Kekadang bila kita bersendirian memikirkan sesuatu yang terjadi di sekeliling kita. Kita akan terasa seperti kita yang ketinggalan akan segalanya kerana walaupun itu bukan kehendak kita, tetapi ianya tetap menjadi satu persoalan yang cukup untuk memberikan kita seribu jawapan.
Bila difikirkan kembali adakah kita tidak adil kepada sesiapa kerana aral yang berlaku. Kekadang terfikir juga kenapa kita diperlakukan sedemikian rupa. Adakah diri yang inginkan sesuatu itu memerlukan suatu pengorbanan yang cukup hiba dan tidak dapat diberikan dengan sesuatu yang mutlak???
Suka sungguh apabila sesuatu yang kita kehendaki itu tidak kita kecapi hanya kerana bukan salah kita. Kita harus menerimanya dengan seadanya kerana bukan kita yang mengawal segalanya tapi apa yang kita kehendaki itulah yang mengawal segalanya kerana kita tidak dapat memaksa seuatu ke arah kita tetapi kita hanya akan menuju kearahnya kerana itulah tujuan utama kita untuknya.