Hari yang tidak dijangka..:namespace prefix = o ns = “urn:schemas-microsoft-com:office:office” />
Hari ini dalam sejarah. Di mana aku mencipta satu sejarah yang aku sendiri sebenarnya tidak menjangkakannya dalam hidupku. Andai kata saat ini terus berada dalam sanubariku ianya akan menjadi saat yang terlalu indah untuk dikenang.
Segalanya bermula dengan satu waktu bersama Zaid iaitu rakan sebilikku. Keadaanku yang demam sememangnya membuatkan fikiranku menjadi tidak terurus. Detik yang dikatakan itu ialah detik selepas solat jumaat. Aku dan Zaid tidak merancang apa-apa kecuali kami mempunyai satu informasi yang sama iaitu di Kuala Lumpur, ada satu karnival komputer di KLCC. Sewaktu pulang dari masjid, aku memberi idea kepada zaid. Alangkah baiknya andaikata kita dapat pergi ke karnival komputer itu. Dengan semenanya, Zaid berkata xsalah, Ahad mungkin, kerana cuti hujung minggunya perlu dipenuhi dengan aktiviti akademik untuk menghabiskan kerja yang diberi pensyarahnya. Kemudian aku menyahut, apa kata besok, sabtu. Xder aktiviti, lagipun hari ahad adalah waktu aku bersama dengan orang lain untuk keluar ke Mahkota Parade. Maka keduanya mencapai satu persetujuan.
Tibalah di pagi hari untuk ke KL, aku bersiap sedia dan pada pukul 0830 kami memulakan perjalanan kami keluar dari kampus. Bas agak mengambil masa. Maka kami menggunakan perkhidmatan teksi. Sampainya di Alor Gajah. Aku dan Zaid mulakan pencarian untuk membeli tiket bas. Setelah puas mencari, kami membeli tiket bas Metro, harganya RM9.40 seorang. Selepas itu, kami harus menunggu bas dalam masa satu jam. Tanpa melengah masa, kamipun mencari gerai untuk makan. Nak dijadikan cerita pada hari ini, sewaktu makan, aku ternampak satu bayang, macam kenal. Rasa macam KAK TUN. Wow kalau lah itu dia. Akupun dengan sesegeranya mengatur langkahku mengejar individu demikian.
Apabila berjumpa sahaja dengan orang berkenaan. Aku tersenyum sampai ke telinga.Ya!, orang itu adalah orang yang aku fikirkan. Alangkah gembiranya hati ku kerana setelah setahun x berjumpa, terjumpa juga sahabat sekelas lama di stesen bas. Tidak kisahlah. Inilah jodoh pertemuan ditangan tuhan. Aku membawa kaktun bertemu dengan Zaid. Pada masa yang sama, Kak Tun pun membawa beberapa orang bersamanya dan salah sorangnya adalah Junior aku. Sampainya disana, biasalah kaktun, amatlah ramah. Ditegurnya. Tapi sepanjang waktu berjumpa tu, aku dan kak tun sahaja yang berborak sampai walaupun 2 orang sahaja yang berborak, rasa macam suasana gamat, walaupun kata kak tun orang pakai ubat lain hehe. Meriah sangat suasana. Bermulalah cerita aku dan kaktun mengenai kawan-kawan sekelas dahulu. Chan, Moon, Syifa, Zam, K-Own, Param, Cikgu Zaini, Cikgu Zawawi, dan sebagainya. Setiap orang ada cerita memasing. Termasuklah cerita pasal kat padang bola ada laki bini naik kuda telanjang. Hahahhaha lawak sungguh saat itu. Hanya kami yang memahaminya, tergelak terbahak bahak. Yang hairannya orang lain disekeliling kami hanya memerhatikan lagak kami. Sehinggakan Zaid bertanya kepada kaktun, memang kami macam inikah…?? ya!, itulah kami. Senantiasa berada dalam keceriaan. Itu baru dua orang berbicara. Bayangkan kalau satu kelas yang sememanganya dalam satu banggunan hanya satu kelas sahaja yang ada, tetapi terasa macam ada 5 kelas di dalamnya. Huhuhu. Tetapi ianya hanya tinggal kenangan. Ahaks.
Selepas tibalah waktu aku dan Zaid menaiki bas. Sampai sahaja di Pudu (untuk memendekkan cerita). Aku terasa macam seorang wanita yang pernah aku jumpa. Ahaks. Tegur la, Wan ke ni? Dia pun terkejut dan kemudiannya dia menjerit Ham!!! Lamanya xjumpa. Kemudian akupun berkata kepadanya, terima kasih kerana mengingati ham, ham dah lambat nak beli tiket untuk pulang dan mengejar masa. Tetapi dia meragut begku dan mengajak berborak. Zaid pula pergi untuk membeli tiket. Kesian plak pada Zaid. Aku minta maaf. Tapi zaid berkata dia memberi peluang untuk aku berbicara. Kemudian aku dengan Wan Fateha berbicara seketika mengenai pelajaran dan juga kawan lama. Dan sebelum berpisah kami sempat mengambil gambar. Huhu wan fateha. Andaikata engkau milikku, akan ku jaga seadanya hingga akhir hayat, tetapi apa kan daya, kami hanya kawan sahaja sekarang.
Dalam perjalanan pula angin xda, hujan pun xda, Moon dan Jun mesej aku. Meriah hatiku… aku merasa gembira yang teramat. Sudah lama aku mengimpikan saat ini kerana, setakat sekarang di UiTM Lendu ini, tidak dapat aku mencari kegirangan seperti itu, dan dalam masa 3 sem aku berada di sini, Nur Amira Ashruf sahaja yang seakan-akan sahabat-sahabatku disana, walaupun jarak untuk seperti dahulu bergembira bersama, tidak ada lagi kerana sekarang amira bergerak dalam kumpulan bersama zul hana dan aya. Tidak mengapa, aku terpaksa hidup sendirian tanpa sebarang kumpulan, biarlah laptop yang menjadi teman untuk berbicara, asal dapat kegembiraan walaupun ianya mimpi yang tak sudah.
Sesampainya di Karnival Komputer aku berjumpa dengan Zam, ketua kelas aku dulu. Huhu agak besh laa bersama dan berborak. Tetapi perbualanya tidaklah lama kerana Zam terpaksa balik ke Unisel. Selepas Zam pulang, Harlina pun membuat panggilan video kepadaku, alangkah terujanya hati ini. Hari ini adalah hari aku. Ahaks. Dalam perjalanan untuk aku membeli Random Access Memory (RAM) untuk komputer bukuku, aku terserempak pula dengan Idham. Dia sedang membuat latihan dan baru sahaja keluar dari seminar. Dia adalah bekas seorang pelajar IIUM. Selama 2 tahun kami kenal, tetapi itulah kali pertama kami bertentang mata da bersamalan. Amin. Banyak sungguh pengalaman yang aku dapat pada hari ini.
Demikianlah apa yang berlaku. Selepas membeli barang dialam karnival, aku Zaid dan Farah ke Pizza Hut untuk makan Pizza, dan alangkah anehnya, Farah tidak tahu ada Pizza di KLCC walaupun itu adalah tempat lepaknya. Sebelum terlupa kami berjumpa dengan farah di KFC bersama kawannya.
Selepas makan kami mengambil beberapa gambar di luar KLCC. Tiba sudah jam 1830, dan masa untuk kami berangkat. Kami kemudiannya pergi ke kawasan untuk membeli tiket, keadaannya sungguh sesak, dan aku mengambil masa dalam 25 minit untuk beratur membeli tiket. Selepas itu kamipun turun kebawan untuk mengambil ‘train’. Sampai sahaja di Masjid Jamek, jam menununjukkan tepat 1925, dan bas akan bertolak pada jam 1930, dengan tidak melengahkan masa, kami mengadakan acara jogathon, berlari dari Masjid Jamek ke Pudu. Akhirnya tiba di Pudu dan bas sedang bersedia untuk bergerak. Alhamdulillah sempat. Ramai orang terkedu dan terkejut dengan keadaan kami. Sehinggakan ada yang bertanya, kena kejar dengan sapa? Kenapa terkejar? Memang minta maaf tak dapat menjawab kerana kepenatan. Kemudian bas berjalan dan mengambil beberapa masa. Setibanya dikawasan Alor Gajah, kamipun bersiap sedia untuk pulang ke “penjara kebebasan”. Alangkah baiknya jika ianya menjadi satu tempat yang lebih baik.
Sesampainya kami di hadapan pintu UiTM, bas itu terus memecut, dan aku menjerit berhenti kepada pemandu itu, tetapi segalanya tidak dapat di berhentikan. Aku harus meneruskan perjalanan dan kemudiaannya mengambil teksi untuk pulang. Dalam teksi ada 2 orang budak insurans dari Kedah seorang dan dari Terengganu seorang. Mereka menegurku kerana mengenali aku dari rakan sekelas aku Muni, Reen dengan Aten. Nama pertama yang dia sebut ialah Reen. Ehhehehe.
Sampainya di kampus, Zaid ditegur atas alasan rambut pendek nampak panjang. Ahaks. Tidak mengapa. Amaran Cuma. Begitulah cerita sepanjang hari iaitu 4 Ogos 2007. Hari yang begitu bermakna bagi aku. Tidak kisah lah paling bermaka atau kurang bermakna, tetapi ianya tetap bermakna. Sekarang ini mata aku sudah kuyu dan aku perlukan rehat kerana aku perlu berehat untuk ke Mahkota Parade pula besok. Selamat tinggal semua. Muahh….