It’s All About Disapproval….

28 04 2008

It’s all about express Disapproval of…

Bercerita pasal boikot ni, masih lagi belum habis kerana sejurus selepas aku menulis blog tu, aku bertemu plak ngan seorang kawan university aku yang mempersoalkan aku punya pemikiran pasa kes boikot tu.

Dia bertanya kepada aku kenapa aku masih lagi menyokong apa yang telah dikatakan sesuatu yang tidak baik kepada sesuatu produk itu sedangkan sekarang ini masih banyak alternatif lain untuk digunakan sebagai pengganti kepada penggunaan aku seharian.

Selepas itu dengan sengajanya aku pun sound laa dia kan.. “eh, engkau nak mempersoalkan barang yang dibuat orang, aku nak Tanya laa, tu laptop ko ngan pc ko yang ko dok buat keje tu saper yang cipta…?? Orang kita ker orang luar..???” Lepas itu dia pun berkata “Oh! Ko bangga arr memuja ciptaan orang luar” Hurm patut x perbualan ini berlaku…???

Sepatutnya tidak kan..??? Bagi aku, secara kesimpulannya. Bukan aku nak membangga apa… Tetapi seperti apa yang aku tulis sebelum ini dalam blog aku, buat apa kita nak memboikot sesuatu produk sedangkan kita mempercayainya dari dahulu lagi dan ianya terbukti bagus digunakan, so gunakan sahajalah.. Ayat last aku kepada dia senang sahaja. Wahai encik……… Aku sebenarnya bukan xnak mencari alternative atau apa sahaja untuk menggantikan apa yang ada, tetapi maslahnya disini, aku suka apple computer(machintosh) ader ker orang kita local yang buat computer, kalau laa xmacam MAC, tetapi yang cokia pun ader tak?- tak der kan, jadi disini janganlah anda mengomen apa yang orang lain buat yer encik. JANGAN JADI PENGGUNA, TAPI JADI PENCIPTA SEBELUM MENGOMEN HAK CIPTA ORANG LAIN!!!. So, lepas itu dia terdiam, then berkata tak per lepas ni sambung laa conversation kat bilik dia… Hehehe

Hurm aku pun tak paham, aku bukan sebenarnya anti agama atau aper…. Tetapi beryukur laa weh kat Negara kita ni memacam yang sebenarnya kita boleh buat dari mencari masalah dan mencari kesalahan orang lain dan menghasut untuk mengikutnya. Sekarang ni adalah lebih baik kita kaji balik apa yang ahli falsafah kita Islam yang buat benda dan cipta ilmu tu kita kembangkan kembali… dan jangan mengondem….

Sekarang korunk ubah cita-cita dari nak jadi penyanyi, nak jadi cameraman, nak jadi graphic designer atau apa sahaja yang mendatangkan keuntungan kepada diri sendiri sebaliknya ubahlah cita-cita anda untuk menjadi cikgu atau penulis buku dengan mendidik generasi baru untuk menjadi ilmuan yang tersohor dimata dunia, lepas itu baru boleh anda berbangga dengan kejayaan anda. Kemudian, berilah tunjuk ajar kepada anak murid agar mencipta sesuatu yang boleh diguna pakai untuk kebaikan bersama dan boleh diguna agar seiring dengan teknologi yang orang luar. Seperti contoh sekarng kita ada kita punya satelit sendiri… Tetapi adakah seratus peratus ciptaan ‘kita’??? Fikirkan lah..

Kita sebenarnya masih lagi hamba orang dalam keadaan yang kita sendiri tak sedar, bangun dan tersedar dari lamunan bukan bermakna kita nak menindas orang atau memboikot orang sebab mereka manaja orang itu dan ini… tetapi kita bangun dengan kehendak kita sendiri untuk memajukan diri kita sendiri agar kita disenangi ramai dan seterusnya kita mencipta satu dunia baru untuk didiami oleh semua orang dan menolak segala apa yang orang lain buat…

Kembali kepada sejarah kita. Bagaimana Masyarakat MALAYA menentang komunis…?? Sebab mereka piker balik, mat saleh yang datang memerintah Malaya adalah orang tinggi, tetapi lepas Jepun datang menjajah, Masyarakat Malaya bangkit sebab mereka tgk orang pendek pun boleh menjajah, kenapa kita tidak boleh menjajah, jadi semua orang bangkit untuk menentang penjajah dan menuntut kemerdekaan. Disamping itu, ingatlah orang dulu mereka menuntut kemerdekaat Malaysia bukan dengan peperangan tapi dengan OTAK sebab itu ada perang saraf dan sebagainya. Tunku Abdul Rahman waktu itu dengan Rakyat Malaysia pada masa itu menggunakan OTAK untuk kembalikan milik kita.

Jepun pun aku sokong juga, bukan sebab apa, Cuba tgk mereka mempunyai ciptaan mereka sendiri, budaya mereka sendiri, teknologi mereka sendiri. Cubalah kita menjadi mereka walau tak banyak sedikitpun jadilah.. Mereka membantu masyarakat mereka sendiri dan tidak menyokong orang luar. Tak percaya, pergilah ke Negara Jepun, berapa orang yang belajar bahasa inggeris…? Kenapa mereka tidak belajar walaupun itu adalah bahasa pengantaraan antarabangsa.?? Sebab mereka ada mereka punya kuasa dan mereka tidak perlu menuntut dari sesaper. Kenapa kita tak nak menjadi seperti mereka..?? sebaliknya mempertikaikan sesame kita dan menindas sesame sendiri, lepas tu boikot barang orang lain… Masuk laa gua…. ehehhe

Aku bukan anti kepada sesiapa, tetapi kepada mereka yang masih lagi ragu-ragu, tetapkan lah pendirian anda, kita memang laa berada dalam dunia yang kita sendiri tak tahu bagaimana penghujungnya, tetapi kita sendiri mempunya masa dan ruang untuk mencipta masa depan yang lebih baik. Jadilah individu yang berfikiran teguh dengan apa yang dia percaya dia boleh lakukan.. Hentikanlah kes nak boikot sana dan sini…. Kerana bagi aku….
Aku menetap kat Malaysia.. dan aku Makan kat McD aku nyer fav, KFC pengganti McD… Hehehe Aku akan pakai MACINTOSH Selepas Macbook dan seterusnya untuk masa akan datang, Aku akan pakai MAXIS, aku akan belajr Bahasa Luar agar aku dapat kenal dunia, aku akan buat apa sahaja asalkan ianya tak haram dan boleh diterima hokum dan syarak ok? Kalau pergi luar Negara belum tentu aku boleh makan double cheese burger or Big Mac.. sebab belum tentu Halal jadi Fillet O Fish pun boleh lah.. hehheeh

So It’s All about YOU… Choose….


Actions

Information

2 responses

29 04 2008
onthisshoulder

Hamz!! I use Macbook! Hahahaha!

29 04 2008
acad

sebenarnya betol ape yg kamu cakap tuh..tapi kan semua org ade principles and beliefs dorg sdrik n of coz dorg akan influence org laen..
x yah risau la..
stick to what u believe in the first place..
kalau boikoit pom sebab ors suruh n bukan dgn kerelaan srik bwat apa..
kan..
kan..

Leave a comment