It’s All About people and their thought

12 05 2008

Setiap orang ada cara untuk berfikir secara sendiri.. tetapi biarlah logik dan boleh diterima oleh semua.. kalau merapu sahaja wat per kan..??

aku ingin bercakap mengenai perlakuan dimana kita tidak patut memandang kebelakang iaitu tidak patut melihat kenangan…

Bagi aku kenangan itu adalah sesuatu yang cukup baik untuk dikenanang kerana tanpa kenangan kita tak tahu siapa diri kita dan siapa kita sekarang ini

kenangan juga mengajar kita untuk belajar mengenai kehidupan.. kenangan juga boleh membawa kepada suatu kebenaran dalam dunia yang penuh dengan pembohongan dan penindasan…

aku sebenarnya xlarat nak menulis malam ini..t api yang pasti… hargai sebuah kenangan kerana dari situlah bermulanya kisah hidup kita….





It’s All About Our Feeling…

12 05 2008

Pernahkah kita merasa bagaimana perasaan orang lain terhadap sesuatu…. Ianya adalah mengenai kehidupan seharian kita

Hari ini hari pertama aku dirumah, dan aku melakukan beberapa kerja yang telah diberikan kepada aku.. last sekali aku kena pergi ke kedai… untuk beli beberapa barang runcit

aku pun menaiki kenderaan aku ke mini market.. setibanya aku disana… aku mengambil barang yag ingin dibeli dan aku pergi ke kaunter… setibanya aku kat kaunter.. aku terpaku melihat suatu kejadian yang benar benar menyenuh perasaan aku…

Seorang ibu dan 2 orang anak ( lelaki dan perempuan)… mereka bertiga terpaku dalam keadaan yang aku sendiri dapat mengagaknya… mereka ingin membayar barang yang dibeli.. tetapi anak perempuan itu.. hendak membeli ‘ais pop’ yang aku juga dahulu pernah menjamah ais tersebut… Tetapi keadaan tidak membenarkan kerana si ibu itu tidak membenarkan anaknya. Masalahnya bukan kerana tidak benarkan anak itu untuk makan tetapi.. mungkin bajet yang kurang mencukupi… si ibu membeli barang pun dengan kadar yang sedikit… dan anak yang memegang 3 batang ais pop mentenungkan matanya kepada ais dan mengerlip kearah ibunya… ibunya hanya memandang dengan memberi harapan kepada anaknya untuk tidak membeli ais itu…

Kemudian.. anak itu mengeluarkan beberapa kupang syiling dan membayar 30 sen kepada tuan kedai dan kemudia bejalan keluar dari kedai itu. si ibu pula menoleh kebelakang dengan perasaan hiba dan mencari lagi barang.. adik lelaki yang berada ditengah situasi itu tercengang tanpa berkata apa.. segalanya berlaku dengan cepat, sampaikan 5 ringgit aku itu aku pegang kuat sampai cina mini market itu tarik(sentak) utk ambil dan tukarkan wang itu sebab aku beli barang.

Aku terkesima… aku tertanya tanya.. benda itu tidaklah begitu besar dalam kehidupan.. tetapi hakikatnya aku mudah tersentuh dengan keadaan sekeliling aku.. Lepas itu aku masuk kedalam kereta itu dan kemudiaanya aku memangdang kearah budak perempuan itu… pakaiannya agak pudar dan kasut yang dipakai pun sudah mengambarkan dia dalam keadaan sederhana.. aku senyum kepadanya.. dia hanya memberi satu tenungan harapan… Aku paham erti pandangannya itu.. tapi aku sendiri hairan kenapa aku tidak melakukan apa apa..

Aku amat sedih dengan tindakan aku.. mungkin aku yang patut membayar 30sen untuk budak itu.. tetapi aku kuatir ibunya akan cakap aku memandang rendah dengan 30 sen takkan dia tak boleh membayarnya… aku hanya mampu melihat dengan keadaan yang terpaku.. aku hilang arah dan tujuan.. maka lepas balik aku terus buka laptop.. dan tulis dalam blog ini…

Tetapi aku cukup bangga dengan budak perempuan itu.. walaupun ibunya tidak membenarkannya untuk memiliki ais pop itu.. tetapi dia mempunya ikhtiar utk membayarnya juga walau dengan apa cara sekalipun.. aku suka semangat budak itu… dan dari situ lah kita sepatutnya bermula untuk berdikari… walaupun kita tinggal dengan keluarga.. tak semestinya kita tak berdikari.. tak semestinya mempunyai rumah sendiri dan barang sendiri baru dikatakan berdikari.. dari memasak kat rumah, membasuh baju sendirii sudah dikatakan berdikasi.. dan dari perkara sekecil membeli ais satu 10 sen itu sudah menjadi sanjungan untuk diri sendiri bahawa kita boleh berdikari….

Aku berjanji pada diri aku sendiri dalam dairi kehidupan aku ini.. andaikata aku mempunya pendapatan sendiri yang lebih baik… aku akan cuba untuk menolong orang… dan kepada tuhan yang maha esa… kau kekalkanlah keprihatinan aku ini kerana ini adalah diri aku.. walaupun orang cakap aku kena belajar untuk kering hati terhadap orang lain dalam dunia kekejaman ini…. tetapi bagi aku.. dikampung halaman aku ini.. aku temui.. ada lagi yang masih mempunyai hati dan perasaan.. biarlah mereka dengan dunia mereka dalam merebut kehidupan ini.. bagi aku.. kita semua hidup dalam keadaan saling bersandaran… terima semua orang dengan seadanya… itu sahaja buat hari ini.. peace.

Amankan diri kita.. amankan dunia yang fana ini…