Walaupun warkah yang telah aku lontarkan dahulu sebenarnya bukanlah bermaksud apa-apa atau kepada sesiapa… kerana tajuknya juga adalah untuk diri aku sendiri…
Tetapi ianya menjadi satu topik yang cukup tidak harmoni untuk dibincangkan kerana… pelbagai perspektif telah timbul dari sketsa berkenaan.
Maka dengan itu aku memohon kemaafan kepada mereka yang terasa terkilan dan serba salah kerana aku tidak bermaksud untuk mengata atau apa-apa… ianya hanyalah sebuah blog. Kepada blogger, mungkin mereka telah tahu apa itu blog dan tugas blog dan peranan menulis blog. Tetapi mereka yang masih baru dalam dunia blog ini mungkin akan ragu-ragu dengan keadaan demikian.. Walaupun begitu,… ini bukan salah mereka untuk membaca sesebuah blog yang ditulis… namapun public view ahaks.. so minta maaf sesiapa yang terasa dengan blog tersebut kerana blog yang aku tulis sebenarnya merupakan dairi kehidupan aku yang aku tulis sekarang ini untuk penghayatan aku sendiri dimasa hadapan… Namun begitu, mereka yang ingin mengambil ikhtibar pun boleh jugak… xsalah…
Sekali lagi, aku minta maaf atas penulisan yang kurang memberansangkan itu… Tetapi kepada mereka yang masih baru dalam bidang blog ini… aku sarankan… subscribe laa blog orang lain sama.. then tgk bagaimana pula luahan perasaan orang lain… kritikan orang lain dan walhal orang lain yang sememangnya mempunyai impak yang tersendiri.
Bagi aku,…. inilah tempat untuk aku berkongsi perasaan dan harapan begitu juga dengan penerimaan buah fikiran… bercakap mengenai sesuatu tragedi atau topik. Walaubagaimanapun.. aku harap mereka yang terasa diri mereka terlibat. aku mohon maaf… dan segalanya akan menjadi lebih baik dan bukan lebih buruk. Kerana sukar untuk seseorang yang menulis ini untuk berkata lantang seperti mereka yang selalu menyatakan hasrat hati terang terangan… aku hanyalah insan kerdil yang hanya berpandukan haluan yang dibimbing pengetahuan yang ada bersama dorongan rakan-rakan…
Aku rasa ni jerla kot aku nyer blog dihari jumaat ini.. heheheh minta maaf tau sekali lagi kat korunk… peace… world peace…