keliru

14 05 2007

Sukar untuk dijelaskan dengan kata-kata sebenarnya apa yang dilalui oleh hati yang kesunyian ini. Sebenarnya terdapat seribu lakaran kehidupan yang ingin disampaikan tetapi pada siapa.. Siapa sahaja dapat mendengar tapi tak dapat untuk meneliti yang didengarnya.

Kehidupan sangat sukar apabila setiap perkara berlaku tanpa dijangka dan tanpa waktu lalu menghalang perjalanan yang kita sangkakan lancar rupanya berliku-liku.

Hendak dimulakan tidak tahu bagaimana agar tafsiran tidak terpesong.

Dimulanya begini diakhirnya begitu.. itulah cerita sebenarnya.. dimana bila hati ini tertarik pada yang satu.. amat sukar untuk melepaskan sesuatu yang dipegangnya…. walupun pegangannya kurang kukuh.. tetapi amat erat untuk memberi makna satu kepercayaan. Walaupun begitu.. terlepas jua dari genggaman yang membawa kepada satu perpisahan yang memberi kesan yang cukup mendalam lalu melalui liku-liku yang menghalang perjalanan itu berjalan terus dan terus tanpa gangguan.

Tekad dihati tidak ingin lagi bertemu dengan saat seperti itu lagi dan ingin kuburkan perasaan itu buat seketika.. Tanpa dijangka perasaan itu wujud kembali tanpa disedari dengan insan yang berbeza.. tetapi kelekaan membawa kepada padah dimana kesannya amatlah dirasai didalam hati. Ditambah pula dengan keadaan sekeliling yang tidak memberi ku pilihan untuk bebas… aku hanya membebaskan diri ini dengan secebis ruang dengan pancaindera yang ada.

Pengalaman yang sudah memberi banyak pengajaran kepadaku untuk memilih hidup yang aku perlu pilih. Memang setiap insan perlukan insan untuk dikasihi. Diakui bahawa tiada insan yang ingin berseorangan.. Tetapi bagaimana jika wujudnya detik dimana aku harus memilih tetapi tiada pilihan..??

Apabila bermulanya satu ikatan maka berakhirlah sesuatu yang dinamakan perasaan…. bermulanya perasaan yang sememangnya sukar untuk dijangkakan… Pada saat itu segala kebarangkalian yang tidak dijangka, wujud… Maka dengan itu tiada lagi kata-kata yang dapat memberi pilihan hanya berundur diri.

Diundurnya diri bukan bermakna mengalah.. tapi memberi ruang.. tapi apakan daya… hanya dapat mendengar kritikan yang ada disekeliling.. apakan daya.. hanya berserah..





Terima Kasih

14 05 2007

Seringkali aku mencari makna sebuah persahatan dan bagaimana rupanya suatu ikatan yang tidak dapat dipisahkan dari hati. Mungkin pada zahirnya tidak dapat untuk bersama tetapi dihati dapat memberi seribu makna sebuah kehidupan yang sememangnya harmoni.
Apabila kita gembira merekapun gembira.. Apabila kita sedih merekapun turut merasakan bersama. Tetapi ada juga yang cuba mengelak untuk merasainya bersama kerana mereka merasakan ada sesuatu yang lebih penting untuk dilakukan bersama dengan orang yang serupa dengan mereka kerana itulah kehidupan mereka untuk menceritakan dan bukan untuk berkongsi.
Sudah sekian lama aku mencari sesuatu yang telah lama aku kehilangan dimata mungkin tidak dihati. Allah SWT telah memberikan aku kembali apa yang sebenarnya aku cari dan aku harus bersyukur dan berusaha untuk mempertahankannya kerana itu adalah sesuatu yang sememangnya aku cari dan sesuatu yang aku ingini dan telah ditunaikan dan ditunjukkan didepan mata aku sendiri….
Terharunya hati dan perasaan. Tetapi aku tidak dapat untuk menggambarkannya kerana itu terbatas akibat persekitaran yang tidak membenarkan. Aku redha dan aku terima seadanya. Mungkin ini bukan waktunya untuk aku merasakan segalanya. Aku hanya dapat melihat dan seterusnya menyimpan dan seterusnya bercerita dengan hati aku mengenai apa yang aku perolehi dari apa yang aku lihat.
Sesungguhnya dunia ini banyak ragamnya. Dari yang buruk ke baik dan sebagainya. Tetapi suatu yang singkat telah memberi aku maknya yang akan ku bawa ke sepanjang zaman. Hari demi hari aku mencari dan aku perolehi. Tetapi aku mungkin tidak akan ketemu saat itu setiap hari, Cuma aku berharap semangat yang aku peroleh itu akan kekal bersama diri aku untuk aku mengharungi kehidupan ini.
Terima kasih kepada insan yang bergelar saudara dan saudariku.. Terima kasih jua aku ucapkan kepada seorang yang dinamakan sahabat. Yang menunjukkan kepada ku makna sebuah kehidupan walau dengan ungkapan ‘datanglah…’ yang dapat memberi aku makna yang cukup mendalam…





Jiwa kacau

14 05 2007

Kadangkala apa yang sebenarnya kita hajati atau fikirkan sebenarnya tidak semestinya menjadi. Kadangkala juga keriangan yang ingin dikecapi jua akan hilang dan tidak muncul untuk sekian waktunya.
Amat susah sebenarnya untuk memahami sebuah keadaan dimana kita sendiri sukar untuk memahaminya. Amat payah untuk memikirkan jalan agar kewujudan kita yang sebenarnya halimunan walaupun sentiasa bersama.
Sebenarnya kehidupan ini banyak cabangnya Cuma kita perlu memilih cara bagaimana untuk menghadapinya. Beberapa perkara kekadang suakr untuk dipikul tetapi diharungi jua demi sesuatu yang dinamakan ikatan yang sukar untuk dipisahkan.
Hati ini kekadang kurang faham apakah peranannya apabila kita berada dalam situasi yang kita sendiri tidak berada dalam kehadiran itu. Tetapi aku percaya akan ada hikmah disebaliknya.