Susahnya Ingin Berpasangan…. Huh!!!!

26 11 2007

Memang betula apa yang selalu diperkatakan oleh orang yang professional mengenai satu kehidupan dan bagaimana untuk berkongsi dengan orang yang ingin kita bersama selamanya…

Kita dicipta hati untuk dikongsi… semua benda Allah jadikan berpasangan pada satu badan yang terkujur, tetapi Allah jadikan hati kita hanyalah satu kerana hati itu dicipta untuk dikongsi bersama dengan orang yang kita sayang.

Pada masa kini amat sukar untuk memilih individu untuk dijadikan pasangan hidup. Bukan kerana aku sudah berputus asa… Tetapi keadaan yang memaksa untuk berlaku demikian.

Ada yang terpaksa menjadikan kerja sebagai alasan untuk tidak mempunyai pasangan kerana mereka mengannggap bahawa apabila berpasangan.. segalanya akan musnah… Betulkah…? Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang serba sedikit, aku dapati agak benar apa yang diperkatakan oleh individu-individu ini kerana apabila kita mempunya pasangan, ada perkara yang terpaksa kita korbankan untuk orang yang kita sayang… Kita terpaksa korbankan apa yang kita suka kerana kita sayangkan orang. Apa yang aku perkatakan ini bukanlah bermaksud aku tidak mahu untuk berpasangan tapi amat susah untuk berpasangan…. Bila kita mempunya individu yang kita sayang, kita semestinya hormat pendirian dia… baik dan buruk dia adalah dia… kerana kita suka dan sayang pada dia… Tapi kenapa tidak ada toleransi dalam hubungan itu untuk menghormati kehendak pasangannya..?? Sukar bagi aku juga untuk mengorbankan rakan-rakan demi orang yang aku sayang…

Alhamdulillah keluarga aku memahami perasaan aku dan kawan-kawan aku mereka tidak memberi sebarang komen kerana pendirian aku… adalah kawan-kawan barulah pasangan.. Kalau ingin berpasangan mestilah mengenali rakan-rakan aku dan jangan mementingkan diri sendiri dan duduk berasingan tanpa berkawan dengan orang. Aku sesungguhnya tidak suka kalau apabila aku berpasangan aku terpaksa korbankan kawan-kawan… kawan adalah suatu anugerah terindah dalam kehidupan… tanpa mereka tidak adalah kehidupan untuk terus berada dipuncak… Walaupun tidak dinafikan ada yang mendapat dorongan daripada orang yang tersayang…. itu kerana orang yang mereka sayang menyokong apa yang mereka lakukan.. tetapi bagaimana mereka yang tidak menyokong dan mengongkong.????

Perlukah kita untuk mengorbankan apa yang telah kita usahakan kerana kita harus mengikut apa yang disuruh oleh orang tersayang..??? apakah perlu untuk kita menjauhi apa yang kita suka kerana kita sayang kan orang itu.. tetapi dia pula tidak memberikan maklumbalas yang baik tentang apa yang kita utara kan atau lakukan untuk dia..???

Bagaimana pula dengan dia..??? anda tidak pernah merungut tentang dia.. anda tidak pernah mengawal apa yang ingin dia lakukan atau telah lakukan atau sedang lakukan… anda redha keadaan dia kerana apabila anda mempersoalkan tentang dia, dia berkata ‘nak kenal n sayang i atau nak tahu pasal keje i, dan benda lain berkaitan i’ so ape yang hars anda lakukan… Sesungguhnya amat sukar dalam menjalani kehidupan ini.. Sebenarnya masih ramai yang sedang berahadapan dengan keadaan ini dan mereka membiarkan keadaaan terus begitu walaupun terpaksa berkorban untuk orang yang mereka sayang.. Jadi, adalah itu adalah sayang yang sebenar atau korban apa saja demi orang tersayang. Bolehkah aku memanggilnya hipokrit..?? hipokrit dan memendam perasaan terhadap sesuatu yang kita suka… dan melakukan sesuatu yang kita tidak suka demi orang tersayang dan kita yang akan merana akhirnya…

Hurm.. dalam memilih sesorang untuk dijadikan pasangan hidup… perlukan kita bertukar pasangan selalu demi mencari yang terbaik.. Perlukan kita kenal dan kemudian tinggalkan kerana tidak sesuai…??? perlukah kita bergembira ketika bersama.. dan bersedih ketika berpisah.. begitulah gelagat sekeliling yang telah aku perhatikan kerana saat bahagia itu datang sekejap sebelum masing masing menunjukkan warna sebenar kehidupan mereka. Apakah aku juga harus melakukan perkara sedemikian..??? berkapel dan kalau tidak sesuai dan mencari lain..?? aku tidak sanggup kerana aku juga memerlukan satu perasaan dan aku tidak suka menimba pengalaman yang sebegini dalam kehidupan ini…. lebih baik aku berhadapan dengan pengalaman lain selain daripada bermain dengan perasaan dan pengalaman sendiri….

Kekadang aku pikirkan bahawa pengalaman itu hanyalah satu kerugian.. kerana selain dari berfikir untuk bersama.. jauh disudut hati mereka akan ada yang terfikir…. bagaimana andaikata hubungan ini tidak berkekalan..???-Perlukah kita mempersoalkan persoalan yang sedemikian..???? Jadi apakah yang haru dilakukan sebenarnya.

Aku selalu berdoa kepada yang maha esa agar dipertemukan dengan seseorang yang memang sesuai dengan keadaan aku.. tetapi aku masih lagi mencari kerana aku tidak sanggup untuk berhadapan dengan permainan perasaan lagi kerana perasaan yang dicipta adalah untuk dikongsi dan bukan untuk dipermaikan bak kata pepatah… habis madu sepah dibuang….

Ada juga diantara mereka yang apabila berpisah, akan menceritakan keburukan pasangan mereka yang seterusnya akan menyebabkan bekas pasangan mereka tidak mempunya peluang untuk mencari pasangan… Apakah keadaan dunia masa kini ya.,.???

Ada juga antara mereka yang kecewa dengan pasangan yang mereka sayangi.. dan seterusnya berubah arah untuk mencari pasangan yang sejenis… Ada yang menjadi gay, lesbian ataupun bisexual demi untuk memujuk hati mereka yang sengsara dan berputus asa dengan pasangan yang kontra. Apakah ini salah mereka..?? Apakah sebenarnya ini yang mereka inginkan…

Aku juga pernah dikatakan bercakap bahasa sendiri oleh rakan rakan kerana aku telah mendambakan diri aku kepada gadget dan bukan manusia.. begitu juga ngan amira yang sememangnya selalu bertanyakan aku tentang pasangan.. kerana dia xnak abg long dia kawin ngan laptop… dia nak kakak ipar…

Jadi apa yang harus dilakukan.. akan aku fikirkan makan oleh itu wahai umat manusia.. berusahalah kita untuk mencari pasangan sehidup semati….