Hari hari yang berlalu memberi beribu makna sekiranya kita dapat menafsirkan dengan penuh ketulusan. Hari yang berlalu merupakan nyawa kita yang telah kita kecapi dan yang telah kita kuburkan kerana di sana lah yang menjamin kita pada hari ini dan di sanalah segalanya ditinggalkan.
Hari ini memang cukup memberi pengajaran sekali lagi kepada aku. Aku sebenarnya tidak tahu mengapa dan apakah yang harus aku lakukan demi untuk menyelamatkan diri aku dari segala malapetaka ini. Aku ingin marah tapi aku tidak berdaya. Aku ini sekali lari dari segala halangan… Maka aku tidak berdaya untuk melakukan apa-apa kerana aku adalah seorang insan biasa yang tidak mempunyai apa-apa. Ingin sekali aku katakan bahawa aku ingin menjadi seperti orang lain yang mempunyai sesuatu yang bernilai untuk di gunakan dan sesuatu yang berjasa untuk disayangi. Aku ingin menyayangi sesuatu yang itu adalah kepunyaanku. Tetapi aku seringkali dihalang untuk memilikinya untuk selamanya. Aku sebenarnya tidak tahu apa sebenarnya yang harus aku lakukan kerana aku ingin sekali bersama dengan kepunyaanku untuk sekian waktu tetapi itu mungkin tidak akan berlaku kerana aku sendiri tidak tahu kenapa dan aku hanya harus bersabar sahaja.
Berikanlah jawapan kepada pertanyaan aku ini kerana aku seringkali inginkan jawapan. Aku seringkali tertanya tanya kenapakah seringkali pelbagai perkara berlaku kepada ku tanpa jangkauan fikiranku. Perkara yang berlaku kepada sesuatu yang aku sayang amatlah menyayatkan hati aku dan perkara ini seterusnya akan mengganggu hari hariku. Hari hari yang sebenarnya boleh dilalui dengan indah, kini hanyalah sesuatu yang membosankan. Alangkah sedihnya hati ini apabila berhadapan dengan perkara yang sememangnya tidak aku ingini.
Berilah aku pertunjuk
Berilah aku makna sebuah kehidupan yang murni
Berilah aku satu ketenangan yang sememangnya akan membuat aku terasa gembira untuk sekian waktu…
Sekian…