kehidupan ini

16 10 2007

Dalam hidupku..
Dalam hidup ini pelbagai ragam dan karenah yang akan kita temui dalam mengecapi hari-hari yang berlaku…
Sesungguhnya dalam memilih sesuatu yang sememangnya akan menjadi kesatuan yang hebat amatlah sukar dan payah untuk kita mencari ertinya yang sebenar.
Apabila kita telah memilih satu hati untuk kita jadikan pilihan utama.. Maka ianya akan menjadi yang terutama sehingga keakhirnya…. Walaupun kadangkala dia keliru mahupun aku keliru dalam memberi jawapan kepada soalan yang sememangnya sukar untuk dijawab.
Seringkali perkara yang tidak diingini akan terjadi dalam kehidupan kita kerana kita tidak dapat mengelaknya,.. Cuma… apabila kita berhadapan dengan situasi itu barulah kita sedar bagaimana untuk mengharunginya..
Bagiku hari hari yang berlalu amatlah perit kerana perpisahan ini sememangnya bukan untukku tetapi aku harus harungi jua… Sekarang aku merasa bahagia kerana aku dpat kembali apa yang aku hajati…
Bukan kerana ini adalah salah satu kepentingan ku.. tetapi keinginan untuk merasa sesuatu yang sememangnya aneh dalam kehidupan….
merasakan satu kepedihan..
merasakan satu pengalaman…
merasakan satu kehangatan…
merasakan satu kerinduan..
merasakan memiliki sesuatu yang tidak ingin dilepaskan…
merasakan satu perpisahan yang perlu dicari penemuan..
merasakan dendam yang amat dan dicurahkan dengan rasa bahagia…
Itulah cinta…
Insan itu… serikanlah hidupku kerana.. aku ingin sekali merasa apa itu yang dinamakan satu perasaan bahagia…


Actions

Information

One response

6 12 2007
elyias omar

bahagia…
semua mahu memilikinya…
tapi…
sukar untuk medapatkannya…
sekali dah menerima,
jangan sekali menghacurkannya..
pasti sendiri yang terluka!

.:eLLe:.
*wink*

Leave a comment