Makna sebuah memory

15 08 2007

Setelah sekian lama ku nantikan suatu saat dimana aku akan dapat bersama sahabatku semua.. Ada tidak jenis orang yang berada disekeliling kita iaitu kawan sahabat dan teman. Meraka ini memainkan peranan yang cukup penting dalam hidup kita dalam membuatkan kita merasai nikmat kehidupan.Bagi aku, ketiga mereka ini memberi impak yang cukup besar dalam kehidupan aku dari aku mula mengenali mereka sehinggalah aku berada disini dan menulis warkah ini.Merekalah yang mencorak hidup aku sehingga aku menjadi seorang manusia bukan orang. Terima kasih untuk saat yang diberikan kepadaku untuk aku tatapi dimasa akan datang.Sesungguhnya amat susah untuk memperoleh seseorang yang boleh memikul tanggungjawab sebagai seorang rakan teman dan juga sahabat. Amat susah apabila harus berbicara dengan perasaan kerana ianya akan membawa kepada suatu sudut yang cukup kecil yang hanya dapat ditelusi dengan perasaan yang ikhlas…Bisakah seseorang itu menjadi airmata dikala kesedihan… bisakah yang telah terpadam dinyalakan semula.. bisakah sesuatu yang terlerai itu dicantumkan semula..? bisakah yang telah dibenci itu disayangi semula… bisakah hati setiap insan difahami..??? hanga rakan teman dan sahabat lah yang dapat memahaminya. Tidak akan hilang hidup seseorang itu apabila kehilangan kekasih tetapi sesatlah hidup seseorang itu apabila kehilangan sahabat rakan dan juga teman.Aku bersyukur sesangat pada Allah SWT kerana mengurniakan aku mereka ini yang sanggup berada bersamaku dikala senang dan juga dikala susah. Saat-saat aku bersama meraka tidak akan aku lupa sampai bila-bila…Sesungguhnya hanya yang maha ESA sahaja yang memahami perasaan aku apabila aku bersama mereka. Mereka adalah rakan seperjuangan yang aku kenali semasa persekolahan.Jika diberi peluang pada diriku. Aku ingin peluk mereka dan menyatakan hasrat hati aku yang sebenarnya aku amat sayang kepada mereka. Mereka telah banyak memberi ilham dan corak dalam hidup aku. Kemana sahaja aku pergi aku tidak pernah melupakan mereka. Walaupun sedetik dalam hidupku. Kemana sahaja aku pergi memori indah bersama mereka akan terngiang-ngiang dalam fikiranku. Alangkah seronoknya jika dapat bersama.Cuma hari-hari berlalu membuatkan aku takut.. membuatkan aku gelisah…. membuatkan aku gundah. Angin lalu memberi salamnya lalu diterima dengan hati yang hiba.. Apabila mereka berada disuatu tempat dihatiku. Aku takut aku akan kehilangan mereka. Aku takut aku tidak akan lagi berjumpa dengan mereka. Walau tidak dibasah hujan namun tempiasnya cukup untuk memberi aku makna satu kehilangan dalam hidup aku. Berjauhan dengan mereka membuatkan aku terasa lebih gelisah dan tidak mampu berbuat apa-apa hanya mampu memandang dari jauh kerana aku amat menyayangi mereka. Aku tidak pasti samada mereka sedar atau tidak bahawa kasih sayang aku kepada mereka amatlah kuat sehingga aku tidak mampu untuk berkata apa apa melainkan mendiamkan diri dan biarlah mereka tahu bahawa aku menyayangi mereka dari satu saat dimana mereka tidak lagi dapat memerhatikan telatahku.Sesungguhnya untuk meluahkan satu perasaan itu amatlah susah kerana mungking tidak seperti yang kita harapkan. Kekadang hati berkata, “tidak mengapalah, andai kata itu suratannya.. dia bahagia bersama mereka, bersama mereka yang berada disampingnya selalu, bersama dikala senang dan susah dan itulah kehidupannya, maka biarlah hati ini menyimpan hasrat itu dan melihat dari jauh tatkala dia bahagia bersama mereka disampingnya” mungkin agak sukar untuk dinyatakan dengan maksud yang tersurat. Tetapi hanya yang benar akan memahaminya.Kekadang kita terpaksa lepaskan sesuatu yang kita sayang kerana kita amat sayangkan mereka atas sebab yang sememang nya untuk kebaikan mereka dan orang disekeliling mereka. Kekadang diri ini kerdil untuk bersama mereka tetapi dikudngkan jua untuk menatap wajah yang penuh dengan cahaya…Kekadang aku sendiri tidak dapat mengenalpasti apa yang ingin disampaikan kerana hari berkata-kata sukar untuk difahami dengan logik akan dan hanya dapat difahami dengan hati dan perasaan.Sesungguhnya waktu rehat aku yang diberikan pada saat ini amat aku hargai kerana aku dapat bersama mereka. Dapat menatap wajah mereka yang penuh dengan cahaya. Walau tidak dapat dilihat pada raut wajah. tapi hati ini menangis kegirangan apabila bersama mereka. Alangkah bahagia apabila saat itu terus bersemi dan tidak akan pudar sampai bila-bila.Waktu rehatku sudah hampir berakhir. Aku harus meninggalkan saat bahagia ini dan tidak akan tahu bilakah ianya akan datang dan aku akan bertemunya lagi. Memori ini cukup indah untuk dilunturkan. Andaikata ianya adalah satu kebosanan maka jadilah ia suatu mimpi ngeri untuk nya. Jika kita dapat menghargainya. Maka dpatlah kita merasai satu saat yang cukup indah untuk dikenang.Mungkin ini adalah saat terakhir ku.. Mungkinkah ini saat dimana berakhirnya sebuah cerita yang pada zahirnya baru bermula..?? hanya yang berada ditempat itu sahaja yang dapat mencorakkan nya…Terima kasih pada hati dan individu iaitu dia…. yang digelar mereka iaitu rakan sahabat dan juga teman.Terima Kasih


Actions

Information

Leave a comment