It’s All About human search engine

20 05 2008

Berapa panjang Jambatan Pulau Pinang?

Berapa tinggi menara berkembar petronas?

Brapa banyak menara kat negara kita?

Siapa menteri beli dan sukan? Siapa menteri pelajaran tinggi?

Hurm semua tu sebenarnya sangat umum… Budak universiti kah kita untuk tidak menjawab soalan itu. Itulah jawapan yang aku terima…. dan ini juga yang aku belajar sepanjang 2 minggu aku cuti ni.

Kawan aku Mahfuzah bt Othman (classmate tingkatan 5) ari tu kami wat reunion dan bercerita hal masih masing.. mengenai hal pelajaran dan sebagainya…. Dia bercerita… hari pertama masuk kelas. lecture dia dah tanya soalan yang sama kepada dia sebagaimana dia bertanyakan kepada aku. tapi aku hanya mengagak jer pasal jambatan tu.. heheh betul gak arrr. just… lecture dia kata “Inilah pelajar universiti.. Belajar membaca buku tebal tebal, pengetahuan am xder…. ” dan dia cakap, ada senior dia yang dapat cgpa 3.8 gagal mendapat kerja kerana kurangnya pengetahuan am, dan kerana satu soalan tidak dapat dijawab.. maka tiada peluang untuknya.

Aku teringat lagi, waktu sekolah dulu, Azriq yang naik kereta kelisa special edition kuning tu selalu dikatakan yahoo sebab dia tau segalanya… dan dia akan cuba untuk cari apa sahaja ilmu yang ada. Bila masuk univeristi, budak kelas aku.. orang panggil dia Talib Google.. sebab memang general information dia akan tahu semua.. dan blog dia, dia akan wat review pasal general knowledge. Ramai orang akan pandang mereka ini sebagai mat skema… 

Tapi setelah aku berjumpa dengan kawna aku ini, barulah aku sedar bahawa… kita semstinya perlu mengetahui segalanya.. Ilmu Allah SWT ini cukuplah luas… jadi kita tak bleh sempit kepada sesuatu sahaja… mungkin kemahiran kita dianugerahkan allah satu sahaja.. tetapi jangan lupa yang lain.. sebagai contoh diri aku sendiri.. aku tahu pasal teknologi, aku minta teknologi.. tapi aku tidak boleh melupakan sebarang perkara lain.. aku kena start balik belajar pengajian am macam waktu aku kat sekolah dulu ehhehee

Appeun pesanan ini adalah unutk diri aku dan pembaca… dalam politik mungkin aku tak minat, tapi aku telah berada ditengahnya… dan aku tahu apa yang baik dan apa yang buruk untuk aku buat [pilihan.. mengenai pilihan Tun Dr MAhathir semalam.. aku tahu kenapa dia berbuat keputusan yang demikian dan aku tahu kenapa dia lakukan demikian.. hhehehe

Seronoknya bila kita dapat tahu tentang dunia… tentang ilmu alam, bagus untuk aku at least kita tidak sesat dan kita cuba untuk menolong orang ramai dengan ilmu.. seperti cikgu kimia aku pernah cakap dahulu… 

Dulu saya pernah bercita cita untuk menjadi doktor dengan ilmu yang saya ada… saya dapat berubat orang sakit dan seterusnya cuba mencari penawar, tapi pendapat saya berubah setelah saya meningkat dewasa… saya rasa saya nak jadi cikgu… apabila saya jadi cikgu, saya dapat gunakan ilmu yang saya ada untuk mendidik.. satu kelas tu ramai orang, kalau saya dpat membimbing ramai pelajar untuk menjadi seorang insan, maka lepas ni saya boleh lahirkan lebih ramai doktor yang dapat mencari penawar kepada penyakit kat dunia ini

So itu sahaja wat kali ini.. ini adalah penulisan pertama saya setelah seminggu saya xder bekalan internet.. ada masalah dengan wire dan orang tm dah datang wat wiring lain.. so tu jer laa anything komen.. hehehe


Actions

Information

3 responses

20 05 2008
fermentas

setuju..kdg2 kita tdk tahu (tidak pernah ambik tahu) tentang apa yg berlaku tiap hari. So rerajin baca news dan tgk berita!

20 05 2008
Wan

Sejak belajar Issue, baru i tau itu dan ini… kalau tak yang ado!! Hahahahah…

26 05 2008
BiTeMe!

yup, issue modern malaysai banyak membantu kalau x, x tahu.

Leave a comment