Hanya Tinggal Kenangan…

23 01 2008

Kemanakah terputusnyanya sebuah ikatan andaikata kita tidak dapat melihat dimanakah penyambungnya.
Kemanakah hilangnya satu keharmonian jika tidak dapat dilihat penyerinya.
Dimanakah patut dicari hilangnya satu karya yang tiada penghujungnya.

Kita seringkali akan bertemu dengan beberapa propaganda kehidupan yang sememangnya akan membuatkan kita berasa gembira sedih suka dan duka.

Jadi bagaimanakah untuk kita melalui kehidupan itu andaikata kita tidak dapat untuk memerhatinya walaupun dengan sebelah mata.

Ujian datang dan pergi dalam kehidupan kita. Kita sememangnya tidak dapat untuk menilai sama ada ianya adalah sesuatu yang baik ataupun tidak melainkan kita sendiri merasainya.

Ini sahaja buat waktu sekarang kerana kehilangan sesuatu yang telah berada didepan mata kita adalah suatu yang amat menyiksakan.
Seksanya adalah seperti dihiris hati ini dan ditambah dengan air garam yang mengalir dalam denyutan jantung kita..