It’s All About People’s Voice..(ME!!!)

18 05 2008

Bercakap pasal isu beras aku sendiri mengalami nya dalam kehidupan aku kerana setiap kita akan makan nasi yang asalnya dari beras dan beras yang datangnya daripada padi yang sememangnya banyak dikawasan aku di negeri aku negeri KEDAH DARUL AMAN.

Sebelum ini memang Negara kita tiada masalah dengan beras sehinggalah kita semua digemparkan dengan berita beras naik harga. Huyo!!! Aku sendir terkejut, kenapakah kita jadi begini. Beras memang takder ker atau sengaja dijadikan isu untuk menutup hal lain.. tet!!!!!(No Komen)

Bagi aku kat negeri aku ni berlimpah ruah kawasan padi dan namapun jelapang padi… so aku pun tak tahu kenapa menjadi sesuatu yang tidak dijangka.. mungkin ni laa dugaan tuhan kepada kita kut.. tapi………. tak per laa aku tak boleh berkata lebih.

Hurm sebelum ini kes helicopter…. kes bas yang banyak kali sangat kemalangan dan kes feri berlanggar serta itu dan ini.. aku tak nak kaitkan dengan apa.. rakyat Malaysia pun tahu apa yang mereka tahu dan tidak mampu untuk berkata apa apa kerana kalau kata lebih masuk ISA lak.. heheha(lawak jer)

So kita sebagai orang bawah yang kena bayar tol nak kemana mana, yang kena bayar harga minyak yang tinggi, kena makan nasi dengan harga yang tinggi, kena beli apa sahaja dengan harga yang tinggi akan terasa dengan gaji kita yang sederhani ini.. Perkara ini tidak akan dirasai oleh mereka yang bergaji besar dan tidak perlu membayar apa apa cukai kan???

Apa yang boleh aku katakan disini adalah harga topup hand phone lebih murah dari harga nasi…. boleh terima..??? hehehe

Okies lupakan pasal tu pula…. Ni aku nak cakap pasal ekonomi. Aku belajar laa basi ekonomi kat university sebab memang wajib keperluan kos. Aku pada mulanya kurang minat dengan ekonomi, tapi lepas tau yang memang ekonomi ni ada kelebihan untuk diri aku aku pun suka. Hurm bercakap tentang isu yang giat diperkatakan ialah isu agriculture.. kita ada ncer, ecer dan idr.(aku baru jer tau). Ok yang aku boleh kata…. apa yang aku belajar dalam topic ape ntah pasal unemployment yang pasal structural unemployment kot yang kemahiran orang tu tak dapat digunapakai.. sebagai CONTOH, sebagai contoh aku ulangi, sekarng ni ramai graduan IT, multimedia dan media yang keluar, tapi kemahiran kita tak dapt digunakan kerana kita kurangkan tumpuan terhadap perkara itu dan lebihkan dlam agriculture. Betul taka pa yang aku bagi contoh ni..???

Hurm aku pun tak pasti betul atau tak.. kalau betul dapat laa markah contoh untuk exam final eco ari tu. Hehehe hurm yang aku boleh katakan kat sini… petani, orang yang dalam agriculture sememangnya rasa gembira sangat sebab muka mereka kat bill board, street pillar, poster dan dimana sahaja “saya boleh, andapun boleh” wow! Menakjubkan. Aku tak perlu seyes. Memang satu kelebihan dan satu keistimewaan untuk mereka. Tapi bagaimana pula dengan mereka yang bekerja disektor lain JANGANLAH KITA LUPAKAN MEREKA ok???? Mereka yang lain macam mana? Terasa tak. Aku terasa laa jugak… sebab bagi aku dalam media ni berhempas pulas laa nak belajar media guna teknologi sana sini.. nak pakai internet wifi, nak pakai gadget itu dan ini bagi memudahkan kerja dan nak tunjuk bahawa kita rakyat Malaysia yang boleh Berjaya dalam bidang teknologi pula akan kemana??? Seedy laa jugak… aku nak juga popular macam dorang. Aku nak juga cakap “saya boleh, andapun boleh” nak juga ajak nenek aku main internet nak buat voip ker, nak pakai webcam kat yahoo messenger.. nak bermms dengan mak dan ayah aku.. nak guna video call dikala berjauhan walaupun tak dpat bersua muka secara live, bersua muka diskrin pun boleh la kan… Aku nak yang tu.!!!

Kalau aku habis study nnt mak aku kata, balik kita buka ladang betik, ladang tebu, kita sewa ladang pak cik memana kita usahakan… aku tidak mampu untuk berkata apa apa hanya ikut… cakap orang tua jangan diingkar… Aku disini bukan nak perlekehkan perkara ini.. tapi kalau kita balancekan semua bahagian ekonomi kan kita boleh meningkat dalam semua aspek??? Takkan ada yang menganggur. Oran yang dah berada diatas tangga memang tak rasa, orang yang baru nak merangkak ni sangatlah merasainya.

Aku nak juga masuk kat tempat yang HI-TECH, macam kat cyber jaya ker. Aku nak macam Negara kat mana ntah orang dia macam orang Africa tapi bukan dia.. depa wat free wifi country…. pastu xpakai server b atau g tapi pakai server N yang baru dan lagi luas macam yang tersedia kat dalam macbook ahak…(sorry hheheheh). Then kat sana wimax memang dah develope gegiler arrr…  ni kat rumah aku indoor 3g coverage pun tak der, cam ner nak tandingi orang lain.. seedy tul. sLepas tu persaingan untuk internet, telefon sangatlah kurang. Sapa yang nak galakkan… tolonglah wujudkan persaingan untuk internet, walaupun kita membayar RM88 sebulan untuk kelajuan 1mbps, tapi kat umah aku tak dapat full speed pun, aku check 7XXkbps jer…. lepas tu sekarang ni dah 5 hari rumah aku ader prob internet S……x… so aku pun tak mampu nak kata apa apa.. setiap hari aku buat report… kena bayar lak tu nak wat report… yang aku terima hanyalah “kami sedang menghadapi masalah dibeberapa kawasan, jadi diharapkan pihak tuan dan puan dapat besabar” lepas tu dok Tanya aku, aku punya configurasi probs ker, aku nyer modem rosak ke tak… aku tau laa bila modem aku rosak ker tak.. bila computer aku rosak ker tak. Hish mereng tul… Lepas tu aku memang laa call pakai maxis sebab maxis setakat sekarang walaupun banyak hal, tetapi xder laa kacau privacy aku.. ni aku pakai celcom, punya laa bangga celcom… tapi ada plak orang dalam tu dok jadi spy pastu tu dok tgk aku nyer usage laa dok tgk saper aku kontek itu dan ini.. pastu dok mesej bagitau aku.. hish…. cam ner orang Malaysia or orang melayu nak maju kalau jaga tepi kain orang… so kalau ada sesuatu untuk aku lakukan, sila laa komen.

Hurm kalau nak cakap memang banyak takut nnt melalut aku plak yang kena dan disalah anggap… yang aku boleh cakap secara kesimpulan berkaitan tajuk dan bukan huraian adalah.. Negara luar tak dak tol sebab depa dah gunakan kemahiran lain yang ada dan guna untuk bayar lain.. minyak mereka mahal tak per sebab gaji basic dorang memang setaraf walau petani atau doctor, starting tu adalah tak sama dengan kita.. lepas tu makanan ruji mereka lain.. kita tak boleh tiru mereka sebab kita ada keistimewaan kita sendiri.. gunakanlah sebaik mungkin.

Seterusnya aku nak kita semua membangun dalam era globalisasi ni setaraf dengan Negara luar… setaraf dunia… aku nak kita semua bangkit… seiring dan sejalan… sebagaimana kita peroleh kemerdekaan dahulu.. melayu, cina dan india adalah serumpun… maksud aku.. biarlah engkau petani, engkau, driver, engkau doctor, engkau nurse, engkau jurutera, engkau pelukis, engkau orang media, engkau pendidik, biar apapun yang kita jadi janganlah kita mengangkat satu, menyisih yang lain atau dengan mudah, biarpun kita berlainan uniform, tapi kita tetap kawan dan bantu sama lain…. jangan bias dalam nak meningkatkan taraf hidup.. mana kurang kita bantu, mana lebih, kita tingkatkan. Kita kan serumpun.. kita peroleh kemerdekaan Negara kita oleh Tunku Abdul Rahman dengan otak, tanpa perlu berlumuran darah untuk sain agreement kita merdeka… jadi sekarang ni kita nak meningkat naik dimata dunia.. guna juga otak.. walaupun aku lemah.. tapi… aku sedang cuba sedaya upaya untuk bangun keluar dari kelompok aku yang kecil ini.. doakanlah kejayaan aku.. kerana aku nak kita semua maju.. hapuskan kemiskinan.. lepas tu kita semua bangun dan tolong Negara lain yang mundur dengan penuh keikhlasan…. walaupun dunia sekarang ini dunia yang kejam, takkan kita nak jadi kejam.,.. biar kita yang mulakan… kita jadi suara baru untuk semua orang kat dunia ni kita mampu bangkit dan kita boleh membantu orang lain dengan kemahiran dan pengetahuan kita.

Bak kata cikgu hajar, cikgu kimia aku dulu (dah buat master dah skrang) “daripada saya nak jadi doctor sorang diri dan gunakan pengetahuan saya ni lepas tu berubat orang sahaja dengan kemahiran dan pengetahuan saya ni, lebih baik saya jadi cikgu atau tenaga pengajar supaya bila saya mendidik, saya boleh gunakan ilmu dan kemahiran saya ini untuk lahirkan lebih ramai doctor, lebih ramai ahli jurutera, lebih ramai ahli sains dan ahli teknologi agar dapat tolong orang… untuk majukan Negara kita(nak tambah skit)… kalau jadi cikgu… setiap tahun dia akan melahirkan rmai graduan sekolah yang cemerlang(kalau cikgu tu bebetul dia ikhlas mengajar)” betul tak cikgu..??? SELAMAT HARI GURU buat cikgu cikgu aku… heehe aku akan berusaha untuk menjadi seorang yang cikgu impikan.. insyaalalh

Setakat ni jer warkah pendek aku.. peace!!!

P/s: aku bukan nak mengata, bukan nak mengomen, tapi nak wujudkan kembalik semangat dan keyakinan diri aku yang hilang.. untuk aku menghadapi dunia yang kini berada pada tahap yang cukup bersaing…. 





It’s All About Media

18 05 2008

Setiap hari orang bercakap mengenai perkara yang disiarkan dalam akhbar, dalam majalah dan juga dalam television ataupun dalam radio malah internet. Semua sumber itu diperoleh daripada media.

Mereka yang berada dalam bidang media ini akan berhempas pulas untuk mencari segala informasi yang berada dalam dunia ini. Hal ini berlaku kerana orang media akan cuba untuk memberitahu kepada semua orang apa yang berlaku disekeliling mereka. Takkan laa sampai rumah jiran kena rompak pun kita tak sedar kan. Itulah tujuan orang media melakukan kerja. Iaitu untuk memberitahu serta menyedarkan orang sekeliling agar lebih alert!.

Setiap hari aku tengok surat khabar tetapi cerita yang disiarkan adalah kebanyakannya pasal Negara kita.. dan big story pun xlari dari politik. Hehheh.. Satu kelemahan aku ialah aku kurang berminat dengan politik..

Yang ingin aku katakana disini… Beberapa pihak mengatakan bahawa pihak media tidka sepatutnya menyatakan itu dan menyebarkan ini. Hurm pada aku, aku agak kurang setuju skit laa.. kerana aku juga orang media dan aku telah diajar selama 4 semester dalam pembelajaran aku dalam menyampaikan maklumat kepada orang awam

Setiap media mempunyai organisasinya yang tersendiri. Dan setiap proses pengeluaran sesuatu bahan itu ada peringkatnya yang tersendiri.. Malah jika bahan itu jika kurang sesuai tidak akan dikeluarkan..

Kami mempunyai editor kami sendiri.. iaitu seseorang wartawan itu tidak boleh memperoleh dan menyiarkan bahan itu secara sewenangnya. Hal ini kerana editor itu yang akan menapis dan mengubah bahan itu menjadi bahan yang sesuai dibaca umum.

Dan pihak media dikatakan juga tidak patut menyiarkan kalau tak di proof kan oleh SESETENGAH PIHAK ATASAN. Hurm apa yang aku boleh katakan, orang media bergerak dengan etika nya yang tersendiri… dan mereka melakukan sesuatu mengikut peraturan yang telah disediakan. Sebagai orang media aku rasa mereka tahu apa yang perlu dan apa yang tidak. Tidak perlulah persetujuan beberapa pihak jika perkara itu adalah benar kan??? Artis pun boleh kena gossip dan beberapa berita tentang mereka yang tidak baik. Andaikata perkara itu adalah benar dan bukti telah ada didepan mata apa lagi yang boleh disembunyikan… betul tak..????

Aku rasa setakat ini sahaja yang mampu  untuk aku cakap sebagai rakyat yang aku rasa peranan media tak patut disekat dan dipersoalkan secara besaran kerana setiap orang ada kerjanya memasing dan haruslah wat keje mereka sendiri jangan sibuk hal kerja orang lain. Barulah aman Malaysia ini. Aku bercakap adalah bagi pihak aku sendiri yang inginkan keamanan Malaysia. Aku tidak mampun untuk berkata lebih, nanti kalau berkata lebih, lain pula jadinya… walaupun Negara kita ini adalah Negara yang aman dan bebas untuk berkata kara tapi kita ada undang undang yang kita kena patuh juga… bak kata lecuter aku.. peranan media dan orang ramai adalah seperti permainan bola sepak. Kita boleh bercakap apa sahaja untuk mencapai gol iaitu tujuan kita, tetapi kita tak boleh keluar daripada padang gol itu kalau tidak kita akan dikenakan tindakan.. macam tu juga aku.. tak leh cakap lebih… tapi aku hanya menyatakan hasrat dihati sahaja.. Peace!!!!





It’s All About Missing Them

18 05 2008

Aku rindukan mereka.. aku rindukan kawan kat uitm weh…

even dah seminggu or baru seminggu meninggalkan uitm aku dah mula rasa rindu kepada mereka…

aku rindu untuk buat keje, bergelak ketawa walaupunsering ditertawakan hehehe aku rindu saat itu

aku rindu kuar makan bersama rumate dan bukan team biasa..

selepas ini semua dah jadi lain dah… mereka pun ader komitmen memasing.. apepun ianya akan menjadi kenangan yang cukup indah untuk diingati.. peace..