My name is Hamtaro, PKN, and Friendship.

29 04 2008

Tahun ini genap 5 tahun aku meninggalkan PK N….

16 Februari 2004 aku menjejakkan kaki aku ke Kawasan hutan belantara Kem Sintok bersama dengan 599 orang lagi pelatih pada masa itu. Kami merupakan kumpulan pertama dari segala kumpulan dan permulaan pertubuhan Program Khidmat Negara. 
Kami semua sangat bimbang dengan keadaan kami, dimana kami akan berkubur selama 3 bulan dan apa yang kami akan lakukan dan disamping itu memikirkan apa yang patut dilakukan untuk menggantikan aktiviti dirumah sebelum ini. Bagi aku waktu mula masuk PKN tu, aku tak fikir lain…. Hanya, dimana harus aku menatap untuk menonton favourite series aku, Charmed. Mujurlah dalam hutan belantara itu ada astro. Dan kami namakan tempat itu sintok walk. 
Dalam hutan, selama sebulan. Kami bukan diletakkan kat tempat Latihan untuk PKN, tetapi untuk PALAPES UUM, pada masa itu kami menggunakan segala peralatan PALAPES untuk menjalankan latihan. Amat janggal kerana peralatan mereka adalah 1.5 kali ganda barang PKN. Tapi kami seronok, buat kembara halangan, keyakinan diri, dan sebagainya. Para jurulatih pun besh…. PAling best, aku dan kawan-kawan dapat result SPM kat dalam Kem Tu… Ada gembira, ada sedih… Tapi semuanya berjalan dengan lancar
Perkara paling best yang aku nak cerita disini ialah mengenai persahabatan. Sebelum sampai ke Kem Sintok, aku jugak memikirkan keadaan aku macam mana laa aku akan berkawan dengan manusia, bagaimana laa aku hendak memilih kawan. Aku gembira kerana  aku dimasukkan dalam kumpulan New-G. Aku kenal dengan Darul. Orang pertama yang aku boleh berkawan. dan sebut Hi!. Lepas malam suai kenal… KAmi balik ke khemah masingmasing. Kawasan Khemah itu.. ada 40 orang pelatih. Jadi agak ramai arr…. OPercaya atau tak… Disana aku berjumpa dengan 2 orang sahabat aku waktu sekolah rendah, dan mereka masih lagi ingat akan aku. Kami berada dalam kawasan khemah yang sama dan menjalankan aktiviti yang sama. Memang seronok.
Nak dipendekkan cerita, aku kat PKN ada banyak aktiviti dan banyak kali ditukar group kerana untuk memperkenalkan kami dengan orang baru. Setiap kali perkenalan, aku jumpa dengan orang baru. Yang paling besh aku jumpa adik beradik aku… iaitu angah, amad, tupai(kecil) nisaro, akmal, darul, hailoon, intan, luqman, hamdi(anak ustaz aku) dan sebagainya… Memang seronok.. sebab kami spend masa bersama.. dan mereka ada nama itu, aku pula mendapat nama HAMTARO. Mula mula memang kekok laa orang panggil hamtaro, tapi lama-lama barulah aku sedar yang hamtaro tu yang merapatkan aku dengan family aku kat pkn. 
Kat sana aku jumpa dengan mereka yang sekepala dengan aku, aku kenal mereka, mereka kanak-kanak macam aku jugak… mereka faham apa sebenarnya keseronokan yang orang lain tidak faham…. aku rinduka mereka, walau dimana mereka barada aku tetap ingat kat mereka, mereka memang akan menjadi dewasa dengan cara yang berbeza begitu juga dengan aku.. percayalah…..
Blog ini tiada apa pun.. just nak wish aniversary 4 tahun PKN dan 2May 2008 ni genap laa 4 tahun kami meninggalkan Kem Sintok dan Kolej Mas UUM Sintok. Selain itu juga, nisaro penah cakap waktu birthday aku yang ke 22 ari tu pada 21 April 2008, dia kata nak ajak aku, amad angah pg kat pokok getah tepi longkang yang kami tulis nama dulu untuk kenanngan, entah bagaimana laa pokok itu… mesti dah membesar… sedeynya…… sayunya…
Itu sahajalah entertainment untuk kali ini.. peace!!!

Actions

Information

2 responses

29 04 2008
Wan

Mygawd!!!! I jugak rindu ngan kengkawan I… pelatih jugak… tapi PKN memang rawk bebeh…….!!!

30 04 2008
acerbicacad

never had a chance to join..
x per ah..I got sumthing to be smug of too..
my adventure camp..!

Leave a comment