Halaman untuk harapan

4 05 2007

Sesuatu yang tidak kita ketemu tidak semestinya sesuatu yang bukan untuk kita. Sesuatu yang berada didepan mata kita tidak semestinya telah menjadi milik kita dan apa yang telah berada ditangan kita tidak semestinya akan menjadi milik kita selamanya kerana itulah sesuatu yang bukan kerja untuk kita fikirkan…
Milik kita tidak ada sesiapa yang tahu kerana kekadang milik kita adalah sesuatu yang tidak pernah wujud didepan mata kita tetapi akan datang kepada kita tepat pada masanya kerana pada waktu itu ianya adalah milik kita dan kita harus menerimanya sebaik mungkin. Malangnya, kesedaran masih belum ada dibatasi dengan pelbagai kabus yang melalui setiap laluan kehidupan. Dan seterusnya apa yang berada didepan kita itu harus dilepaskan agar dapat memberi keserasian kepada keduabelah pihak. Andaikata itu adalah suratan maka ianya akan terus kekal walau dimana jua ia diletakkan kerana itu semenang telah ditulis dan diutuskan untuknya…
Apa yang berada didepan kita tidak semestinya akan berada dekat dengan kita kerana jarak yang memisahkan adalah jurang yang dapat dirapatkan dan diregangkan. Segalanya bergantung kepada waktu dimana sesuatu harus dilakukan demi menyelamatkan sesuatu yang tidak kesampaian. Apa yang kita lihat tidak semestinya kita nampak. Kerana mata kasar tidak semestinya menunjukkan keseluruhan kebenaran yang berada dihadapan nya. Sinar yang hadir tidak semestinya menunjukkan warna sebenar hati seseorang. Yang ada pada kita sekarang hanyalah mata hati yang akan membawa kita kepada kebenaran yang sebenarnya. Apa yang ada didepan mata kita sekarang mungkin akan hilang kerana tiupan yang tidak kita jangkakan dan seterusnya terus hilang dari pandangan dan tidak akan kembali lagi…
Sememangnya kita mengharapkan apa yang kita genggam akan berada bersama kita sehingga keakhirnya kerana kita sangka genggaman kita sudah erat dan memberi kita keyakinan. Tapi jangan lah kita terlalu yang dengan apa yang telah kita pegang kerana sesuatu yang kita pegang itu akan terlepas dengan sewenangnya andaikan ada onak yang membukanya dengan begitu mudah sehinggakan kita hanya terpaku melihatnya pergi dan kita hilang pergerakan lalu jatuh dan seterusnya putus segala keyakinan dan harapan yang kita pegang sebelum ini.
Berpeganglah bahawa pada suatu hari nanti akan wujud dimana segala yang kita pegang sekarang tidak semestinya akan membawa kepada satu kesimpulan yang telah kita buat untuk masa hadapan. Kita mungkin akan kehilangan sesuatu yang kita ada walaupun kita telah yakin bahawa kita telah menambatnya dengan sebaik mungkin dalam hati saubari kita… Bergpeganglah bahawa akan ada harapan untuk sesuatu yang tidak kita jangkakan tetapi ada… Cuma hanya menunggu waktu untuk bersua….


Actions

Information

Leave a comment