Perpisahan

1 04 2008


Bercerita mengenai isu perpisahan.. Dalam hidup kita, kita seringkali bertemu dan berpisah dengan sesuatu.. tidak kisahlah ianya manusia benda ataupun perasaan.

Bila kita mula merasakan kita merindui sesuatu itu semestinya perpisahan yang membuatkan kita terkenang akan ia… Tapi kita tidak boleh untuk menikmatinya kembali kerana masa aka berlalu dan terus berlalu tanpa berpaling lagi dan seterusnya menjadi sebuah kenangan.

Kenangan akan wujud apabila kita kita berpisah dan mengingati semula segala yang telah kita lalui. Persoalan yang selalu muncul dalam fikiran kita adalah bilakah ianya akan kembali…. dan terus kembali..

Masalahnya ialah ianya tidak akan kembali… Jadi hayatilah segalanya dengan penuh bermakna sesuatu yang kita lalui.. Biarpun kekadang kita terpaksa melakukan kesalahan atau kemungkaran atau kesedihan untuk melalinya tetapi percayalah selepas ianya berlaku… ianya akan berlalu dan seterusnya bergantung kepada kita untuk mengingatinya lagi ataupun tidak.

Berlalu sudah sesuatu itu bukan juga untuk kita lupakan, tetapi sebenarnya adalah sesuatu untuk kita jadikan sempadan. jadikan dorongan atau panduan untuk masa depan atau mencipta sebuah kenangan yang cantik dan gemilang.

Hari-hari yang berlalu juga sebenarnya membawa kita untuk meneroka jalan-jalan yang belum pernah kita tembus… sedar mahupun tidak… tiba-tiba bangun dari tidur, kita pun berkata… ‘hey aku telah dewasa’ apa yang dah berlaku dengan masa kanak-kanak ataupun remaja.. maka kita akan mengenangkannya kembali… perit detik bersama kawan kawan.. baik buruk seadanya…

Harus diingati juga bahawa segala yang telah kita kecapi ini adalah dar apa yang kita sedang kenangkan sekarang…

Begitu juga dengan kehidupan di universiti seklah dan sebagainya… Keseronokan yang sedang kita alami akan menjadi kenangan dimasa akan datang… Kebahagiaan… keceriaan.. duka.. suka.. harmoni segalanya akan menjadi kenangan… dan semua itu tidak akan berpatah balik.. apa yang perlu dilakukan ialah cubalah untuk menjadi insan terbaik untuk semua… kerana bukan seang untk mewujudkan kenangan yang indah.. dimasa akan datang tidak semestinya kita akan bertemu lagi dengan apa yang kiota temui sekarang.,. juka ada hasrat yang belum tercapai.. capailah ia.. jika ada perasaan yang belum terluah.. luahkanlah kepada mereka yangsepatutnya agar segalanya tidak terlambat..

disini aku sertakan beberapa keping gambar yang telah menjadi kenangan yang akupun tidak pasti bilakah ianya akan kembali…………..