ya… sukarnya

15 09 2007

Ya… Jika kita mencintai seseorang sebenarnya kita tidak perlu lepaskannya kerana ianya akan membawa kita kepada sesuatu yang tidak kita ingini. Seharusnya kita perlulah menyatakan hasrat sebenar kita agar kita tidak akan ketinggalan dan suara hati kita didengari walaupun jauh disudut hati insan itu harus memilih samada ya atau tidak…
Ya… sememangnya amat payah untuk kita menyatakan hasrat hati kita yang sebenar.kerana kekadang apa yang sebenarnya ingin kita hasratkan itu kebrangkalian akan membawa kepada sesuatu yang buruk. Walaupun hati ini berasa ingin sahaja untuk memberitahu hasrat yang tersimpan lama ini, mungkin tidak akan kesampaian kerana hari-hari putih yang semakin kelabu ini akan terus bertukar menjadi hitam.
Sesungguhnya aku tidak ingin hari-hari ini menjadi kabus hitam yang tidak dapat melihatkan segalanya yang telah dibina kerana kabus ini sebenarnya adalah satu yang menghalang masa depan yang cerah satu perasaan itu.
Seringkali aku menyalahkan diri sendiri atas apa yang terjadi. Mungkin betul apa yang diperkatakan bahawa jika kita mencintai seseorang kita haruslah berikan sekeping lagi hati kita ini untuk bersatu dengannya. Kerana hati dicipta untuk bersama. Tetapi mungkinkah hati ini akan bersatu jua akhirnya..? Aku ingin kan sesuatu yang dinamakan perasaan dan bukan cita-cita yang hanya akan membawa lara.
Mereka berkata bahawa cinta bukan mengajar untuk kita menjai seorang yang lemah tetapi mengajar untuk kita kuat dan berhadapan dengan segalanya. Mungkinkah ini akan terjadi kepadalku. Andaikata ianya akan terjadi tunjukkanlah kepadaku kerana aku sudah mula pudar akan segalanya.
Hati ini seringkali memujuk untuk bersama dan melupakan perasaan yang tidak sepatutunya. Tetapi adakah ianya akan lenyap dan dapat membawa kepada sesuatu yang baru??? Sesungguhnya aku inginkan apa yang aku bina berada di menara gading. Hanya aku dan dia dan tiada siapa yang dapat memperlakukan segalanya kerana dalam memartabatkan sesuatu yang dibina kita harus biarkan segala yang manganggu kita akan ditepis sekuat-kuatnya.
Hati ini kadangkala kesunyian… Hati ini kadangkala tersembunyi… Hati ini kadangkala hilang.. Kadangkala jua hati ini buta… meronta-ronta mencari apakah yang diharapkan itu akan menjadi sebuah impian…?? dan seterusnya akan menjadi nyata…. Kebuntuan dalam menjelaskan suatu perasaan itu amatlah perit seperti hampedu dan walaupun ianya adalah sebegitu, harus ditelan jua demi mengelakkan hari-hari kelabu menjadi hitam.
Sesungguhnya hati ini ingin memiliki dan dimiliki oleh orang yang sememangnya telah dipilih dan sememangnya itu mungkin adalah pilihan yang tepat. Tetapi ketakutan yang menyelubungi jiwa akan keadaan yang pernah terjadi kepada ku suatu masa dahulu telah memberikan aku satu perasaan takut yang amat sangat dan aku terasa seperti ingin berlari sejauhnya dalam menyelamatkan sesuatu yang telah dibina.
Sebenar dan setulus hatinya aku ingin sekali menyatakan hasrat ahati yang sebenar kerana dialah yang berasa ditingkat teratas dalam lamunan hidupku. Aku inginkannya kerana aku tidak sanggup kehilangannya dan bukan kerana aku tidak melepaskanya. Aku inginkannya bukan kerana aku suka padanya.. kerana aku menyayangi nya. Aku ingin sekali memberitahu bahawa aku amat manyanjungnya.. ingin sekali aku perkatakan kepada nya bahawa inspirasi hidupku adalah dia… seringkali aku terlepas akan waktu untuk memberitahunya kerana aku kuatir ianya adalah mustahil. Mustahil bagi aku untuk menyatakannya dan mendapatkannya..
Hari-hari putih yang menjadi kelabu yang aku nyatakan itu adalah hari dimana kesunyian yang melanda jiwa yang sejernih air mata air ini. Hati yang diselubungi tanda tanya yang membawa kepada seribu kebarangkalian. Aku buntu.. aku hilang arah.. aku terasa seperti aku telah hilang segalanya.
Tuhan.. berilah aku kekuatan untuk terusakan segalanya dan janganlah wujudkan jurang yang telah ada ini. Sebaliknya rapatkanlah kembali apa yang telah renggang kerana aku taku aku akan kehilangannya buat selamanya……


Actions

Information

One response

18 09 2007
mutalib saifuddin

er, why is the content too abstract?heheh

Leave a comment