Penat dengan Bas

25 03 2008

aku pun xtau nak citer apa sebenarnya dengan bas ni. Bukan aper… bukan aku xsuka bas..tapi sememangnya bas sangat membuatkan aku tidak selesa..

Pertamanya tentang waktu aku nak balik maulidur rasul minggu lepas ni… huyo bas….. ish ish ish sangat laa banyak kat tempat tiket tu.. tapi bila tnaya tiket bas tu .. xder.. tanya ini tak der… kemana bas sebenarnya..??? kalau nak kata musim perayaan xper laa gak.. ni nakbalik 3 hari pun boleh jadi masalah. Kemana bas… kemana driver bas dan kemana bas yangsebenar benarnya perlu ada di stesen bas dimana jua kita berada…. aku bukan nak kondem bas sebab bas adalh pengangkutan utama aku.. tetapi semakin hari dan semakin maju kita bergerak dalam era globalisasi ini.. kemana perginya pengangkutan awam kita yang paling asa iaitu bas… orang bukan mampu sangat nak sewa tektsi untuk satu perjalanan yang panjang kan. Jadi aku itu lah bukan nak merungut tetapi macam merungut gak la kan buakn bas biasa tapi abs ekxpress.. nak citer kat paper macam ramai dah wat hehe lafgi satu nak balik hari tu dah la kena bayar kat ulat kan sebab bas memang xder… so kena bayar lebih.. 3 syarikat bas utama yang aku pecaya pun xder tiket.. dah ek ngan ulat tu pepaham laa cam ner kan.. bas yang sangat xselesa dan sangat xbesh sebab berhenti sana sini.. namun begitu aku amat bersyukur laa sebab dapat sampai ke rumah dengan selamatnya.

sesudah bercerita pasal bas ekxpress.. nak citer pasal bas kat tepat aku study plak… aku study kat satu tempat yang agak maju negeri ini sebab kecik dan sememangnya ok laa kalau diikutkan dari temapt asal aku. tapi yang xbesh nyer.. kawasan penbangunan tu hanya dibangunkan kat satu kawasan jer… dah laa ader 3 daerah jer.. tapi pembangunan sangat bias.. kawasan aku ni kawasan yang boleh dikatakantemapt untuk study… kemudahan bas sangat lah xbeh… bas sejam or dua jam sekali nak kuar tu pun untuk ke pekan terdekat… untuk aku pg shopping complex.. kena melalui3 bas… dari tempat aku ke stesen terdekat.. stesen terdekat ke main stesen then baru leh ke shopping complex… bas pulak masyaallah hurm macam bas zaman tempat aku suatu masa dahulu.. tapi dorang pakai skarnaga.. mana perginya kemajuan tempat yang telah maju.. kata nak wat tempat media.. tapi kemudahan sangatlah kurang kat daerah tempat aku study… sepatutunya temapt untuk stiudent study kena laa ada kemudahan yang sepatutnya.. ni aku pg ke pekan yang terdekat.. main pekan kat daerah ni… aku nak beli shower gel pun kena tanya banyak kedai sebab xder shower.. banyak yang ader sabun badan jer… sorry melalut.. tapi tu jer laa bukan aper.. aku ni xpaham dengan dunia yang sebab moden ii tetapi diselubungi beberapa perkara yang xbesh… okies tu jer… bye bye bye





My Myspace…

21 03 2008

Add me Up!





Aku tetap aku…

7 03 2008

Walaupun warkah yang telah aku lontarkan dahulu sebenarnya bukanlah bermaksud apa-apa atau kepada sesiapa… kerana tajuknya juga adalah untuk diri aku sendiri…

Tetapi ianya menjadi satu topik yang cukup tidak harmoni untuk dibincangkan kerana… pelbagai perspektif telah timbul dari sketsa berkenaan.

Maka dengan itu aku memohon kemaafan kepada mereka yang terasa terkilan dan serba salah kerana aku tidak bermaksud untuk mengata atau apa-apa… ianya hanyalah sebuah blog. Kepada blogger, mungkin mereka telah tahu apa itu blog dan tugas blog dan peranan menulis blog. Tetapi mereka yang masih baru dalam dunia blog ini mungkin akan ragu-ragu dengan keadaan demikian.. Walaupun begitu,… ini bukan salah mereka untuk membaca sesebuah blog yang ditulis… namapun public view ahaks.. so minta maaf sesiapa yang terasa dengan blog tersebut kerana blog yang aku tulis sebenarnya merupakan dairi kehidupan aku yang aku tulis sekarang ini untuk penghayatan aku sendiri dimasa hadapan… Namun begitu, mereka yang ingin mengambil ikhtibar pun boleh jugak… xsalah…

Sekali lagi, aku minta maaf atas penulisan yang kurang memberansangkan itu… Tetapi kepada mereka yang masih baru dalam bidang blog ini… aku sarankan… subscribe laa blog orang lain sama.. then tgk bagaimana pula luahan perasaan orang lain… kritikan orang lain dan walhal orang lain yang sememangnya mempunyai impak yang tersendiri.

Bagi aku,…. inilah tempat untuk aku berkongsi perasaan dan harapan begitu juga dengan penerimaan buah fikiran… bercakap mengenai sesuatu tragedi atau topik. Walaubagaimanapun.. aku harap mereka yang terasa diri mereka terlibat. aku mohon maaf… dan segalanya akan menjadi lebih baik dan bukan lebih buruk. Kerana sukar untuk seseorang yang menulis ini untuk berkata lantang seperti mereka yang selalu menyatakan hasrat hati terang terangan… aku hanyalah insan kerdil yang hanya berpandukan haluan yang dibimbing pengetahuan yang ada bersama dorongan rakan-rakan…

Aku rasa ni jerla kot aku nyer blog dihari jumaat ini.. heheheh minta maaf tau sekali lagi kat korunk… peace… world peace…





Bosan

6 03 2008

Bosan…
Aku sangat bosan hari ini…
tiada apa yang dapat membendung kebosanan aku pada hari ini. huh.. bosan sangat sangat dah ni
gggrrrr…….





Aku juga ingin menjadi seperti mereka, tetapi aku bukan mereka

3 03 2008

Aku ingin seperti mereka, tetapi aku bukan mereka.
Amat pelik apabila difikirkan kembali aabila mengenangkan apa sebenarnya yang aku inginkan dalam kehidupan aku. Ini kerana setiap manusia inginkan yang terbaik untuk kehidupan yang akan dialaluinya.
Walaupun aku telah nyatakan apa yang aku rasa dan ingin menjadi seperti apa yang aku harapkan… Tetapi skopnya disini bukanlah aku ingin seperti mereka yang mempunyai kehidupan yang seperti blablabla… tetapi aku inginkan kehidupan ‘persahabatan’ mereka. Mereka mempunyai ikatan persahabatan yang sangat baik sehinggakan tiada ruang untuk ditembusi oleh orang lain. Dan itulah yang aku maksudkan tentang apa yang aku inginkan untuk menjadi seperti mereka.
Pernah tgk citer KAMI??? Hurm sesiapa pernah tgk citer tu mesti tau betapa beshnyer andaikata ada kawan yang menggelarkan diri mereka kami dan bukan aku dan engkau. Apabila wujudnya perkataan dan perasaan kami, maka persahabatan itu akan untuh. Untuk mencapai hasrat yang sedemikian juga kami perlulah bersatu hati dan menerima apa sahaja yang berlaku antara kami untuk menjadi satu kuasa, satu tenaga dan satu medan yang tidak dapat di kalahkan oleh sesiapa kerana kita adalah kami.
Tetapi apa yang aku perhatikan disini, tiada perasaan kami dalam persekitaran aku. Mereka melakukan hal mereka. Mereka yang mempunyai minat… main game, main pc dan beberapa benda yang mereka suka, mereka adalah geng dan tidak boleh dikacau walaupun ingin ditanya dimana individu itu dan ini berada. Selain itu juga, mereka yang kurang minat seperti mereka, responnya amatlah kurang. Dan ‘conversation’ yang akan ada dan wujud hanyalah exam apa yang spot?- Exam masuk apa? Aha itu sahaja yang akan berlaku… Selepas itu kemudiaanya akan kembali seperti biasa.
Hal demikian bukanlah aku tidak seperti mereka iaitu mempunyai minat seperti mereka…. tetapi mereka tidak pernah bertanyakan aku apa sebenarnya yang aku lakukan dalam kehidupan aku dan apa yang aku suka serta apa yang aku nak lakukan. Sekadar bertanyakan aku hendak ke kelab atau parti or x…. of course aku akan jawab tidak.. Kerana aku bukan ke kelab, tetapi bukan aku membenci orang pergi kelab. Ini kerana kita manusia mana tau suatu hari nanti aku akan ke kelab atas urusan yang sememannya tidak dapat dijangkakan suatu masa dimasa hadapan. Persoalannya ialah dimana aku suka makan, apa hobi aku, dan apa yang aku suka buat pada waktu free tidak pula menjadi persoalan, tetapi berdasarkan satu soalan sahaja telah wujud satu kesimpulan. Walaupun mereka menganggap ianya adalah satu kesimpulan yang betul, tetapi ianya sangatlah tidak jitu kerana dalam masa yang sama aku juga adalah seorang yang hyperactive. So aku hanya dapat melihat gelagat mereka sahaja. Mungkin inilah dugaan untuk aku. Tetapi aku tidak memilih kawan sebenarnya, aku pun tidak tahu kenapa ini berlaku kepada aku.
Kalau nak bercakap pasal support tu memang hancus laaa. Aku sering kena kondem. Bukan nak membangun. Aku terpaksa pulihkan harapan aku dengan mengenangkan siapa aku dan untuk siapa aku belajar dan apa yang membawa aku kesini barulah aku kembali mendapat semangat. Kalau nak harapkan sekeliling yang support aku… aku amat merindui rakan sekolah aku. Dahulu dan sekarang amatlah berbeza. Walaupun suatu masa dahulu kami tidak seberapa dalam memperoleh harta benda, tetapi kalau mengenai support mereka adalah no 1. Kalau kawan hendak menghadapi medan peperangan, mereka menyokong dari belakang walaupun dari jauh dapat dirasakan. Kini mereka yang dekat dengan aku, aku hanya senyum bersandarkan kesedihan… Aku menang itu atau dpat ini… mereka tidak mempedulikan aku sebalik nya mereka menyatakan penyindiran yang kekadang menyentuh jiwa yang amat sangat. Mereka gundah gulana andaikata rakan mereka tidak dapat menjiwai sesuatu tetapi sebaliknya dengan aku… Apa salah aku…? aopa kelainan aku…? aku study dan wat keje awal untuk berehat diakhirnyapun disindir. Aku siapkan keje… Kena perli dah tu dikatakan aku ni psyco. Aku dah habis presentation pun kena sindir.. wat itu n ini pun dapat fullmark. But at least i’m done. Kan… aku pun heran dengan manusia masa kini. Aku inginkan mereka untuk berubah menjadi supportive bukan defensive. Kenapa susah sangat nak peroleh keharmonian dalam kehidupan ini.
Kalau ada yang komen aku memilih kawan… aku xda laa memilih kawan. Tapi aku prefer techno freak. Aku suka berbicara pasal teknologi. Apa yang akan berlaku dimasa hadapan.. apa teknologi yang wujud sekarang. Dari mana datangnya teknologi. Siapa yang sedang gunakan teknologi terbaru dalam filem. Aku suka Mac OS… aku kurang suka windows. Sapa suka berbicara dan berdebat tentang isu ini? Susah nak cari orang. Abah aku pun xsuka… dia ada laptop dan pc dia sendiri.. dia pun kata kalau ada komputer sekadar nak wat keje taip macam aku tulis blog ni jadi lah. Nak wat per lagi. HELLO… aku bukanlah seperi orang lain…(macam mana tu??? Nanti aku citer) aku denga komputer adalah diibaratkan macam manusia dengan daemon dalam citer The Golden Compass. Aku susah untuk dipisahkan dengan teknologi. Walaupun demikian, ianya bukanlah kelemahan aku seadanya.Huhuhuhu. Hurm siapa yang akan bercerita dengan aku mengenai mac.. macbook.. imac.. macpro dan sebagainya.. kelebihan dan kelemahan…. apa yang pc ada dan tiada.. dan sebagainya.. aku juga suka bercerita pasal hp.. teknologi terbaru hp.. keluaran terbaru… apa yang perlu dipertahankan.. apa iklan paling best dalam teknologi.. apa yang kita leh wat dengan hp… maxis, dg dan celcom… apa kelebihan dan kekurangan memasing? Mp3 player.. jenis dan apa yang kita perlukan…. media convergence… apa yang patut dan tidak patut… sukar hendak mencari topik perbualan yang sedemikian. Mereka sekeliling aku sering perkatakan bahawa aku selalu cakap bahasa aku(bahasa komputer) kerana mereka tidak paham apa yang aku cakap. Entahlah akupun tidak tahu. Kepada sesiapa yang telah baca blog aku ini dan ingin berrbicara pasal teknologi datang la pada aku. Sekarang ada keluar macbook air dan launch macbook dengan new intel processor.. sapa nak berbicara mengenainya..?? sila… aku pun tidak tahu sangat mengenai benda lain. Aku kurang about fesyen… aku kurang bab pakaian, shopping, dan benda lain yang aku kurang gemar.. novel ker…. aper ker.. nak kata aku kurang membaca x jugak… sebab kalau pasal teknologi… bagi laa apapun.. aku akan baca… tapi kebanyakannya nak suruh aku baca benda yang kurang aku gemar… of course aku akan baca apa yang penting sahaja… kan..?? setiap orang mempunyai minat yang berbeza… maka mereka tidak bolehlah membezakan aku dengan mereka. Mungkin mereka berjumpa dengan kawan yang sama minat…. maka aku pun perlukan mereka yang sama minat dengan aku.. untuk berbicara dan sememangnya ianya akan menjadi lebih menarik apabila dapat memperolehinya.
Bercerita mengenai peroleh ini pun menjadi isu juga kerana mereka selalu kata aku kaya.. amin.. doa laa aku kaya. Sebabnya ialah mereka kata aku leh beli benda mahal. Masalahnya itu memang kehendak aku dan aku akan lakukan apa sahaja untuk mendapatkannya. Seperti mereka, mereka suak shopping dan mereka boleh katakan duit itu leh beli beberapa helai baju seed, padini, levis etc… tapi aku suka benda teknologi… bagi aku habiskan duit untuk itu memang kepuasan.. kalau dan seribu paling murah.. apa leh aku wat kan.??? So pendapat yang berbeza sering memisahkan aku dengan kawan-kawan.. apapun aku sedang cuba untuk bersosial sebenarnya.. Cuma tanggapan mereka terhadap aku adalah geek yang agak freak… tu je.. aku tidak kisah sangat andaikata baju-baju aku tu aku pakai berbulan-bulan tanpa beli yang baru kerana aku kurang kisah mengenai pakaian, asal ada, nampak selesa, bersahaja, sesuai dengan keadaan, cukuplah. Bagi aku beli pakaian mahal, nnt masuk mesin jugak… pg dobi jugak.. warna pudar gak.. so beli yang cantik dimata aku dan selagi boleh pakai.. aku pakai… hehe
Bercerita mengenai pendapat dan minat aku jugak. Aku pun nak tergelak apabila mengenangkan dalam kelas advertising. Apabila lecturer aku bercakap mengenai mac. Dia boleh tanya aku, kamu suka make-up? Dan sememangnya budak pompuan kelas akupun pikir aku suka make-up… untuk pengetahuan korunk. Aku xpernah tahupun kewujudan mac make-up. Yang aku tahu hanyalah Machintosh. Sedih sangat-sangat. Sampai sekarnag lec tu panggil aku mac. So adakah aku perlu berbicara pasal make-up juga sedangkan aku seorang lelaki…
Aku sudah penat. Lain kali laa aku bercerita lagi setakat ini. Walaupun aku mempunyai pendapat yang berbeza…. tetapi aku cuba untuk menjadi seperti mereka. Namun beitu aku bukan seperti mereka kerana aku adalah Hamzani. Gadget Freak… aku ada dunia aku.. dan aku akan berusaha untuk mencari orang yang sama minat dengan aku. Doakanlah. Amin….