Seringkali aku mencari makna sebuah persahatan dan bagaimana rupanya suatu ikatan yang tidak dapat dipisahkan dari hati. Mungkin pada zahirnya tidak dapat untuk bersama tetapi dihati dapat memberi seribu makna sebuah kehidupan yang sememangnya harmoni.
Apabila kita gembira merekapun gembira.. Apabila kita sedih merekapun turut merasakan bersama. Tetapi ada juga yang cuba mengelak untuk merasainya bersama kerana mereka merasakan ada sesuatu yang lebih penting untuk dilakukan bersama dengan orang yang serupa dengan mereka kerana itulah kehidupan mereka untuk menceritakan dan bukan untuk berkongsi.
Sudah sekian lama aku mencari sesuatu yang telah lama aku kehilangan dimata mungkin tidak dihati. Allah SWT telah memberikan aku kembali apa yang sebenarnya aku cari dan aku harus bersyukur dan berusaha untuk mempertahankannya kerana itu adalah sesuatu yang sememangnya aku cari dan sesuatu yang aku ingini dan telah ditunaikan dan ditunjukkan didepan mata aku sendiri….
Terharunya hati dan perasaan. Tetapi aku tidak dapat untuk menggambarkannya kerana itu terbatas akibat persekitaran yang tidak membenarkan. Aku redha dan aku terima seadanya. Mungkin ini bukan waktunya untuk aku merasakan segalanya. Aku hanya dapat melihat dan seterusnya menyimpan dan seterusnya bercerita dengan hati aku mengenai apa yang aku perolehi dari apa yang aku lihat.
Sesungguhnya dunia ini banyak ragamnya. Dari yang buruk ke baik dan sebagainya. Tetapi suatu yang singkat telah memberi aku maknya yang akan ku bawa ke sepanjang zaman. Hari demi hari aku mencari dan aku perolehi. Tetapi aku mungkin tidak akan ketemu saat itu setiap hari, Cuma aku berharap semangat yang aku peroleh itu akan kekal bersama diri aku untuk aku mengharungi kehidupan ini.
Terima kasih kepada insan yang bergelar saudara dan saudariku.. Terima kasih jua aku ucapkan kepada seorang yang dinamakan sahabat. Yang menunjukkan kepada ku makna sebuah kehidupan walau dengan ungkapan ‘datanglah…’ yang dapat memberi aku makna yang cukup mendalam…