akan membawa kita kehadapan. Tetapi sejenak untuk apa yang telah kita usahakan dan apa yang telah kita kecapi pada asalnya akan membawa kita kepada satu dunia yang memberi kita makna sebuah kehidupan.
Kehidupan ini sebenarnya indah. Tetapi manusia itu yang mencoraknya untuk menjadi haru biru sehinggakan mereka sendiri sukar untuk mencari jalan keluar dimana mereka haru mengorbankan sesuatu yang amat bermakna dalam hidup mereka.
Kadangkala suatu tarikan yang kecil dapat mengubah persepsi yang cukup besar yang dipegang selama ini. Kehidupan adalah sesuatu yang amat bermakna andaikata kita memahaminya dengan keserian.
Apabila hati sudah mula merasa sesuatu yang baru, maka fahamilah kehendak hati itu yang didorong oleh akal yang waras yang akan membawa kita kepada masa depan yang lebih baik.
Bagaimanakah sebenarnya untuk diri kita menjelaskan tentang sesuatu yang amat sukar untuk difahami oleh orang lain. Apabila hari demi hari meratapi sesuatu yang kita hilang dan tak akan kembali berlandaskan satu sebab yang tidak munasabah. Adakah kita harus mengikut haluan yang ditelunjuk itu dan terus melalui liku-;uki merbahaya ataupun teruskan dengan kekuatan yang ada untuk menghadapi kemungkinan yang ada dan seterusnya mencetuskan sesuatu yang sememanya kita ingin hindari.
Bersambung…
Comments : Leave a Comment »
Categories : Uncategorized
Tujuan
4 05 2007Kekadang bila kita bersendirian memikirkan sesuatu yang terjadi di sekeliling kita. Kita akan terasa seperti kita yang ketinggalan akan segalanya kerana walaupun itu bukan kehendak kita, tetapi ianya tetap menjadi satu persoalan yang cukup untuk memberikan kita seribu jawapan.
Bila difikirkan kembali adakah kita tidak adil kepada sesiapa kerana aral yang berlaku. Kekadang terfikir juga kenapa kita diperlakukan sedemikian rupa. Adakah diri yang inginkan sesuatu itu memerlukan suatu pengorbanan yang cukup hiba dan tidak dapat diberikan dengan sesuatu yang mutlak???
Suka sungguh apabila sesuatu yang kita kehendaki itu tidak kita kecapi hanya kerana bukan salah kita. Kita harus menerimanya dengan seadanya kerana bukan kita yang mengawal segalanya tapi apa yang kita kehendaki itulah yang mengawal segalanya kerana kita tidak dapat memaksa seuatu ke arah kita tetapi kita hanya akan menuju kearahnya kerana itulah tujuan utama kita untuknya.
Comments : Leave a Comment »
Categories : Uncategorized
Halaman untuk harapan
4 05 2007Sesuatu yang tidak kita ketemu tidak semestinya sesuatu yang bukan untuk kita. Sesuatu yang berada didepan mata kita tidak semestinya telah menjadi milik kita dan apa yang telah berada ditangan kita tidak semestinya akan menjadi milik kita selamanya kerana itulah sesuatu yang bukan kerja untuk kita fikirkan…
Milik kita tidak ada sesiapa yang tahu kerana kekadang milik kita adalah sesuatu yang tidak pernah wujud didepan mata kita tetapi akan datang kepada kita tepat pada masanya kerana pada waktu itu ianya adalah milik kita dan kita harus menerimanya sebaik mungkin. Malangnya, kesedaran masih belum ada dibatasi dengan pelbagai kabus yang melalui setiap laluan kehidupan. Dan seterusnya apa yang berada didepan kita itu harus dilepaskan agar dapat memberi keserasian kepada keduabelah pihak. Andaikata itu adalah suratan maka ianya akan terus kekal walau dimana jua ia diletakkan kerana itu semenang telah ditulis dan diutuskan untuknya…
Apa yang berada didepan kita tidak semestinya akan berada dekat dengan kita kerana jarak yang memisahkan adalah jurang yang dapat dirapatkan dan diregangkan. Segalanya bergantung kepada waktu dimana sesuatu harus dilakukan demi menyelamatkan sesuatu yang tidak kesampaian. Apa yang kita lihat tidak semestinya kita nampak. Kerana mata kasar tidak semestinya menunjukkan keseluruhan kebenaran yang berada dihadapan nya. Sinar yang hadir tidak semestinya menunjukkan warna sebenar hati seseorang. Yang ada pada kita sekarang hanyalah mata hati yang akan membawa kita kepada kebenaran yang sebenarnya. Apa yang ada didepan mata kita sekarang mungkin akan hilang kerana tiupan yang tidak kita jangkakan dan seterusnya terus hilang dari pandangan dan tidak akan kembali lagi…
Sememangnya kita mengharapkan apa yang kita genggam akan berada bersama kita sehingga keakhirnya kerana kita sangka genggaman kita sudah erat dan memberi kita keyakinan. Tapi jangan lah kita terlalu yang dengan apa yang telah kita pegang kerana sesuatu yang kita pegang itu akan terlepas dengan sewenangnya andaikan ada onak yang membukanya dengan begitu mudah sehinggakan kita hanya terpaku melihatnya pergi dan kita hilang pergerakan lalu jatuh dan seterusnya putus segala keyakinan dan harapan yang kita pegang sebelum ini.
Berpeganglah bahawa pada suatu hari nanti akan wujud dimana segala yang kita pegang sekarang tidak semestinya akan membawa kepada satu kesimpulan yang telah kita buat untuk masa hadapan. Kita mungkin akan kehilangan sesuatu yang kita ada walaupun kita telah yakin bahawa kita telah menambatnya dengan sebaik mungkin dalam hati saubari kita… Bergpeganglah bahawa akan ada harapan untuk sesuatu yang tidak kita jangkakan tetapi ada… Cuma hanya menunggu waktu untuk bersua….
Comments : Leave a Comment »
Categories : Uncategorized
Rasa
3 05 2007Setiap yang lahir dari bibir kita tidak seharusnya kita lemparkan dengan sewenangnya kerana ianya akan membawa kesan yang amat kita takuti walaupun menarik.
Apa yang ada pada kita, kita gunakan dengan sebaiknya kerana itu adalah kita. Tetapi bagaimana kita ingin menagabdikan sesuatu itu dengan sebaiknya….???
Kadangkala apa yang ingin dilemparkan adalah suatu kebenaran yang diminta tanpa kesangsian… Tetapi diperolehnya pula adalah kemungkinan yang sukar untuk dipercayai…
Adakah dunia ini tidak adil kepada insan yang hidup didunia ini..?
Adakah kita harus menjadi suatu kuasa barulah kita akan peroleh apa yang kita hajati…
Luangkan sedikit masa kita untuk bersama diri kita demi meluahkan apa yang kita rasa patut kita luahkan demi masa depan kita dan orang sekeliling kita…
Comments : Leave a Comment »
Categories : Uncategorized