Kalau tgk cerita My bestfriend’s wedding tahun 1997 punya citer tu.. mesti kelakar dan sangat sedih kan.. kisah pasal sorang sahabat karib yang nak menghalang sahabatnya kawin sebab dia sayangkan sahabatnya.. kerana salah satunya.. dia tak nak kehilangan sahabatnya….
Hari ini dalam sejarah… Shahid Tajudin kawan aku mengadakan kenduri kawinnya.. sehari sebelum aku balik ke kampus pada besok hari… hari ini kalau nak diikutkan.. lebih penting daripada tarikh 12 december 2001 aku mula pakai hp or lebih penting daripada tarikh aku mula dapatkan macbook, aku mula ada akaun sendiri, aku mula ada ruangan sendiri, malah lebih pernting dari tarikh aku mula menulis sebuah karangan dengan baik dan mendapat pujian cikgu rozita (kak ipar mat nasir) dan cikgu salina ( bagus lah kamu jadi manusia juga akhirnya)…
Sebab.. pada tarikh ini.. aku dan kawan kawan mula sedar bahawa.. kami tidak akan seperti dulu lagi. walaupun Shahid cakap dia telah bagitau isterinya tentang kawan kawannnya yang memang happening.. sebab… keadaan sudah lain.. Yang penting.. seorang sahabat kami dari tingkatan 6 PU2S 2005 telah pun dimiliki orang.. bermakna.. kebebasan untuk kami bersama dengannya akan sedikit demi sedikit… percayalah.. memang akan berlaku..
Hari ini baru seorang.. dalam masa umur aku 22 tahun.. sekeliling aku.. kawan sekolah yang lain… dah pun ada anak.. tapi tak kisah sangat sebab mereka kurang rapat dengan aku.. ni tempat aku dok tepuk tampar dengan kaktun, kiah, faizal, zam, shahid sendiri, param, fairus, sipaa, jun, pon, azriq yang suka senyum dan beberapa orang lain.. pasti akan lain selepas ini.. Walaupun pada hari ini kami gembira menyambut kehadiran hari perkahwinan kawan kami.. hurm.. memang selepas ini akan menjadi lain..
Waktu sebelum habis sekolah dulu aku ngan sipaa selalu cakap, kenapa dorang tak buat form 6 ni tak lama.. kan besh kalau wat cam universiti leh kita bergembira bersama rakan rakan.. lagipun tak puas sangat.. kalau boleh nak ada satu hari keriangan… heheh. Apakan daya.. cecita yang selalu diperkatakan… nanti lepas sekolah kita tnggu laa 3 or 4 tahun.. wat reunion tgk sapa kawin dulu… tak pun tunggu pakat beranak pinak baru wat reunion.. hari ini salah satunya telah tertunai… sele[pas 3 tahun.. shahid kawin.. kami tumpang gembira.. tapi jauh disudut hati semestinya setiap orang berasa sedih bahawa kita tidak lagi kanak kanak riang yang lahir pada tahun 1986 yang memang berbeza dengan orang lain dan perbezaan itu lah yang membawa kita kepada kenangan yang paling indah dalam kehidupan…
Pada hari ini juga, kali pertama aku dengan rakan sekelas berjumpa dan boleh dikataka reunion juga laa untuk kelas PU2S.. sebab selalunya reunion wat kat umah kaktun dengan cikgu din kesayangan semua tu.. tapi kali ni cuti semester. wat kat umah shahid.. dna dia yang wat kenduri.. memang kegembiraan dalam kegirangan…
dan setelah tiga tahun alhamdulilah aku jadi penghubung untuk bebduak kelas aku PU2S untuk adakan reunion.. aku berjanji.. selagi aku hidup… aku akan cuba satukan keluarga PU2S agar segalanya yang kami tinggalkan saban tahun dapat disingkap dan dikenang sampai bila bila….
dan.. hari ni juga aku tak lpa.. last aku pg umah asmahani tahun 2001 tak silap.. naik unser kak dayah mereng pg beraya umah asmahani.. waktu tu rumah dia ada kedai.. la ni tak dak kedai dah.. ayah dia pun tak kenal aku dah… tgk berapa tahun tu lama kan.. tapi segalanya akan berubah dalam setiap kerlipan mata kita setiap saat dan setiap hari yang berlalu…
Sehingga kini… inilah warkah yang sempat aku tulis sebelum aku balik ke kampus.. sekian……………..

