Untitled…

7 11 2007

Akan muncul ketika anda merasakan seperti sesuatu saat di mana segala apa yang anda ada diperlukan sangat-sangat sehingga anda rasa berbaloi untuk mengorbankannya kerana ianya adalah demi kebaikan bersama selamanya dan tiba satu saat lagi segala apa yang ada pada anda tidak dihiraukan lagi sehinggakan hati menjadi kering dan tidak dapat diairkan dengan air mata air sekalipun kerana kekeringan itu adalah keringat yang membawa anda terus hidup.
Ada satu kerika juga anda merasakan apa yang terjadi pada diri anda adalah tidak sepatutnya berlaku kepada anda kerana itu bukan kehendak anda tetapi itu adalah ketentuan ilahi untuk anda menghadapinya kerana ini adalah kehidupan yang terpaksa anda lalui kerana anda telah memilihnya demi kehidupan anda pada masa akan datang.
Pernahkah jua anda merasakan apa yang telah ditetapkan keluarga anda itu adalah salah dan apa yang anda tetapkan untuk diri anda adalah benar..? Ya!, sememangnya akan ada orang merasainya kerana itu adalah hakikat seseorang itu sebagai manusia merasakan apa yang telah dia tetapkan adalah lebih baik walaupun terpaksa berhadapan dengan berbagai ranjau dan onak yang berduri. Sebenarnya kita tidak harus mementingkan diri sendiri iaitu dengan membuat pilihan kita tanpa menghiraukan perasaan sebenar keluarga kita tentang cita cita mereka untuk melihat kita berjaya dimasa akan datang kerana dengan cara mereka membesarkan kita itu adalah cara yang mereka telah rasakan terbaik untuk kita menjalani kehidupan dan terus berjaya di masa akan datang.
Sebenarnya pilihan kita sendiri adalah cukup berbeza jika dibandingkan dengan pilihan yang telah orang tua kita fikirkan untuk kehidupan kita. Walaubagaimanapun, kepada mereka yang telah berjaya dalam mengecai pilihan sendiri walaupun mendapat tentangan yang cukup hebat dari keluarganya diucapkan tahniah. Tetapi bagaimana mereka yang tidak dapat mengecapinya?-mereka ininhanya meninggalkan lagenda dalam diri mereka dan kekesalan yang lebur bagaikan hati yang retak seribu yang serpihanya tidak dapat dicantumkan semula dan akhirnya menjadi satu gumpalan yang keras yang apabila diketuk, pecah!.
Begitulah kehidupan ini yang boleh dikaitkan dengan pilihan kita yang menjadi kenyataan dan juga pilihan kita yang hancur berderai.
Apa yang dapat dikaitkan dengan kenyataan diatas adalah berikutan dengan pilihan yang kurang baik akhirnya seseorang itu terpaksa gadaikan apa yang dia ada untuk mengecapi kesenangan semua pihak dan setelah segalanya habis dicurahkan dia cuba untuk mendapatkan balik kepercayaan yang ada itu dari mereka tetapi segalanya pudar kerana ia tidak punya apa-apa yang tinggal hanyalah kata-kata yang diibaratkan sebagai siulan angin yang membawa hujan yang lebat dan seterusnya ditinggalkan begitu sahaja lalu tumbang dan hilang arah di satu noktah yang tidak berdakwat.
Kadang-kadang kehihidupan kita sebenarnya tungang terbalik. Ini kerana apabila kita merasa selesa dan bahagia dengan apa yang kita kecapi, tiba tiba datang satu arus yang membawanya pergi dari diri kita dan segalanya meresap bersama arus itu dan tidak kembali kepada kita dan kita kehilangan segalanya.
Pernahkah anda merasakan suatu perasaan dimana anda ditingalkan di satu tempat yang cukup asing bagi anda? Tempat itu diselubungi dengan bunyian yang cukup untuk mengharuskan fikiran anda. Sekeliling mentertawakan anda untuk sekian waktu dari saat anda tiba ditempat itu dan sehinggalah anda terpaksa mempedulikannya iaitu dengan memekakkan telinga anda sehinggalah anda meninggalkan tempat itu. Tempat yang disangka satu kehidupan bagi anda rupanya dari kematian yang cukup dasyat dan anda terasa seperti ingin kembali kepada pangkuan jalan yang terdahulu.
Mungkin anda telah ditakdirkan untuk ketempat itu dengan pilihan anda sendiri dan menolak jalan yang telah anda pilih bersama kerana ingin merasakan satu suasana baru. Suasana baru itu sebenarnya cukup busuk untuk dicium dan cukup buruk untuk dipandang. Anda merasakan tempat itu sememang nya tidak sepatutnya diketemukan kepada anda tetapi anda perlu berada disana demi satu impian.
Anda diibaratkan sebagai pokok yang dilontarkan tunasnya ketempat itu dan disemai segala benihnya kepada anda untuk anda dibesarkan disana. Mereka diibaratkan sebagai langit yang luas terbentang dimana anda perlu mendapatkan segalnya dari mereka, mengikuti suruhan mereka dan tertawa bila anda mendengar celoteh angin seterusnya diam seperti tiang lampu apabila tiupan angin itu berlalu dari anda.
Pernahkan suasana yang sebenarnya anda rasa girang tetapi suram bagi mereka? Pernahkah anda merasa anda adalah tugu yang dibawa kemana sahaja mereka inginkan dan kemudian meletakkanya kembali apabila selesai?
Pernahkan anda merasakan diri anda sebagai layang layang yang apabila ditiupnya angin kepadanya akan naik keatas sehingga tidak dapat dilepaskan pemainnya kerana itu adalah kepunyaannya dan ianya akan dipuja tetapi apabila angin tiada ianya akan disimpan di suatu sudut dimana sesiapapun tidak dapat melihat akan kewujudannya.
Begitulah sesuatu kehidupan yang perlu disorong tarik dan boleh juga diibaratkan sebagai papan skate board (papan selaju) iaitu apabila pemainnya belum memainkannya dia akang mengilapkan papan itu sehingga berkilat, dan kemudiannya dipijak dan dihentak apabila hendak memaikkannya. Ibarat juga sebagai mana yang telah disebutkan dengan pokok yang dilontarkan benihnya tadi. Segala apa yang anda ada, dipelukan, dan dijaga dengan sebaiknya. Sebaliknya apabila segalanya telah habis diserap dan kekosongan mula wujud maka tinggalah anda disana seorang diri…
Bersambung…