It’s All About simple ‘Hi!’ and ‘Thank You’ concept

28 07 2008

“A rain drop may look too small to eyes but some where a thirsty flower awaits its fall. A small sms(message) may seem too small to you, but some where a heart remembers you”-Danny Hakimi.

Mungkin kebanyakan orang akan berpendapat bahawa kekadang bila kita hantar mesej kat orang… yang kurang kita hubungi mesti ada sesuatu disebaliknya atau hendak minta tolong sesuatu atau apa apa sahaja, tetapi terfikirkah anda mengenai sesuatu yang dinamakan perasaan.

Pernah juga orang tanya, “hey Hamz, banyak ekk kredit ko antar mesej kat semua orang… Bukan ada apa pun “HI, selamat pagi or Have a nice day jer”… Buat habiskan kredit jer… Aku pun tak tau nak cakap apa sebenarnya.. tapi bagi aku itu adalah penting sangat sangat…

Mungkin kepada sesetengah orang perkara seperti ini adalah perkara biasa dan tidak penting sangat pun kerana, mungkin habiskan kredit untuk boyfriend or girlfriend lagi bagus sebab itu adalah untuk orang yang dorang sayang. kalau family plak, dah tau dah mestinya family dorang akan call balik selepas dimisscall…

Bagi aku pula, kredit untuk orang istimewa ada aku simpan untuk digunakan, tapi untuk orang yang penting seperti kawan kawan… adalah sesuatu yang berharga dan tidak ternilai harga 7 sen untuk satu mesej kalau gunakan perkhidmatan hotlink tu… Sebab sangatlah senang untuk memutuskan sesuatu ikatan persahabatan, tapi sangat susah untuk mempertahan dan mengekalkannya sepanjang zaman.. Kadang Kadang kecik hati pun ada jugak orang tak balas… sebab kita cuba untuk mengingati kawan kawan kita, tapi untuk beberapa sen seminggu sekali or sebulan sekali amatlah susah kan…? orang mungkin akan fikir aku ni kaya sangat laa ada banyak kredit, tapi sebenarnya.. aku lebih suka habiskan kredit kepada kawan kawan dari hanya menggunakan telefon mahal malangya kredit tak der…

Bukan hanya berkaitan dengan mesej yang ringkas ini sahaja, kadang kadang perkara penting pun tidak dihiraukan. yang bersebab tu tak pa laa… macam tak dak kredit ka apa ka.. yang agak terkilan.. dalam 18 orang ditanya soalan yang sama, mujur lah ada seorang  hamba allah yang jawab, tu pun mesej sampai lambat.. lepas sampai jer jumpa ramai ramai tu.. ader laa sorang plak hamba Allah ni tanya “banyak kredit ko ekk ham, nak tanya satu benda, tapi antar kat ramai ramai…” hurm nak wat cam ner… antar ramai pun.. sornag jer balas… tambah antar satu.. ader nak balas..??? Tu laa yang kekadang wat aku tersentak, tapi xper benda tu benda kecik jer… kalau orang lain mau naik angin nak tanya satu benda, tapi informasi satu pun tak dapat…. 

Aku bukan nak citer yang aku wat itu dan ini or membangkitkan perkara yang kecil seperti ini.. Tapi bagi aku inilah cara untuk aku kekalkan hubungan ngan kengkawan… sebab aku sangat sayangkan semua kawan aku.. aku kalau boleh tak nak kehilagan walau seorang pun.. xkesah laa yang xleh wat keje sekali ka, yang selalu wat mimik muka ka, yang hanyak kontek bila perlukan pertolongan ka, yang hanya kontek sebab nak luahkan perasaan ka, yang kontek sebab nak ajak buat business prepaid ka… apa pun… sekurangnya dorang ada juga keinginan untuk berhubng dengan orang lain untuk beberapa perkara.. tapi yang senyap sepada… tapi bila kita mesej, tak kenal dah sebab tukar hp, no semua hilang… Bagi aku benda macam tu tak sepatutnya berlaku, dah tau kata beli hp symbian os yang jenis senang msuk virus, dah tkar hp mahal mahal, apalah kiranya amik masa sejam dua dalam setiap sesi nak tukar hp tu.. salin manual no telefon tu melalui tulisaan tangan kat buku telefon dan simpan, sekurangnya, kalau hp hilang dan no terdelete, ada satu harta untuk kita gunakan utnuk mengembalikan hubungan kita dengan semua orang.. Kalu kata tukar phone dah tak bagitau orang.. lepas tu orang kontek tak dapat.., lepas terserempak memana kita pun tanya laa awat kontek tak dapat…”hurm sorry la tukar ho telefon” tu mujur laa terserempak kan, kalau kata laa tak jumpa memana. samapi ke “sut” tak dapat kontek.

hurm sorry laa aku macam emo skit.. mungkin aku sangat rindukan semua orang kut… yang pasti apa yang berlaku disekeliling kita, kita perlulah amik berat dan janga berfikir mudah dengan sesuatu yang kecil atau ringkas kerana ianya akan membawa kita kepada suatu pengakhiran yang tidak dijangka suatu hari nanti. Walaupun aku tau, ada banyak lagi yang perlu aku cakapkan, tapi aku rasa sesiapa yang membaca ni pun dah dapat mengagak apa sebenarnya yang ingin aku perkatakan.. CUma aku berharap dan berdoa pada tuhan, agar aku tidak dipisahkan dengan kawn kawan aku… walaupun mati itu yang menjadi sandaran kepada suatu persahabatan, tetapi kenangan tu tetap subur sampai bila bila….





It’s All About “I Remember”

25 07 2008

Hurm aku teringat sesuatu yang aku lupa selepas aku dapat berita daripada Takie… dia balik Kedah skarang dan balik Kedah sebab 100 tahun KSAH(Kolej Sultan Abdul Hamid).

Tapi aku terlupa sesuatu tau.. aku sangat sedih.. sebenarnya untuk Jubli Emas 50 Tahun pemerintahan Sultan Kedah aritu aku tak pg event tu.. sangat sedih.. maka abah tok dan kekangkawan aku tepon aku tanya pg ke tak.. taku cakap tak pg.. padahal waktu berlaku tu hari yang aku tak der kelas.. sebba aku pikirkan ader discussion.. so aku tak pg.. tapi xper laa xder rezeki weh…

mak aku citer banyak benda berlaku.. dan akan jadi sejarah tau… tapi aku terlepas sejarah itu.. sebagai orang yang lama menetap kat kedah sangat sedih.. pada hari itu sangat seidh.. xder mood nak wat assignemnt dan segalanya.. tapi kesibukkan mengaburi aku untuk menulis blog.. ni aku teringat balik.. sebab tu aku tulis balik… hurm sejarah 50 tahun jubli emas ni, kalau kata lepas ni aku boleh hidup sampai umur 80 tahun dan pemerintah seterusnya boleh wat cam sultan kedah sekarang, memang aku dapat tgk lagi.. tapi kalau tak… aku reda jer laa… Ornag kedah bercuti dan pakat meraikan sultan kedah.. aku berada kat sini.. tgk tv pun tak…. sangat sayu….

Mungkin orang lain akan kata alah perkara biasa dan tak der aper pun.. kerana kita ada benda lain nak wat.. dan jarak mungkin jadi alasan seterusnya… Tapi aku sempat balik ntuk lesen keta 13 Julai ari tu.. so memang tak der alasan arr.. Sultan Kedah.. Sultan.. sultan kami smua.. tempat lain aku boleh pg, tapi nak meraikan sultan kami,.. aku tiada… midterm ni aku balik hanya untuk melihat sisa sisa yang teah berlaku selama sebulan.. ada kawan aku cakap… pintu pagar yang dibuat tu macam tak ok dan tak besh.. tapi sebenarnya.. pintu tu ader maknanya yang tersediri… stiap lampu tu ader lambangnya tersendiri.. mak aku cakap.. ape ntah tapi ader kena mengenak ngan kedah dan warisan kita laa.. just bila ornag tak tahu akan nampak benda biasa jer.. tapi aku sendiri lalu depan pintu tu… sangat terasa kemegahan pintu istana tu.. sebab selama 17 tahun dahulu aku asik melihat pintu pgar emas dan aku boleh masuk istana dengan ada orang dalam iaitu kawn aku punya ayah dan bersalam dengan tuanku pada hari raya… tapi kini 22 tahun…….. aku mungkin tidak dapat melihat lagi perubahan dalam istana itu kerana pagarnya telah memisahka kami dengan sultan kami…

Ntah laa kau tak tau nak cakap apa…. just perubahan yang berlaku sangat drastik.. seinggakan aku pun tidak sedar.. macam kawan kawan aku juga.. salah seorang yang aku anggap best friend.. telah pergi macam tu sahaja tanpa alasan…. aku cuma berharap sebelum aku mati.. aku sempat berjumpa dengan seorang yang akan menepuk tangan sekali dengan aku kerana aku tak nak meninggalkan dunia ini dengan hanya menepuk sebelah tangan bersama dengan konsep aku… ‘pinggan tak retak, nasi tak dingin;…. aku perlu seseorang yang akan mengubah persepsi itu..

setakat ini.. tq… :D





It’s All About Melaka’s Buses…

23 07 2008

Semalam iaitu hari Selasa.. habis kelas jer lepak sekejap kat e-point.. sesajer jer nak amik masa kan sebelum pg ke MC.. Hurm nak pg MC bukan nak wat aper… nak  tgk tiket.. maklumlah.. nnt kala nak balik snang kalau tgk lambat takut habis.. susah.. xbalik laa aku…

Nak bercerita skit pasal bas kat melaka ni.. setahu aku kan.. kalau nak ke alor gajah dari uitm.. bas nya yang ada hanyalah patt yap ngan bas mara liner yang lain tak der dan bas dia sejam sekali.. kalau kata yang kaur tu bas baru ejr lepas habis laa sejam kemudian laa tunggu..

ni kita boleh arr agak cpat.. tapi kalau nak ke MC…. punya laa lambat.. bas yang ada hanyalah tye lye dan salira.. bas salira aku dok naik 2 jam cam tu laa baru sampai MC… sebab dia lalu kawasan perumahan mana ntah.. yang 2 jam tu paling cepat.. kalau berhenti amik orang itu dan ini boleh amik masa yang lama ooo… untuk tye lye cepat skit… sejam setengah.. heheh ntah laa sepatutnya aku upset pasal amik masa lama.. tapi mood aku berlainan skit so leh gelak…

Just waktu aku nak ke mc ari tu… aku dibawa ke tempat  repair bas tye lye.. kalau korunk nak kenal bas yang wujud kat melaka untuk bawak orang.. kowang tgk laa gambar yang aku sediakan ni… aku no komen.. pengarah cakap… bersyukur dengan apa yang ada.. tapi kalau nyawa manusia menjadi pautan… aku no komen… sebab kat dalam kampus melaka ni pun banyak gak benda kurang aku bersabar… tapi nak kuar kena lagi laa bersabar sebab kalau tanpa bas… naik keta 30 minit jer leh sampai MP.. kalau naik bas kena tukar 3 biji bas baru le sampai.. kira kalau aku nak ke MP pada kul 12 pm tu.. ampai sana beli barang 30 minit kena balik arr sebab nak bagi sampai on time.. kalau lepas kul 7 ptg.. xder bas dah nak g uitm.. kena laa naik teksi… bayar laa sewa teksi plak kna.. yang mahal gegiler tu…

Hurm ni laa beberapa gambar yang aku amik sepanjang sejam setengah aku punya journey dalam bas tye lye…

 





It’s All About Again and again

21 07 2008

Hurm ntah laa aku pun tak tau nak tulis aper kat dalam blog kali ni.. aku just wonder cam berat nak wat sesuatu sem ni.. ke aku menjadi semakin malas.. ntah laa nak sebut pasal malas aku dah cuba sedaya upaya…

dalam group punya keje aku cuba untuk kluarkan idea. tapi macam kali ni semuanya tidak seperti yang dirancang.. sebelum ni takder laa idea aku selalu jer ditolak kan.. kali ni banyak kali plak idea aku kena reject.. maybe sebab tu kot aku rasa cam susah nak kuarkan idea.. sebba kalau kasi asik kena tolak jer… so cam malas nak kuarkan.. tapi aku sendiri rasa sem ni macam aku kurang kreatif n banyak benda aku miss.. aku pun tak tahu kenapa.. aku dok pk gak… tapi tak menjd.. 

Sampai bila aku harus jadi macam ni… tambahan lagi laa sekarnag ni aku rasa macam rehat aku tak cukup jer.. masa untuk dihabiskan tu tak banyak sangat… aku rasa 24 jam tu sangat pendek tambahan pula… msa untuk aku kuar lihat dunia belum tiba lagi heheh aku pun tak tahu kenapa.. tapi apa yang pasti aku akan usahakan.. cuma masalah aku adalah aku takder sesaper nak teman aku jejalan heheh mungkin aku kena survive… 

satu lagi masalah aku yang bersangkutan.. mungkin kot sebab xjalan tgk dunia ni membuatkan aku menjadi pasif sikit.. aku tak dapat nak kuarkan idea aku.. 

yang pasti aku inginkan perubahan dan aku bersedia dan cuba sedaya upaya aku.. supportlah aku





It’s All About Celcom Broadband

18 07 2008

Hurm nak citer cam ner ekk… ape yang pasti kepada sesiapa yang nak register celcom broadband make sure korunk tau bebetul sumber yang korunk nak beli or deal.. aku dah kena tipu tapi aku tak tertipu…

Pagi Rabu aku ke Celcom centre untuk register untuk Celcom Broadband… Sperti biasa sebelum pg ke centre aku wat laa panggilan ke customers service untuk dapatkan kesahihan untuk celcom broadband tu.

Lepas tu aku samapi kat celcom centre kat melaka, aku disambut.. lepas tu aku cakap aku nak broadband. Then sorang chinesepun bgtau laa aku… pastu aku cakap aku xnak tau yang pasti aku nak register untuk package RM99 sebulan tu.. sebab aku nak modem free tu… xkesah laa bayaran awal tu sebanyak RM297. Pastu dorang cakap, takder dah promotion tu sebab suatu msa lalu.. tapi setahu aku benda tu still lagi berjalan.. sebab aku dah call centre… Lepas tu aku cakap… kalau kata xder xperlaa aku nak register untuk beli modem RM499 then bayar sebulan RM68 tu jer.. so dia kata ader.. lepas tu aku cakap aku pakai mac, takut xcampatible… aku pun kuarkan laa akunyer laptop untuk check… then memang xcompatible.. lepas tu aku cakap kena amik software dia kat internet sebab Huawei e220 tu memang kena pakai kat internet nak download driver… dorang dok try gak… pastu xleh masuk.. then cina tu dok main trackpad aku.. aku kata cari apa… dia cakap cari my computer nak cari thumbdrive.. aku cakap xder… MAC mana ader my computer.. dia terus kuar kat desktop kalau detect usb.. dia bengong gak dok cari.. apstu aku cakap.. ni bukan windows… ni mac… tak der my computer.. dia pakai dalam ni lain.. Lepas tu aku download sendiri driver guna komputer kat service centre tu… lepas dah leh pakai tu, aku pg ke maybank untuk kuarkan duit nak bayar yang modem RM499 tu.. lepas sampai balik.. dia cakap silap.. aku kena bayar sebanyak RM699 untuk modem huawei tu dan kalau nak yang RM499 tu kena pakai yang H-10 punya modem yang aku pun taktau jenama apa sebab xleh masuk mac.. xcompatible dan xder website.. aku hangin sangat.. tadicakap lain ni cakap lain.. aku kata naper xder modem untuk huawei??? dia kata dah habis stok lagipun promosi tu lama dah…

Aku pun beredah dan pg makan kat kedai belakang celcom centre melaka tu.Waktu makan tu aku call centre lagi sekali aku cakap laa apa yang berlaku. dan dorang pun terkejut tau dengan aku mengenai apa yang aku gtau sebab memang ader lagi promosi tu dan memang kalau sesiapa yag mendaftar tu akan dapar modem bluecube atau huawei. Aku memang panas geiler…

Lepas tu aku pg balik celcom tu aku tny cina tu.. dia kata betul xder… promosi dah tamat lama dah.. Lepas tu aku cakap xper i nak jumpa manager tanya betul ke tak.. lepas tu sorang lagi cina tu cakap ngan kuat macam nak tengking aku “hei!, sini sini ada laa broadband tu” dengan muka masam kata ada.. Pastu aku cakap dengan kuat tadi bukan cakap kata dah xder ka… ni kenapa ada.. lepas tu dia cakap… ni ader last stock kononnya. aku sangat bengang.. lepas tu dia kuarkan borang itu dan ini. lepas tu kasi huawei e220 kat aku. Then aku cakap asal lak ada… tadi kata xder kenaper dalam tu ader banyak jer huawei modem… macam mana ni… ??? dorang senyap jer 3 orang cina tu muka merah snagt… aku pun sangat marah.. sampai nka meletup gegiler.. tapi xper sebab lepas tu dornag boleh buat keje tu gak… 

Hari ni celcom centre melaka punya manager call aku tanya apa yag berlaku.. dan aku suruh dorang wat tindakan kat orang tu… memang senang jer nak menipu.. aku pantang orangtipu aku… aku tak kisah kalau nak kasi aku beli modem tu dengan harga RM499 I can pay!, tapi RM699 dengan package… memang tak masuk akal.. aku memang geram sesangat ahaks….

tapi segalanya menjadi baik dah… aku harap sesaper nak wat paper pasal benda  alah broadband ker hp ker laptop ke better laa wat bebetul tanya bebetul jangan tertipu.. tq tu jer….





It’s All About My Hectic Weekend..

13 07 2008

Hari Jumaat balik ke Kedah, sampai Kedah Sabtu pagi, lepas tu wat beberapa hal untuk diuruskan.. Nak buka internet pepagi buta, tapi ader masalah skit tapi sebenarnya besar… Modem aku kena sambar kilat… sepanjang 4 tahun aku register dan guna internet atas nama aku sendiri.. tak pernah aku alaminya… Baru 2 minggu aku lepaskan kat adik aku… aku balik kali ini memang sangat tak besh… dan aku macam nekad xnak p[akai streamyx kat umah laaa… so hari ini hari Ahad.. aku pg TM centre.. untuk uruskan account termination…lepas tu aku pg wat lesen.. alhamdulillah lulus hehehe tapi aku xleh nak register lesen sebab dorang tak masukkan dalam pengkalan data.. yang pasti aku kena balik melaka nanti minta tolong sesaper bwakkan aku ke JPJ melaka untuk tolong aku.. tu pun kalau ader orang nak tolong. Ok lepas tu kalau ader rezeki nak pakai broadband sendiri… harap mak aku kasi… hehhe doakanlah ekk amin…………. tu jer setakat sekrang.. ni nak ready nak balik kampus. harap bas xder wat hal.. bagi sampai awal.. leh aku pg kelas multimedia kul 8.30 pagio besok.. kelas pertama nak pakai flash MX n sebelum terlupa.. modem aku tu aku dah buang dan aku online ni pun atas ehsan dial-up yang aku register tahun 1999 dahulu.. :D





It’s All About NEw Semester.

9 07 2008

Monday, 7//7/08

My first class started with Miss Mayudia Mothar Class which is MUltimedia. As usual, every first class, lecturer will tell us about tasks in each semester and requirement for each subjects. So for this semester, we (masscomm students) need to study flash and we’re using flash MX as a medium to create flash files. I don’t know what to say because im not very familiar with flash, All I can say is, I want to an ‘A’ in this subject. I really want it. Multimedia, some sort of interesting subject. I know it is hard to study because Ad student takes several time to study this kind of subject, but for masscomm student just 4 month and we should be ready to face the reality heheheh. I hope everything will be alright this semester.  No great pressure and no underestimate ok!!!

Next class will on Tuesday, so today, on Monday, I just need to discuss about future matter abotu this subject etc…. Btw, something I really hates about this semester is…. My clas on monday just 1 class and at 830 am…. next, my friday class end at 520pm. So I think I really dont have time to go back to kedah during weekend. If I go back, there will be rush weekend.. trust me… In 2 years and half in UiTM Melaka, me n my classmate never experience great class schedule  even in 1 semester like other class. My class lots of  morning class and so on laaaa…….. this semester, DMC5k dont have friday class and on Monday, their class start at afternoon, so Heaven!!!

I Think thats all for now… See ya… :D





It’s All About MMS July 2008 2

9 07 2008

Setiap semester dari semester 3… Boleh dikatakan aku memang akan memohon dan berharap agar dapat menyertai program MMS iaitu program dimana aku bersama rakan yang lain akan menjayakan satu aktiviti untuk menyambut pelajar baru ke Uitm Melaka.

Tapi pada semester ini terdapat sedikit kelainan kepada aku dan rakan rakan kerana beberapa perkara yang sememangnya harus diterima oleh semua orang. Setiap semester… apabila kita semua menyambut ribuan pelajar baru, kita kekadang tidak sedar bahawa kita sebenarnya kehilangan ribuan pelajar lama juga. Hal ini kerana setiap yang dating sudah pasti akan ada yang pergi bagi menggantikan keadaan kampus kita yang serba kecil ini…

Menyebut mengenai pemergian… Sememangnya itulah yang ingin aku perkatakan dalam blog aku kali ini. Setiap semester, memang aka nada senior yang keluar dari uitm Melaka ini samada untuk meneruskan pengajian di peringkat ijazah mahupun kerja atau sebagainya. Tapi akan tidak akan jadi masalah andaikata senior itu adalah mereka yang tidak rapat dengan aku. Perkara yang menyedihkan berlaku apabila mereka yang rapat dengan aku terpaksa berpisah mungkin untuk masa yang lama sebelum berjumpa semula.

Apa yang penting kali ini adalah, MMS kali ini memberikan aku beberapa makna dan memori untuk aku ingat selamanya… Pertama, aku semester ini part 5, dan merupakan part yang terakhir untuk tinggal dalam asrama lendu ni. Bagi mereka yang part 6 semestinya duduk diluar ataupun melakukan praktikal di beberpa tempat. Semestinya semester ini amatlah sunyi tanpa senior, kerana aku dan rakan part 5 yang lain adalah senior. Mungkin ada yang seronok kan apabila menjadi super duper senior, bagi aku kuasa tu no 2 laa.. tapi kenangan tu yang lebih penting.. apa yang dilalui bersama sepanjang beberapa sem yang ada…

Senang citer… MMS kali ni, memang ramai part 6 n kawan kawan aku yang mnyertainya, dan beberapa hari sebelum aku habis mms, dorang dah cakap lepas ni nak praktikal sana dan praktikal sini… so apa yang penting disini ialah mereka akn keluar dari blok, dari uitm dan dari hidup sebagai senior dan junior. Selepas ini walaupun mereka datang, keadaan tidak sama seperti dulu.. Mungkin datang untuk lepak sekejap, kemudiannya balik semula.. tak ka nada ketawa riang siang dan malam serta riuh rendah dibilik sebelah ataupun  keluar overnight bersama.

Sepanjang mms tu lah aku bersama mereka menghabiskan masa yang ada untuk bersama.. aku tak nafikan awek aku pn part 6 dan memang aku terpaksa berpisah dengan dia kerana dia praktikal, tapi kawan kawna yang lain,… amat menyedihkan… suka duka bersama susah untuk dipisahkan. Malam terakhir MMS ramai yang sedih.. aku pula tidak dapat menahan air mata dan meluahkan apa yang ada kerana mungkin ada yang gembira apabila habis mms kerana tugas dah selesai.. tapi pada aku… ianya adalah permulaan kepada kehilangan…

Mungkin aku tidak sedar pada awalnya, tetapi… kalau difikirkan semula… mereka yang menyertai MMS adalah sebenarnya yang seadanya dengan aku… Kalau tidak, manakan sama kami memohon untuk menjadi pembantu mahasiswa kan??? Apa yang penting jugak, apabila bekerja bersama, semestinya akan wujud satu talian yang erat… walaupun pada awalnya tidak dirasa, tetapi akan dirasa apabila tiba waktunya…

Aku biro tugas tugas khas, keje aku bahagian pendaftaran, dan tugas itu memang sejak azali lagi aku dapat… walaupun aku minta biro dewan dan protocol. Cuma kali ini aku menjadi ketua kepada biro itu.. Buat keje sangatlah susah.. dan aku mungkin fikirkan kembali apa yang akan berlaku kepada biro itu andaikata tiada aku. Mungkin juga boleh dikatakan aku ni angkat diri sendiri.. tapi apa yang berlaku kali ini, aku adalah orang lama untuk biro ini kerana ahli yang lain baru 1st timer… Takper, yang penting mereka tidak berputus asa untuk belajar.. pengalaman selama seminggu wat keje ngan dorang pun sangatlah besh, dan memori tu takkan aku lupa sampai bila bila… Mereka selalu bertanya walupun aku tak suruh.. heheheh Pesanan aku pada mereka, lepas ni kalau jadi PM, jangan serik untuk jadi bttk, walaupun biro lain besh.. biro ini hanya uruskan pendaftara, tapi apa yang eprlu dibuat sebelum tibanya hari itu sangatlah berat dan bukan semua orang boleh pikul tanggungjawab seperti itu.. setiap kali meeting postmortem mesti aku cakap kat dorang, jangan putus asa, keje kita tanggungjawab kita, kita boleh buat… hanya perlu yakin. Jadi setakat sekarang mereka sangat Berjaya bagi aku dalam menceburkan diri dalam bttk.

Apa yang penting juga pada MMS kali ini, aku juga bertemu dan bercakap dengan 2 orang insan yang aku kenal tapi tak pernah bercakap… Gaban n Aman, dorang dua orang memang aku kenal, tapi dalam masa wat keje barulah aku cakap ngan dorang dan kenal aku… Hamz. So bayangkan selama 4 sem aku berada diuitm Melaka ini, tapi tak pernah bercakap. Dan MMS kali ini yang menemukan aku dengan mereka dan kami pun mula bercakap arr.. berkongsi beberapa benda, walaupun ianya singkat, tapi sangatlah bermakna  kerana selepas ini memang aku pun tidak pasti akan jumpa dengan mereka lagi. Hurm inilah yang dinamakan takdir, orang lain kenal waktu awal awal dan sempat mempunyai kenangan yang banyak untuk diingati, tpai aku hanya seminggu. Walaubagaimanapun, aku bersyukur kerana peluang yang diberikan maha esa atas kenangan yang singkat itu…

Disamping itu juga aku bertemu dengan seorang kawan aku yang sudah 4 tahun tak jumpa. Hari last aku jumpa dengan dia adalah 2 Mei 2004 iaitu hari last PKN, kami kan 1st batch ever!. So emmang sangat tak percaya, hari last MMS, dan pada hari tu juga hari pendaftaran pelajar lama, dan hari tu juga jadi sejarah aku berjumpa dengan dia.. Dia adalah Siti Lina MAstura or Tupai… sangat besh walaupun masa berjumpa itu hanyalah sejam, tapi amat bermakna kerana selama 4 tahun hanya bersms, sejam itu memang berbaloi. Tapi kami akan cuba untuk berjumpa lain kali bersama nisaro, amad, angah, musang, tupia, hamtaro, Kelly, Luqman, Dayah, Intan, Darul, dan ramai lagi.. yang pasti, rumate aku waktu pkn AKran…. Setiap hari raya dia akan datang melawat aku walaupun pada waktu lain dia berada di Australia…dan aku rasa itulah kenangan paling manis yang perlu aku kongsi… Just, ini bukan kisahnya kerana… Ini kisah MMS.. :D

Setakat ini sahaja warkah aku untuk kali ini sehingga bejumpa lagi… kelas pun dah bermula.. aku harap perjalanan aku saban hari semakin baik dan tidak disulami dengan perkara perkara yang tidak elok aminnnnnnnnnnnnnn….