It’s All About Missing Them

18 05 2008

Aku rindukan mereka.. aku rindukan kawan kat uitm weh…

even dah seminggu or baru seminggu meninggalkan uitm aku dah mula rasa rindu kepada mereka…

aku rindu untuk buat keje, bergelak ketawa walaupunsering ditertawakan hehehe aku rindu saat itu

aku rindu kuar makan bersama rumate dan bukan team biasa..

selepas ini semua dah jadi lain dah… mereka pun ader komitmen memasing.. apepun ianya akan menjadi kenangan yang cukup indah untuk diingati.. peace..





It’s All about Human being and their own behavior.

17 05 2008

 

Semua orang ada caranya yang tersendiri dan memang ada cara untuk menghiburkan diri. Walaubagaimanapun, kita mesti respek kepada diri kita dan kemahuan kita sendiri sebab tu aku nak bercakap mengenai beberapa jenis orang dan personaliti setiap darinya.

Pertama sekali bercakap mengenai diri aku. Aku dikatakan bahawa mempunyai obsesi terhadap gadget dan benda benda elektronik sampaikan aku tidak mempunyai sesuatu yang lain untuk diminati. Ada juga orang kata aku gila kerana aku sukakan benda sebegini dan ada yang kata aku terlalu kaya petik sahaja jari boleh dapatkan nyaterus. Tapi mereka tidak tahu jerihnya untuk mendapatkan sesuatu. Aku bukanlah sekaya yang mereka sangkakan tetapi aku memang obsess dengan gadget. Sebab tu orang kata aku gadget freak.

Memang aku seperti itu aku sukakan benda elektronik. Tapi mereka tahukan perkara disebaliknya yang menyebabkan aku aku sukakakan benda seperti ini??? Aku sebenarnya hilang keyakinan terhadap manusia lain. Untuk aku capai hidup aku untuk aku percaya kan orang seperti aku percayakan mereka disekeliling aku ini amatlah sukar walaupun aku sebenarnya dah Berjaya untuk atasi masalah ini. Mereka memang mempunyai citarasa yang tersendiri dan pergaulan mereka yang tersendiri tapi aku tidak punya sesuatu sepertimereka.

Bila aku disana mereka katakan aku sebegitu.. dan bila aku berada disini lain pula jadinya. Setiap orang mempunyai citarasa dan tabiat memasing kerana itu yang mereka lakukan. Bagi aku setiap hari adalah sesuatu benda yang baru dan aku sememangnya perlukan satu semangat baru untuk aku berhadapan dengan perkara baru setiap hari.

Bercakap mengenai orang lain, mereka melihat dan membuat keputusan mengenai orang lain berdasarkan pandangan zahir, tapi tidak pernah sesekali memandang daris anubarinya. Mungkin aku dianggap budak sastera kerana dikatakan aku cakap berkias. Tapi kalau aku cakap direct ada pula yang terasa.  So apa yang boleh aku katakan kat sini kenali orang setiap sudut barulah kita boleh mengenali orang sekeliling kita.

Mereka senang untuk mendapatkan sesuatu tetapi mereka tidak Nampak… mereka Nampak apa yang aku ada dan ianya menjadisebutan.  Seolah melihat kuman diseberang laut , tetapi gajah didepan mata lansung tak Nampak.

Itulah yang boleh aku ibaratkan. Kereta yang mewah, kehidupan yang senang lenang dan juga peralatan yang baik.. tetapi mereka masih juga bercakap mengenaia ku yang hanya menunggang motorsikal untuk kemana mana.

Selain itu mereka juga obsess dengan dunia mereka sendiri sehinggakan apa yang aku ketinggalan pada waktu remaja menjadi satu topik. Huh…. Aku hanya mampu nuntuk menerima.. masa remaja aku hanyalah berada disekolah.. dari kul 7 pagi… sampai 5 petang dibilik kaunseling dan seterusnya pulang… kul 7 ada ka trumah dah. Dan semestinya aku tidak kuar malam. Mereka mungkin mempunya kehidupan malam aku tidak… so aku habiskan masa aku dengan apa..?? tv, mp3, internet, komputer dll…. Orang cakap kehidupan mereka bermula pada waktu malam. Tetapi tidak aku. Itu yang aku boleh cakap dan membezakan aku dengan mereka .Aku tak biasau ntuk pg overnite. Minta maaf,, kat kampung pun orang kata macam tu. Aku tak lepak kedai kopi dan berboborak macam orang yang dah cukupdewasa… Sorry to say laa yer… kehidupan seperti buat open table dengan kawan kawan juga bukan tabiat aku yang ber sedarhana dan masih mentah untuk lakukannya seperti orang dah bekerjaya… kerana aku masih guna duit family untuk wat sesuatu. Itu sahaja yang aku boleh katakan.

Ada yang bercerita pasal nak beli kereta, bercakap pasal moto besar dan itu ini…. Lepas tu aku cakap aku kurang berminat nak beli benda kalau kata aku kurang minat atau pun tidak mampu lagi untuk beli. Tap ini baru je masuk keje, tapi berangan nak beli kereta itu dan ini nak modified itu dan ini.. duit kat tangan pun belum tentu dapat perolehi sebanyak yang diperlukan.. keje pun belum tentu tetap lagi.. tak salah berangan.. tapi berpijak dibumi yang nyata okies… so itu engkau punya obsesi jangan katakan  aku sahaja ok….

Wahai sahabatku ringankan mindamu… janganlah kamu berangan sebelum kamu memikul tanggungjawabmu.. dengan kereta lagi.. motor kita kan ada… tu kan hadiah, gunakanlah dengan sebaiknya kejap nanti bila dah ada duit banyak baru kita beli semua benda okies.. aku juga berpesan pada diri aku.

Next pasal… television… hurm aku mungkin kurang fanatik sangat tentang television, tapi aku tau bila nak tgk.. orang kata aku fanatik pasal komputer… yang orang itu fanatik pasal bella, pasal la usurpadura, pasal spaQ, pasala per lagi..  kira semua citer bersiri ni serah kat dia laa.. sampai waktu sekolah dahulu orang baca doa nak habis kelas, dia dok depan pintu dah bersedia untuk kuar kelas balik umah tgk siri telenovela kat tv2 tu.. orang tak kata apa pun.. obsesi terhadap makanan, obsesi terhad apa pa sahaja tak pernah aku persoalakn kerana itu keunggulan diri sendiri.

Aku tulis ni, bukan untuk mencari gaduh dengan orang yang terasa or apa, tapi.. hormatilah kehendak orang lain dan interest orang lain sama. Kalau nak orang respek kita, biarlah kita respek orang dahulu… akus usah nak kata direct sebabatku jenis orang yang x nak sakitkan hati kawan aku… walaupun berterusterang itu perlu… tapi aku nyataka nmelalui sindiran dan juga melalui kata yang bercorak sederhana… so saper yang paham tu paham laa… kalau masih tak paham.. mungkin orang lain akan pahamkan dia dan merekakan.???

Oklah setakat ni jer untuk aku release tension dengan keadaan sekarang ini. Hari ini juga hari ke 5 aku tak der internet kat umah semuanya pasal tmnyer service yang praktikalnya kurang berkesan nak tukar pakai yang lain, memang xder.. so no choice tunggu lah….. kena tnggu laa untuk aku publishkan blog ini peace…





It’s All About Disconnected…

14 05 2008

About 2 days at home.. I cant reach internet… because in kedah and prelis, internet conection have probs with servers…. so i need to online at kfc… poor me.. i dont know what to say… just i feel very bad… ahaks… peace…. i need internet back!!!!





It’s All About people and their thought

12 05 2008

Setiap orang ada cara untuk berfikir secara sendiri.. tetapi biarlah logik dan boleh diterima oleh semua.. kalau merapu sahaja wat per kan..??

aku ingin bercakap mengenai perlakuan dimana kita tidak patut memandang kebelakang iaitu tidak patut melihat kenangan…

Bagi aku kenangan itu adalah sesuatu yang cukup baik untuk dikenanang kerana tanpa kenangan kita tak tahu siapa diri kita dan siapa kita sekarang ini

kenangan juga mengajar kita untuk belajar mengenai kehidupan.. kenangan juga boleh membawa kepada suatu kebenaran dalam dunia yang penuh dengan pembohongan dan penindasan…

aku sebenarnya xlarat nak menulis malam ini..t api yang pasti… hargai sebuah kenangan kerana dari situlah bermulanya kisah hidup kita….





It’s All About Our Feeling…

12 05 2008

Pernahkah kita merasa bagaimana perasaan orang lain terhadap sesuatu…. Ianya adalah mengenai kehidupan seharian kita

Hari ini hari pertama aku dirumah, dan aku melakukan beberapa kerja yang telah diberikan kepada aku.. last sekali aku kena pergi ke kedai… untuk beli beberapa barang runcit

aku pun menaiki kenderaan aku ke mini market.. setibanya aku disana… aku mengambil barang yag ingin dibeli dan aku pergi ke kaunter… setibanya aku kat kaunter.. aku terpaku melihat suatu kejadian yang benar benar menyenuh perasaan aku…

Seorang ibu dan 2 orang anak ( lelaki dan perempuan)… mereka bertiga terpaku dalam keadaan yang aku sendiri dapat mengagaknya… mereka ingin membayar barang yang dibeli.. tetapi anak perempuan itu.. hendak membeli ‘ais pop’ yang aku juga dahulu pernah menjamah ais tersebut… Tetapi keadaan tidak membenarkan kerana si ibu itu tidak membenarkan anaknya. Masalahnya bukan kerana tidak benarkan anak itu untuk makan tetapi.. mungkin bajet yang kurang mencukupi… si ibu membeli barang pun dengan kadar yang sedikit… dan anak yang memegang 3 batang ais pop mentenungkan matanya kepada ais dan mengerlip kearah ibunya… ibunya hanya memandang dengan memberi harapan kepada anaknya untuk tidak membeli ais itu…

Kemudian.. anak itu mengeluarkan beberapa kupang syiling dan membayar 30 sen kepada tuan kedai dan kemudia bejalan keluar dari kedai itu. si ibu pula menoleh kebelakang dengan perasaan hiba dan mencari lagi barang.. adik lelaki yang berada ditengah situasi itu tercengang tanpa berkata apa.. segalanya berlaku dengan cepat, sampaikan 5 ringgit aku itu aku pegang kuat sampai cina mini market itu tarik(sentak) utk ambil dan tukarkan wang itu sebab aku beli barang.

Aku terkesima… aku tertanya tanya.. benda itu tidaklah begitu besar dalam kehidupan.. tetapi hakikatnya aku mudah tersentuh dengan keadaan sekeliling aku.. Lepas itu aku masuk kedalam kereta itu dan kemudiaanya aku memangdang kearah budak perempuan itu… pakaiannya agak pudar dan kasut yang dipakai pun sudah mengambarkan dia dalam keadaan sederhana.. aku senyum kepadanya.. dia hanya memberi satu tenungan harapan… Aku paham erti pandangannya itu.. tapi aku sendiri hairan kenapa aku tidak melakukan apa apa..

Aku amat sedih dengan tindakan aku.. mungkin aku yang patut membayar 30sen untuk budak itu.. tetapi aku kuatir ibunya akan cakap aku memandang rendah dengan 30 sen takkan dia tak boleh membayarnya… aku hanya mampu melihat dengan keadaan yang terpaku.. aku hilang arah dan tujuan.. maka lepas balik aku terus buka laptop.. dan tulis dalam blog ini…

Tetapi aku cukup bangga dengan budak perempuan itu.. walaupun ibunya tidak membenarkannya untuk memiliki ais pop itu.. tetapi dia mempunya ikhtiar utk membayarnya juga walau dengan apa cara sekalipun.. aku suka semangat budak itu… dan dari situ lah kita sepatutnya bermula untuk berdikari… walaupun kita tinggal dengan keluarga.. tak semestinya kita tak berdikari.. tak semestinya mempunyai rumah sendiri dan barang sendiri baru dikatakan berdikari.. dari memasak kat rumah, membasuh baju sendirii sudah dikatakan berdikasi.. dan dari perkara sekecil membeli ais satu 10 sen itu sudah menjadi sanjungan untuk diri sendiri bahawa kita boleh berdikari….

Aku berjanji pada diri aku sendiri dalam dairi kehidupan aku ini.. andaikata aku mempunya pendapatan sendiri yang lebih baik… aku akan cuba untuk menolong orang… dan kepada tuhan yang maha esa… kau kekalkanlah keprihatinan aku ini kerana ini adalah diri aku.. walaupun orang cakap aku kena belajar untuk kering hati terhadap orang lain dalam dunia kekejaman ini…. tetapi bagi aku.. dikampung halaman aku ini.. aku temui.. ada lagi yang masih mempunyai hati dan perasaan.. biarlah mereka dengan dunia mereka dalam merebut kehidupan ini.. bagi aku.. kita semua hidup dalam keadaan saling bersandaran… terima semua orang dengan seadanya… itu sahaja buat hari ini.. peace.

Amankan diri kita.. amankan dunia yang fana ini…





It’s All About HOME

11 05 2008

Finaly at home…

Meet my macbook.. i;m very excited…

Relax.. and tomorrow i;ll get myself online again as usual peace….

long journey.. penat sangat….





It’s All About Internet

8 05 2008

Aku amat bosan .. dah tiga hari aku tak leh online.. ni pun aku online sebabb aku pinjam internet… Hotspot kat library xlhe guna.. ari tu.. baru jer aku nak publish blog.. tapi aku xsempat kerana tetiba jer blog ader masalah.. Aku amat bengagng smpai hari ini..

Malam yang indah ini besok akan ader last paper.. AKu nak online.. aku nak online… tapi……… tak leh juga… so terpaksa laa pinjam orang nyer internet… Hehhehe  sorry sebab tak dpat baca post korunk.. nnt aku balik umah ahad ni.. aku baca habisan okies… lepas ni aku nak sambung study untuk paper issue in modern malaysia…

Paper yang macam senang.. tapi kalau info freak ok la.. amcam aku ni sussah skit.. kena study smart dan hard sebab its all about general knowledge.. pasal nurin laa… pasal bus express xcident la…pasa bush administraton… pasal pembangunan ekonomi negara laaa dan memacam lagi.. so aku kena baca banyak dah la kena ingat tarikh and nama yang bayak.. terutama hindraf.. nama dorang panjang.. tapi aku terpaksa hafal untuk jadi pelajar cemerlang…

Doakan kejayaan aku… semua kawanku… Mass Comm part 4 pioneer batch uitm melaka.. kita akan free lepas kul 12 tengahari besok.. yippie!!!!!

Jumpa korunk lagi kalau ader masa untuk aku online sebelum aku balik ke rumah ahad nnt.. world peace…

P/s: saper yang dah bercuti tu.. selamat bercuti yer…!!!





It’s All About Understanding…

6 05 2008

Dalam hutan kan ada banyak binatang….

Dalam hutan kan ada banyak tumbuhan dan hidupan lain selain binatang…

Tapi mereka boleh jer hidup dalam hutan yang besar tu dengan pelbagai jenis perangai..

Tapi xder pun rusuhan masyarakat….

Dorang leh jer tolak ansur sesama dorang… dorang tau limit dorang kat mana dorang leh pg…

Dorang tahu mana kawasan dorang….

Tapi kenapa manusia tak boleh faham walaupu  kita semua sama sahaja dan kita semua share dunia yang sama…

Adakah disebabkan perbezaan pendapat sehinggakan tidak dapat untk menerima pendapat orang lain ataupun dunia ini hanya milik mereka dan mereka tidak boleh berkongsi dengan orang lain

Sekurangnya manusia mempunyai bahasa untuk dituturkan.. sebab itu manusia senang faham… tapi mereka susah nak mengerti orang lain… bila aku tulis.. ada yang terasa.. tapi xper laa. bak kata acad… never say sorry in ur blog… its ur words…. so aku just cakap yang belajar untuk memahami.. binatang pun boleh… kenapa manusia xboleh… kalau nka suruh orang faham korunk.. cuba tr amik masa untuk relax…, respek kepada persekitaran anda, dan respon kepada mereka yang anda abaikan (colek-colek skit dari 3R)… hehehe okies setakat ni jer kut untuk waktu ini… nak g pasar malam… saper nak join..???





It’s All About HUGE CREATURE

5 05 2008

Sotong Besarcuba lihat gambar sotong disebelah… 

Sotong ni besar. ditangkap dan dikaji… Aku kesian laa… MAcam mana laa kehidupan aku kalau macam dia… Sotong ni di laut dalam.. dia tak kacau orang pun.. dia duduk berseorangan tanpa kawan.. hanya mencari makan untuk hidup….. lepas tu dpat kat manusia.. dikajinya.. macam mana dia hidup dari kecil sampai besar macam tu.. tentu banyak pengalaman yang telah dilaluinya kan.??? saja jer kasi review skit… ahaks berita selanjutnya….

 

 

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0501&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sains_%26_Teknologi&pg=st_01.htm





It’s All About Bowling n Lepaking…

5 05 2008

Kuar main boling lepas rasa bosan dan lepas tension jawab paper advertising…

Aktiviti setiap sem.. walaupun kalah xkesah!!! sebab at least aku dapat kuar dari uitm untuk melihat sekeliling.. :D heehehe ats tu gambar arr yang menunjukkan bukti aku kuar dari kampus untuk bergembira.. dan bukan untuk wat assignment.. hehehe 

 

p/s: (kawasan aku stay ni.. susah kalau xder kenderaan.. bas datang sejam sekali.. tu mengikut firasat aku laa.. kekadang 2 jam pun belum tentu… kalau orang yang nak beranak xder kenderaan.. memang beranak laa kat bus stop tu)