selamat Tinggal…. Untuk Selamanya..

23 11 2007

Setelah bertahun engkau memberikan aku jasa…
Setelah bertahun engkau perkenalkan aku kepada satu dunia yang sememangnya amat berlainan dengan kehidupan yang lalu..

Terima Kasih padamu kerana memperkenalkan dirimu kepadaku untuk aku menghayati satu kehidupan yang amat menarik dan penuh dengan warna warni.

Sebelum aku mengenalimu… aku tidak kenal erti hubungan dan mengekalkan sesuatu hubungan itu…. Setelah mengenali dirimu yang kecil itu disisiku…. barulah aku tahu perananmu sangatlah besar dalam kehidupan aku…

Walaubagaimanapun.. bukan niat aku untuk meninggalkan mu atau melupakn jasamu.. tetapi aku harus akur dengan kehendak diri aku…
Bukan aku tidak suka padamu… tetapi naluriku membawa aku untuk bersama sesuatu yang baru…
Bukan bermaksud engkau telah lama dan tidak diperlukan lagi.. tapi keadaan yang semakin tidak pasti mneybabkan aku melakukan sedemikian.

Sunguhpun aku akan meninggalkanmu.. tetapi aku coretkan jua warkah ini untuk tatapan mu kerana engkau telah memberi banyak pengajaran kepada ku tentang diri aku… tentang sesuatu yang harus aku pilih dan tentang kehidupan aku pada masa akan datang….

0124364870…. No keramat kepada aku yang aku pegang selama 6 tahun ini akan aku tinggalkan dan akan aku semadikan di suatu tempat dimana ianya akan terus bersemadi dengan aman dan damai…
Walaupun aku tidak lagi menggunakanmu… Engkau janganlah berkecil hati keranan engkau akan terus berada disisi aku untuk sekian waktu dan sekian musibah….
Kita akan terus kekal sebagai sahabat rakan dan teman untuk selamanya…
Aku berjanji padamu aku tidak akan melupakanmu kernana
012-engkau telah memperkenalkan aku apa itu dunia baru
436-engkau menunjukkan apa itu minat kepada aku dan dari mana asal aku….
4870- engkau pula telah memperkenalkan aku kepada satu cerita fantasi yang menjadi pujaan ramai(Harry Potter) kepada aku…
Oleh itu jangan lah engkau risau wahai 10 nombor [pujaan aku… engkau akan bersemadi dalam jiwa aku untuk selamanya…………….