It’s All About Sekolah Memandu…

30 05 2008

Hari ni lepas sembahyang jumaat aku pergi laa kat sekolah memandu.. sesajer laa kononnyer sebab aku ader test besok (sabtu31mei2008) setelah 6 bulan aku tinggalkan kenderaan sebab last aku pegang keta untuk latihan bulan 12 lepas.. tu pun tengah bulan 12 then terpaksa balik laa ke kampus sebab ada keja.. so aku pg tadi sebab nak sedut ilmu yang dorang ajar bebudak yang baru ni so leh laa aku jadikan panduan untuk aku test besok…

Then xsampai 30 minit kat pondok menunggu.. ader sorang pakcik ni.. (cikgu sekolah emmandu arr) datang kat aku ngan kawan kawan.. ni buat apa ni.. aku cakap laa sja datang tgk orang wat parking , bukit n 3 penjuru.. lepas tu dia tanya ader minta kebenaran sesaper ker..?? aku kata laa tak.. lepas tu dia kata.. ni kena kuar nie.. xleh masuk macma tu saja.. kena kuar sekrang ni.. nnt jadi apa apa plak.. lepas tu aku cakap laa oooo yaa ka memang xleh ker tgk orang belajr… dia kata tak leh masuk.. aku pun ngan hati yang panas pun kuar laa.. dah laa orang kat kaunter tu macam ngan ape… lepas tu… cikgu pun samer jer.. (aku tak nafikan cikgu cikgu yang baik pun ader gak…. ) lepas ni jpj plak kau tak tau la… apa laa keja dorang….

dah laa kasi mahal untuk amik lesen.. lepas tu… aku nak tempah melalui telefon tak boleh sebab kena berada sendiri kat depan kaunter dorang untuk urusan.. dah tu bila aku wat sediri rupanya bukan untuk aper.. nak jadi roang suruhan amik fail aku yang dorang letak kat tempat lain.. satu organizasi.. tapi keje asing asing.. lepas tu hak pengguna letak kat tempat asing asing.. kot laa dorang yang nak wat.. poengguna tu sendiri yang kena wat.. memang sangat bertangungjawab laa dorang ni.. 

kelas 8 jam nak anggap orang tu terrer arr bawak keta.. dalam kelas pertama tanya leh bawak ker tak.. (orang cakap , jangan kata pandai.. kata bleh laa pegang sterreng bawak..) aku pun cakap laa boleh laa bawak biasa biasa tu tak cekap.. lepas tu kena saun.. haih.. laki tak tau bawak keta ke..?? tak biasa kat jalan… tu pun perkara lama tahun lepas nagn cikgu pertama aku.. memang aku bengang.. kalau cakap boleh.. nanti dia kata nak tunjuk hebat.. kalau kata tak boleh… macam ni plak..

Ni aku nak amik test berbekalkan apa yang diajar 6 bulan lepas.. lepas tu nak refresh balik ilmu tapi kena marah pulak… memang aku angin.. sesaper yang dalam belajr … jauh jauhdan kurang kemampuan macam aku ni dan takder pengaruh orang dalam or kabel… jangan laa angan angan nak wat lesen kat sekolah memandu yang aku pg ni.. kalau laa aku leh amik semua balik dokumen aku dan wat tempat lain.. memang dah wat dah.. tap9i pduit aku tu aku nak wat benda lain sama.. kalau tak.. hishhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

ni jer luahan untuk petang ini dan doakan besok aku dapat wat dengan lancar…





It’s All About UMobile Broadband service

30 05 2008

Have you heard? U Mobile just launched the U38 Plan. Postpaid for only RM38/month, you get video calls for the price of voice calls, calls charged at 15-sec blocks and FREE two months of U Mobile broadband!

Hurm sekrang ni kan ader celcom yang menawarkan service untuk 3g nationwide.. tapi sekrang ni 018 mobifon 800 suatu masa dahulu or m3 sekarang dah jadi umobile.. dan sekarnag dorang lancarkan line tepon plus 3.5g services.. tapi sekrang ni kat area kl arr rm 38 sebulan jer 3g call sama cam voice call pergghh sangat besh arr memseng besh seyes cakap peace tu jer laa nak cakap ahak.s.. 





It’s All About Gossip Girl!!

30 05 2008

Hurm aku ni selepas bagitau dok tgk charmed kan… my fwen sorang ni cakap charmed tu bukan citer yang 10 kurun yang lalu ker… heheh memang pun.. tapi still besh mana la ader series yang lebih besh dari tu kan.. yang ader magis laa…. aku tgk jugak desperate housewives… sampai aku wat assignment pasal series ni kat kelas broadcasting.. okeis.. ape yang penting kat sini.. nak citer skit.. my fwen hairel…(nak balik malaysia dah besok.. ader kat uk skarang) dia tnaya arr tak tgk gossip girl ke aper ker kan.. so i wonder laa sebab kat tv ader.. tapi tak layang sangat .. tapi.. bila dah tgk…. wow besh weh.. it’s all about our own modern life laa.. seyes… besh sangat… ahaks.. macam sekeliling ader jer tgk kat real life.. saper yang belum tgk , korunk mesti tgk aku dah download 10 episod untuk season 1 ahaks.. :P

ni sinopsis dia arrr

http://www.cwtv.com/shows/gossip-girl/about

gossip girl cast

 

 

The privileged prep school teens on Manhattan’s Upper East Side first learn that Serena van der Woodsen (Blake Lively, “The Sisterhood of the Traveling Pants”) is back in town the way they learn all the important news in their lives — from the blog of the allknowing albeit ultra-secretive Gossip Girl. No one knows Gossip Girl’s identity, but everyone in this exclusive and complicated vicious circle relies on her website and text messages for the latest scoop. Even Serena’s closest friend, Blair Waldorf (Leighton Meester, “Entourage”), is surprised to find that Serena has suddenly ended her selfimposed exile to boarding school and returned to Manhattan.

Once the Upper East Side’s most notorious party girl, Serena’s reasons for returning are mysterious, although they may have something to do with her younger brother Eric (Connor Paolo, “Alexander”). Whatever the reasons, the change in Serena is obvious, especially to Blair, whose friendship with Serena has always been competitive and difficult. When Serena was out of the picture, Blair enjoyed her time in the spotlight and she has no intention of going back to living in Serena’s shadow. Their uneasy relationship is further complicated by Blair’s boyfriend Nate (Chace Crawford, “The Covenant”), a young man uneasy with all the privileges that have been handed to him by his high-powered father Howie “The Captain” Archibald (Sam Robards, “The West Wing”). Now that Serena is back, Blair will have to fight to hold onto Nate’s attention. It also remains to be seen whether Blair’s loyal lieutenants — Katy (newcomer Nan Zhang) and Isabel (newcomer Nicole Fiscella) — will remain by her side or break ranks to follow Serena.

The tension between Blair and Serena isn’t lost on anyone in this crowd, since they all live for gossip and scandal — along with fashion, shopping and partying in Manhattan’s trendiest hot spots. This is a world you have to be born into, full of wealth, power, and people like Chuck (Ed Westwick, “Children of Men”). A friend of Nate’s since childhood, Chuck leads a reckless life, and constantly pushes Nate to explore his dark side.

The proverbial fish-out-of-water at the prep school are Dan (Penn Badgley, “John Tucker Must Die,” “The Bedford Diaries”) and his sister Jenny (Taylor Momsen, “Paranoid Park,” “How The Grinch Stole Christmas”), middle-class kids whose background keeps them on the fringes of this exclusive clique. Dan and Jenny are attending the school at the insistence of their father Rufus (Matthew Settle, “Into The West”), a former rocker turned art gallery owner, determined to give his kids a first-class education. Rufus has a history with Serena’s mother Lily (Kelly Rutherford, “Melrose Place”), a socialite who hides her past as a dancer and rock groupie. When a chance encounter brings Dan to Serena’s attention, he suddenly finds himself dating the girl of his dreams. The more Dan discovers about the real Serena, the more he’s challenged to make sense of her world. Dan’s sister Jenny is the youngest of the group and wants desperately to be accepted. The price she’ll have to pay for popularity will take a toll, but at the moment, Jenny is just thrilled to have entry into this glamorous world.

Dan and Serena’s relationship is further complicated by the arrival of Dan’s friend Vanessa, a Brooklyn rebel and loner who doesn’t approve of Serena’s world of money, fashion shows and fundraisers. Vanessa’s attempts to pull him back to his roots will cause friction between Dan and Serena.

Keeping track of the shifting friendships, jealousies and turmoil in this wealthy and complex world isn’t easy, but it’s what Gossip Girl does best.

Filmed in New York and based on the popular series of young-adult novels by Cecily von Ziegesar, “Gossip Girl” is from Alloy Entertainment in association with Warner Bros. Television and CBS Paramount Television Inc. with executive producers Josh Schwartz (“The O.C.”) & Stephanie Savage (“The O.C.”), Bob Levy, Leslie Morgenstein (“Sisterhood of the Traveling Pants”) and Felicia Henderson (“The Fresh Prince of Bel-Air”), and co-executive producer K.J. Steinberg (“The Nine”).

 





It’s All About Nokia (the copycat)

27 05 2008

weh ader hp baru nokia yang meniru hp sony e yang z610 kot tak silap yang shining cover tu…. yang pelakon citer ezora dok pakai tu.. nokia pun ader cun weh ahaks ader 3g lagi.. tapi function dia basic phone xpakai symbian.. dan of xcourse xder laa risiko nak masuk virus macam symbian software kan… ahaks.

Nokia 6600 flip

kalau nak maklumat lanjut buka laa web ini

http://www.mobile-review.com/review/nokia-6600fold-en.shtml





It’s All About Lesen Memandu and JPJ

25 05 2008

Sangat susah untuk mendapatkan lesen.. Bila kita dah cepat untuk mendapatkan lesen bermacam hhalangan yang ditempuhi tambahan pula keadaan pekerja yang kurang mesra sangat susah untuk berurusan…

KAlau lah kat malaysia ni boleh dipercepatkan proses untuk aku ambil lesen memang aku akan wat atau ada peluang  utnuk aku berubah temnpat membuat lesen aku akan tukar, tapi disebabkan latihan aku wat kat kedah, aku memang terpaksa habiskan kat kedah kalau tak, memang xleh wat per…

Aku boleh habiskan, tapi layanan yang diberikan dengan cara mereka wat keje sangat tak menyeronokkan… Kalau dorang nak suruh pekerja dorang wat keje xper gak, ni buat kerja pun suruh orang yang memohon tu laa wat ini dan itu dulu sebelum berjumpa ngan dporang…. sesama dorang nak photostat borang pun pas sana dan pas sini.. aku berdiri menunggu macam ngan patung arca yang baru sahaja sampai kat tempat perhiasan temapt mereka kerja .. hangin sangat!!!

Dah laa tu.. aku ni bukan cuti panjang dan cuti selalu.. sem lepas waktu bulan 11 sampai bulan 12.. aku wat lesen tu tak habis jugak sebab aku kena balik kampus… ni pun cuti 2 bulan ni (lebih kurang laa kan) aku belum tentu habiskan lesen sebab orang tempat lesen tu kata… aku nyer jpj hanya leh wat 22 hb sebab tu jer time leh wat ujian.. then aku ncakap xleh ker nak masukkan nama aku dalam list, dia kata xleh.. sbebab kena tunggu sampai aku lulu segalanya dulu.. dah laa dulu doarng wat keje xsistematik then aku terpaksa tunggu satu sem.. ni nak suruh aku tunggu 22hb 6 untuk amiki jpj dan belum tentu lagi aku mendapat tempat.. so  sebulan lagi aku nak wat aper.>?? nga nga..?? FEDUP giler.. aku pun tak tau nak wat per.. cepatkan lah urusan aku nak memproses segalanya ngan dorang yang xder peri kemanusiaan.. lesen aku terpaksa diperbaharui sebab nak bagi available ngan tarikh dorang.. kalua aku kena tunggu lagi satu tem x ke nahas aku… kena aku lupa step…. xke aku kena ulang semula….. susah betul laaa… kalau nak kata aku bawak keta dalam L ni xper gak.. ni mana leh bawak kat jalan raya plus kampus aku jauh… dah laa susah nak berurusan kalau xder kenderaan.. kampus dah laa kat ulu… hish.. awat laa aku kena macam ni…

P/S : sorry sebab aku moody segalanya hari ini sangat xbesh dan sangat tak seronok untuk dibicarakan… maaf kat kampus aku \.. walaupun ulu dah 2 tahun aku duduk kat sana.. nak habis lagi setahun jer lagi… peace…..





It’s All About Hot.FM Mini Jam

24 05 2008

Hari ini aku kebosanan.. Lepas tu My fwen datang enjemput untuk kuar sebab ader hot.fm Mini Jam kat alor star.. hurm macam besh gak arr.. so kuar laa besh oo sebab dapat jumpa dengan dj dj hotfm… biasa laa fav stesen aku ahaks… so ader laa beberapa keping gambar…. untuk tatapan bersama heheheh btw tadi fiq jer yang tak pg so tak tau naper.. maybe dia ada hal.. harap ader good reason not to come or dia memang kena stay kat konti whole day heheheh

Hurm lepas tadi si Kak Kesayangan Semua… Kak Farah Fauzana… heheh biasa laaa Mr Rauf satu batch ngan dia.. bercerita skit pasal dia.. dan dia memang besh… ahaks… :D … hurm tadi dia tanya. lawa kamera… so aku cakap yer laa photocomm heheh… lepas tu dia cakap dia pun ader gak waktu photocomm leaps tu ader kat umah xder wat per.. hehehe syok gak sembang ngan dia as junior and senior and bukan as orang biasa dan celebrity ahaks.. yang penting dia cakap meskom memang besh dan tadi tak sempat nak wat tabik masscomm kat senior hehehehhe (kan mr rauf ngan miss raha suatu masa dahulu penah cakap kita kena hormat senior ehhehe okies nie jer laa untuk hari ini bye bye…

 





It’s All About Appreciation…

22 05 2008

atas tu gambar aku dan orang orang yang aku hargai… kalau yang takder gambar tu aku minta maaf laa..

citernyer senang sahaja aku baru sahaja pulang dari bermain boling bersama dengan 3 beradik lagi sekolah syed omar… kalau ikut kami memang kalau cuti main boling sekali.. walaupun semua orang berpisah jauh,, aku ke uitm melaka, man ke uitm arau, azmer ke upsi dan afif ke poli arau dan masing masing ada komitmen memasing, tapi kami masih berjumpa untuk meluangkan masa bersama… dan boleh dikatakan annual meeting arrr.. setiap tahun ader.. nak wat cam ner ni jer waktu yang ada kan.>???

heheh just aku nak cakap aku rindu sangat kat dorang, tapi jumpa tak lama sangat dan memang xdapat berborak panjang.. kali ni pnya cuti apit n man ada prktikal, so malam jer la leh kuarpun, mujurlaa kat pacific tu boling buka sampai tengah malam.. kalau tak, macam tipis jer peluang nak jumpa kan..?? aku harap aku dapat lagi berjumpa dorang selepas ini..

Kami berempat kat sekolah dulu nak kata rapat tak juga.. just waktu aku jadi setiausha pengawas, dorang rapat wat keje, gotong royong, then pg kenduri rumah man.. selepas itu kenal ngan azmer plak sebab dia adalah pengganti tempat aku selepas aku tamat sekolah dan kami keep intouch pasal keje.. pastu tau lak azmer sepupu ngan afif.. so tu yang kami rapat.. dulu waktu sekolah teringat kami waktu dok dalam bilik pengawas dok kongsi cerita itu dan ini.. bila lagi dapat bergosip dengan dorang… ahaks….

Sebelum tu aku jumpa dah dengan sahabat bergaduh, sahabat menangis dan sahabat gembira aku.. Faridatul Akmal Abdullah.. Kalau nak kenal dia, tgk erra fazira tu laa dia.. tapi dia dah jumpa ngan imran.. kan.?? yusri kena tinggal ehhehe apekan daya ahaks.. janji.. waktu kami jumpa kami masih seperti dulu.. cuma waktu tu dia ader kureng skit mood pasal application dia nak ke overseas.. heheh aku harap tak der aper yang dapat memisahkan aku dengan dia… walaupun kami telah berkahwin kelak.. kehilangan dia adalah satu kehilangan yang cukup besar dalam hidup aku.. kalau tak dengan saper lagi aku nak bergaduh macam budak budak hehe orang lain semua dah teramat matang kan… hehehe

Berbalik pula pada sahabat sekampung yanga da 4 orang tu sorang jer pompuan tu laa sahabat sekampung aku dari kecik sampai besar sampai laa orang kata ish ampa ni sampai bila nak kawan macma ni, tapi kami teap kawan..setiap kali balik cuti ka, beraya ker, ape rker semua sekali.. pg jumpa senior pun sekali.. tapi kami bukan nya apa just mengekalkan persahabatan sebab persahabatan tu sampai bila bila.. teringat lagi kat sekolah dulu.. kami gaduh sampai naik atas meja kantin sekolah( ketua pengawas ngan anak buah) semua tu berlaku tanpa disedari dan itulah pergaduhan terbesar kami samapi semua ornag tgk.. tapi pergaduhan itu tak pernah lama… itu plaing lama pun 3 jam jer… lepas gaduh, balik sekali naik basikal beramai ramai balik… lepas tu semua orang mesra macam tak der aper yang berlaku itulah kwaan sekampung aku..

Lepas tu aku masuk university.. walaupun aku takder sahabat atau kawan baik macam danial selalu kata BFF(best friend forever…) tapi aku tetap bersyukur… sebab aku ada rumate dan mereka yang rapat dengan aku… terutama senoligator yang gigi bercoklat tu.. dialah penyeri bilik aku.. kalau tak der dia.. zaid wat keje zaid, aku wat keje aku dan si syafiq tu ader kat bilik lain.. dia gak la yang selalu wat meeting bilik dan paparazi.. heeh appeun aku happy.. kekadng teringin juga nak tgk rapat seperti senol ngan danial tapi tak per.. aku aku syamil, senol dan danial.. dorang bertiga ni selalu menceriakan keadaan aku dan aku tak kisah laa walau kena ketawa ker.. at least aku ader dorang untuk aku berkongsi.. walaupun aku slealu nampak syamil selalu wat muka heheheh  aku terima dorang seadanya.. aku teringin nak bergelak ketwa dan berkongsi cerita ngan dorang… dan aku ader 2 sem lagi untuk aku wujudkan jalinan itu…

tak lupa juga wawan selalu juga dia mesej kalaua der aper ape… dia laa yang selalu balas mesej akalau aku bercerita apeppun.. kalau aku antar mesej kat ramai orang… mms kat ramai orang.. dialah orang pertama yang akan balas mesej aku… dan dia orang yang slelau baca blog aku eheeh so itulah wawan.. si comel..

walaupun keadaan diuniversiti lain dari kat kampung.. aku teringin nak standardizekan  keadaan dimana nak orang kat kampus mengenali aku sebagaimana aku dikampung.. bergelak ketawa… berborak… gila gila kekadang dan sebagainya.. walaupun aku tak der sahabat baik kat kampus tapi aku bersyukur dengan apa yang ada.. dan terutama sekali rumate.. mujur aku ditemukan dengan zaid, senol dan syafiq (sebelum ni hadi) dan mereka memang orang yang baik baik.. aku bersyukur sangat.. dan aku berharap aku tidak dipisahkan dari mereka mereka ini sampai bila bila sebab inilah ANUGERAH TERINDAH YANG PERNAH KU MILIKI…(SO7)





It’s All About human search engine

20 05 2008

Berapa panjang Jambatan Pulau Pinang?

Berapa tinggi menara berkembar petronas?

Brapa banyak menara kat negara kita?

Siapa menteri beli dan sukan? Siapa menteri pelajaran tinggi?

Hurm semua tu sebenarnya sangat umum… Budak universiti kah kita untuk tidak menjawab soalan itu. Itulah jawapan yang aku terima…. dan ini juga yang aku belajar sepanjang 2 minggu aku cuti ni.

Kawan aku Mahfuzah bt Othman (classmate tingkatan 5) ari tu kami wat reunion dan bercerita hal masih masing.. mengenai hal pelajaran dan sebagainya…. Dia bercerita… hari pertama masuk kelas. lecture dia dah tanya soalan yang sama kepada dia sebagaimana dia bertanyakan kepada aku. tapi aku hanya mengagak jer pasal jambatan tu.. heheh betul gak arrr. just… lecture dia kata “Inilah pelajar universiti.. Belajar membaca buku tebal tebal, pengetahuan am xder…. ” dan dia cakap, ada senior dia yang dapat cgpa 3.8 gagal mendapat kerja kerana kurangnya pengetahuan am, dan kerana satu soalan tidak dapat dijawab.. maka tiada peluang untuknya.

Aku teringat lagi, waktu sekolah dulu, Azriq yang naik kereta kelisa special edition kuning tu selalu dikatakan yahoo sebab dia tau segalanya… dan dia akan cuba untuk cari apa sahaja ilmu yang ada. Bila masuk univeristi, budak kelas aku.. orang panggil dia Talib Google.. sebab memang general information dia akan tahu semua.. dan blog dia, dia akan wat review pasal general knowledge. Ramai orang akan pandang mereka ini sebagai mat skema… 

Tapi setelah aku berjumpa dengan kawna aku ini, barulah aku sedar bahawa… kita semstinya perlu mengetahui segalanya.. Ilmu Allah SWT ini cukuplah luas… jadi kita tak bleh sempit kepada sesuatu sahaja… mungkin kemahiran kita dianugerahkan allah satu sahaja.. tetapi jangan lupa yang lain.. sebagai contoh diri aku sendiri.. aku tahu pasal teknologi, aku minta teknologi.. tapi aku tidak boleh melupakan sebarang perkara lain.. aku kena start balik belajar pengajian am macam waktu aku kat sekolah dulu ehhehee

Appeun pesanan ini adalah unutk diri aku dan pembaca… dalam politik mungkin aku tak minat, tapi aku telah berada ditengahnya… dan aku tahu apa yang baik dan apa yang buruk untuk aku buat [pilihan.. mengenai pilihan Tun Dr MAhathir semalam.. aku tahu kenapa dia berbuat keputusan yang demikian dan aku tahu kenapa dia lakukan demikian.. hhehehe

Seronoknya bila kita dapat tahu tentang dunia… tentang ilmu alam, bagus untuk aku at least kita tidak sesat dan kita cuba untuk menolong orang ramai dengan ilmu.. seperti cikgu kimia aku pernah cakap dahulu… 

Dulu saya pernah bercita cita untuk menjadi doktor dengan ilmu yang saya ada… saya dapat berubat orang sakit dan seterusnya cuba mencari penawar, tapi pendapat saya berubah setelah saya meningkat dewasa… saya rasa saya nak jadi cikgu… apabila saya jadi cikgu, saya dapat gunakan ilmu yang saya ada untuk mendidik.. satu kelas tu ramai orang, kalau saya dpat membimbing ramai pelajar untuk menjadi seorang insan, maka lepas ni saya boleh lahirkan lebih ramai doktor yang dapat mencari penawar kepada penyakit kat dunia ini

So itu sahaja wat kali ini.. ini adalah penulisan pertama saya setelah seminggu saya xder bekalan internet.. ada masalah dengan wire dan orang tm dah datang wat wiring lain.. so tu jer laa anything komen.. hehehe





It’s All About People’s Voice..(ME!!!)

18 05 2008

Bercakap pasal isu beras aku sendiri mengalami nya dalam kehidupan aku kerana setiap kita akan makan nasi yang asalnya dari beras dan beras yang datangnya daripada padi yang sememangnya banyak dikawasan aku di negeri aku negeri KEDAH DARUL AMAN.

Sebelum ini memang Negara kita tiada masalah dengan beras sehinggalah kita semua digemparkan dengan berita beras naik harga. Huyo!!! Aku sendir terkejut, kenapakah kita jadi begini. Beras memang takder ker atau sengaja dijadikan isu untuk menutup hal lain.. tet!!!!!(No Komen)

Bagi aku kat negeri aku ni berlimpah ruah kawasan padi dan namapun jelapang padi… so aku pun tak tahu kenapa menjadi sesuatu yang tidak dijangka.. mungkin ni laa dugaan tuhan kepada kita kut.. tapi………. tak per laa aku tak boleh berkata lebih.

Hurm sebelum ini kes helicopter…. kes bas yang banyak kali sangat kemalangan dan kes feri berlanggar serta itu dan ini.. aku tak nak kaitkan dengan apa.. rakyat Malaysia pun tahu apa yang mereka tahu dan tidak mampu untuk berkata apa apa kerana kalau kata lebih masuk ISA lak.. heheha(lawak jer)

So kita sebagai orang bawah yang kena bayar tol nak kemana mana, yang kena bayar harga minyak yang tinggi, kena makan nasi dengan harga yang tinggi, kena beli apa sahaja dengan harga yang tinggi akan terasa dengan gaji kita yang sederhani ini.. Perkara ini tidak akan dirasai oleh mereka yang bergaji besar dan tidak perlu membayar apa apa cukai kan???

Apa yang boleh aku katakan disini adalah harga topup hand phone lebih murah dari harga nasi…. boleh terima..??? hehehe

Okies lupakan pasal tu pula…. Ni aku nak cakap pasal ekonomi. Aku belajar laa basi ekonomi kat university sebab memang wajib keperluan kos. Aku pada mulanya kurang minat dengan ekonomi, tapi lepas tau yang memang ekonomi ni ada kelebihan untuk diri aku aku pun suka. Hurm bercakap tentang isu yang giat diperkatakan ialah isu agriculture.. kita ada ncer, ecer dan idr.(aku baru jer tau). Ok yang aku boleh kata…. apa yang aku belajar dalam topic ape ntah pasal unemployment yang pasal structural unemployment kot yang kemahiran orang tu tak dapat digunapakai.. sebagai CONTOH, sebagai contoh aku ulangi, sekarng ni ramai graduan IT, multimedia dan media yang keluar, tapi kemahiran kita tak dapt digunakan kerana kita kurangkan tumpuan terhadap perkara itu dan lebihkan dlam agriculture. Betul taka pa yang aku bagi contoh ni..???

Hurm aku pun tak pasti betul atau tak.. kalau betul dapat laa markah contoh untuk exam final eco ari tu. Hehehe hurm yang aku boleh katakan kat sini… petani, orang yang dalam agriculture sememangnya rasa gembira sangat sebab muka mereka kat bill board, street pillar, poster dan dimana sahaja “saya boleh, andapun boleh” wow! Menakjubkan. Aku tak perlu seyes. Memang satu kelebihan dan satu keistimewaan untuk mereka. Tapi bagaimana pula dengan mereka yang bekerja disektor lain JANGANLAH KITA LUPAKAN MEREKA ok???? Mereka yang lain macam mana? Terasa tak. Aku terasa laa jugak… sebab bagi aku dalam media ni berhempas pulas laa nak belajar media guna teknologi sana sini.. nak pakai internet wifi, nak pakai gadget itu dan ini bagi memudahkan kerja dan nak tunjuk bahawa kita rakyat Malaysia yang boleh Berjaya dalam bidang teknologi pula akan kemana??? Seedy laa jugak… aku nak juga popular macam dorang. Aku nak juga cakap “saya boleh, andapun boleh” nak juga ajak nenek aku main internet nak buat voip ker, nak pakai webcam kat yahoo messenger.. nak bermms dengan mak dan ayah aku.. nak guna video call dikala berjauhan walaupun tak dpat bersua muka secara live, bersua muka diskrin pun boleh la kan… Aku nak yang tu.!!!

Kalau aku habis study nnt mak aku kata, balik kita buka ladang betik, ladang tebu, kita sewa ladang pak cik memana kita usahakan… aku tidak mampu untuk berkata apa apa hanya ikut… cakap orang tua jangan diingkar… Aku disini bukan nak perlekehkan perkara ini.. tapi kalau kita balancekan semua bahagian ekonomi kan kita boleh meningkat dalam semua aspek??? Takkan ada yang menganggur. Oran yang dah berada diatas tangga memang tak rasa, orang yang baru nak merangkak ni sangatlah merasainya.

Aku nak juga masuk kat tempat yang HI-TECH, macam kat cyber jaya ker. Aku nak macam Negara kat mana ntah orang dia macam orang Africa tapi bukan dia.. depa wat free wifi country…. pastu xpakai server b atau g tapi pakai server N yang baru dan lagi luas macam yang tersedia kat dalam macbook ahak…(sorry hheheheh). Then kat sana wimax memang dah develope gegiler arrr…  ni kat rumah aku indoor 3g coverage pun tak der, cam ner nak tandingi orang lain.. seedy tul. sLepas tu persaingan untuk internet, telefon sangatlah kurang. Sapa yang nak galakkan… tolonglah wujudkan persaingan untuk internet, walaupun kita membayar RM88 sebulan untuk kelajuan 1mbps, tapi kat umah aku tak dapat full speed pun, aku check 7XXkbps jer…. lepas tu sekarang ni dah 5 hari rumah aku ader prob internet S……x… so aku pun tak mampu nak kata apa apa.. setiap hari aku buat report… kena bayar lak tu nak wat report… yang aku terima hanyalah “kami sedang menghadapi masalah dibeberapa kawasan, jadi diharapkan pihak tuan dan puan dapat besabar” lepas tu dok Tanya aku, aku punya configurasi probs ker, aku nyer modem rosak ke tak… aku tau laa bila modem aku rosak ker tak.. bila computer aku rosak ker tak. Hish mereng tul… Lepas tu aku memang laa call pakai maxis sebab maxis setakat sekarang walaupun banyak hal, tetapi xder laa kacau privacy aku.. ni aku pakai celcom, punya laa bangga celcom… tapi ada plak orang dalam tu dok jadi spy pastu tu dok tgk aku nyer usage laa dok tgk saper aku kontek itu dan ini.. pastu dok mesej bagitau aku.. hish…. cam ner orang Malaysia or orang melayu nak maju kalau jaga tepi kain orang… so kalau ada sesuatu untuk aku lakukan, sila laa komen.

Hurm kalau nak cakap memang banyak takut nnt melalut aku plak yang kena dan disalah anggap… yang aku boleh cakap secara kesimpulan berkaitan tajuk dan bukan huraian adalah.. Negara luar tak dak tol sebab depa dah gunakan kemahiran lain yang ada dan guna untuk bayar lain.. minyak mereka mahal tak per sebab gaji basic dorang memang setaraf walau petani atau doctor, starting tu adalah tak sama dengan kita.. lepas tu makanan ruji mereka lain.. kita tak boleh tiru mereka sebab kita ada keistimewaan kita sendiri.. gunakanlah sebaik mungkin.

Seterusnya aku nak kita semua membangun dalam era globalisasi ni setaraf dengan Negara luar… setaraf dunia… aku nak kita semua bangkit… seiring dan sejalan… sebagaimana kita peroleh kemerdekaan dahulu.. melayu, cina dan india adalah serumpun… maksud aku.. biarlah engkau petani, engkau, driver, engkau doctor, engkau nurse, engkau jurutera, engkau pelukis, engkau orang media, engkau pendidik, biar apapun yang kita jadi janganlah kita mengangkat satu, menyisih yang lain atau dengan mudah, biarpun kita berlainan uniform, tapi kita tetap kawan dan bantu sama lain…. jangan bias dalam nak meningkatkan taraf hidup.. mana kurang kita bantu, mana lebih, kita tingkatkan. Kita kan serumpun.. kita peroleh kemerdekaan Negara kita oleh Tunku Abdul Rahman dengan otak, tanpa perlu berlumuran darah untuk sain agreement kita merdeka… jadi sekarang ni kita nak meningkat naik dimata dunia.. guna juga otak.. walaupun aku lemah.. tapi… aku sedang cuba sedaya upaya untuk bangun keluar dari kelompok aku yang kecil ini.. doakanlah kejayaan aku.. kerana aku nak kita semua maju.. hapuskan kemiskinan.. lepas tu kita semua bangun dan tolong Negara lain yang mundur dengan penuh keikhlasan…. walaupun dunia sekarang ini dunia yang kejam, takkan kita nak jadi kejam.,.. biar kita yang mulakan… kita jadi suara baru untuk semua orang kat dunia ni kita mampu bangkit dan kita boleh membantu orang lain dengan kemahiran dan pengetahuan kita.

Bak kata cikgu hajar, cikgu kimia aku dulu (dah buat master dah skrang) “daripada saya nak jadi doctor sorang diri dan gunakan pengetahuan saya ni lepas tu berubat orang sahaja dengan kemahiran dan pengetahuan saya ni, lebih baik saya jadi cikgu atau tenaga pengajar supaya bila saya mendidik, saya boleh gunakan ilmu dan kemahiran saya ini untuk lahirkan lebih ramai doctor, lebih ramai ahli jurutera, lebih ramai ahli sains dan ahli teknologi agar dapat tolong orang… untuk majukan Negara kita(nak tambah skit)… kalau jadi cikgu… setiap tahun dia akan melahirkan rmai graduan sekolah yang cemerlang(kalau cikgu tu bebetul dia ikhlas mengajar)” betul tak cikgu..??? SELAMAT HARI GURU buat cikgu cikgu aku… heehe aku akan berusaha untuk menjadi seorang yang cikgu impikan.. insyaalalh

Setakat ni jer warkah pendek aku.. peace!!!

P/s: aku bukan nak mengata, bukan nak mengomen, tapi nak wujudkan kembalik semangat dan keyakinan diri aku yang hilang.. untuk aku menghadapi dunia yang kini berada pada tahap yang cukup bersaing…. 





It’s All About Media

18 05 2008

Setiap hari orang bercakap mengenai perkara yang disiarkan dalam akhbar, dalam majalah dan juga dalam television ataupun dalam radio malah internet. Semua sumber itu diperoleh daripada media.

Mereka yang berada dalam bidang media ini akan berhempas pulas untuk mencari segala informasi yang berada dalam dunia ini. Hal ini berlaku kerana orang media akan cuba untuk memberitahu kepada semua orang apa yang berlaku disekeliling mereka. Takkan laa sampai rumah jiran kena rompak pun kita tak sedar kan. Itulah tujuan orang media melakukan kerja. Iaitu untuk memberitahu serta menyedarkan orang sekeliling agar lebih alert!.

Setiap hari aku tengok surat khabar tetapi cerita yang disiarkan adalah kebanyakannya pasal Negara kita.. dan big story pun xlari dari politik. Hehheh.. Satu kelemahan aku ialah aku kurang berminat dengan politik..

Yang ingin aku katakana disini… Beberapa pihak mengatakan bahawa pihak media tidka sepatutnya menyatakan itu dan menyebarkan ini. Hurm pada aku, aku agak kurang setuju skit laa.. kerana aku juga orang media dan aku telah diajar selama 4 semester dalam pembelajaran aku dalam menyampaikan maklumat kepada orang awam

Setiap media mempunyai organisasinya yang tersendiri. Dan setiap proses pengeluaran sesuatu bahan itu ada peringkatnya yang tersendiri.. Malah jika bahan itu jika kurang sesuai tidak akan dikeluarkan..

Kami mempunyai editor kami sendiri.. iaitu seseorang wartawan itu tidak boleh memperoleh dan menyiarkan bahan itu secara sewenangnya. Hal ini kerana editor itu yang akan menapis dan mengubah bahan itu menjadi bahan yang sesuai dibaca umum.

Dan pihak media dikatakan juga tidak patut menyiarkan kalau tak di proof kan oleh SESETENGAH PIHAK ATASAN. Hurm apa yang aku boleh katakan, orang media bergerak dengan etika nya yang tersendiri… dan mereka melakukan sesuatu mengikut peraturan yang telah disediakan. Sebagai orang media aku rasa mereka tahu apa yang perlu dan apa yang tidak. Tidak perlulah persetujuan beberapa pihak jika perkara itu adalah benar kan??? Artis pun boleh kena gossip dan beberapa berita tentang mereka yang tidak baik. Andaikata perkara itu adalah benar dan bukti telah ada didepan mata apa lagi yang boleh disembunyikan… betul tak..????

Aku rasa setakat ini sahaja yang mampu  untuk aku cakap sebagai rakyat yang aku rasa peranan media tak patut disekat dan dipersoalkan secara besaran kerana setiap orang ada kerjanya memasing dan haruslah wat keje mereka sendiri jangan sibuk hal kerja orang lain. Barulah aman Malaysia ini. Aku bercakap adalah bagi pihak aku sendiri yang inginkan keamanan Malaysia. Aku tidak mampun untuk berkata lebih, nanti kalau berkata lebih, lain pula jadinya… walaupun Negara kita ini adalah Negara yang aman dan bebas untuk berkata kara tapi kita ada undang undang yang kita kena patuh juga… bak kata lecuter aku.. peranan media dan orang ramai adalah seperti permainan bola sepak. Kita boleh bercakap apa sahaja untuk mencapai gol iaitu tujuan kita, tetapi kita tak boleh keluar daripada padang gol itu kalau tidak kita akan dikenakan tindakan.. macam tu juga aku.. tak leh cakap lebih… tapi aku hanya menyatakan hasrat dihati sahaja.. Peace!!!!