It’s All About MMS July 2008 2

9 07 2008

Setiap semester dari semester 3… Boleh dikatakan aku memang akan memohon dan berharap agar dapat menyertai program MMS iaitu program dimana aku bersama rakan yang lain akan menjayakan satu aktiviti untuk menyambut pelajar baru ke Uitm Melaka.

Tapi pada semester ini terdapat sedikit kelainan kepada aku dan rakan rakan kerana beberapa perkara yang sememangnya harus diterima oleh semua orang. Setiap semester… apabila kita semua menyambut ribuan pelajar baru, kita kekadang tidak sedar bahawa kita sebenarnya kehilangan ribuan pelajar lama juga. Hal ini kerana setiap yang dating sudah pasti akan ada yang pergi bagi menggantikan keadaan kampus kita yang serba kecil ini…

Menyebut mengenai pemergian… Sememangnya itulah yang ingin aku perkatakan dalam blog aku kali ini. Setiap semester, memang aka nada senior yang keluar dari uitm Melaka ini samada untuk meneruskan pengajian di peringkat ijazah mahupun kerja atau sebagainya. Tapi akan tidak akan jadi masalah andaikata senior itu adalah mereka yang tidak rapat dengan aku. Perkara yang menyedihkan berlaku apabila mereka yang rapat dengan aku terpaksa berpisah mungkin untuk masa yang lama sebelum berjumpa semula.

Apa yang penting kali ini adalah, MMS kali ini memberikan aku beberapa makna dan memori untuk aku ingat selamanya… Pertama, aku semester ini part 5, dan merupakan part yang terakhir untuk tinggal dalam asrama lendu ni. Bagi mereka yang part 6 semestinya duduk diluar ataupun melakukan praktikal di beberpa tempat. Semestinya semester ini amatlah sunyi tanpa senior, kerana aku dan rakan part 5 yang lain adalah senior. Mungkin ada yang seronok kan apabila menjadi super duper senior, bagi aku kuasa tu no 2 laa.. tapi kenangan tu yang lebih penting.. apa yang dilalui bersama sepanjang beberapa sem yang ada…

Senang citer… MMS kali ni, memang ramai part 6 n kawan kawan aku yang mnyertainya, dan beberapa hari sebelum aku habis mms, dorang dah cakap lepas ni nak praktikal sana dan praktikal sini… so apa yang penting disini ialah mereka akn keluar dari blok, dari uitm dan dari hidup sebagai senior dan junior. Selepas ini walaupun mereka datang, keadaan tidak sama seperti dulu.. Mungkin datang untuk lepak sekejap, kemudiannya balik semula.. tak ka nada ketawa riang siang dan malam serta riuh rendah dibilik sebelah ataupun  keluar overnight bersama.

Sepanjang mms tu lah aku bersama mereka menghabiskan masa yang ada untuk bersama.. aku tak nafikan awek aku pn part 6 dan memang aku terpaksa berpisah dengan dia kerana dia praktikal, tapi kawan kawna yang lain,… amat menyedihkan… suka duka bersama susah untuk dipisahkan. Malam terakhir MMS ramai yang sedih.. aku pula tidak dapat menahan air mata dan meluahkan apa yang ada kerana mungkin ada yang gembira apabila habis mms kerana tugas dah selesai.. tapi pada aku… ianya adalah permulaan kepada kehilangan…

Mungkin aku tidak sedar pada awalnya, tetapi… kalau difikirkan semula… mereka yang menyertai MMS adalah sebenarnya yang seadanya dengan aku… Kalau tidak, manakan sama kami memohon untuk menjadi pembantu mahasiswa kan??? Apa yang penting jugak, apabila bekerja bersama, semestinya akan wujud satu talian yang erat… walaupun pada awalnya tidak dirasa, tetapi akan dirasa apabila tiba waktunya…

Aku biro tugas tugas khas, keje aku bahagian pendaftaran, dan tugas itu memang sejak azali lagi aku dapat… walaupun aku minta biro dewan dan protocol. Cuma kali ini aku menjadi ketua kepada biro itu.. Buat keje sangatlah susah.. dan aku mungkin fikirkan kembali apa yang akan berlaku kepada biro itu andaikata tiada aku. Mungkin juga boleh dikatakan aku ni angkat diri sendiri.. tapi apa yang berlaku kali ini, aku adalah orang lama untuk biro ini kerana ahli yang lain baru 1st timer… Takper, yang penting mereka tidak berputus asa untuk belajar.. pengalaman selama seminggu wat keje ngan dorang pun sangatlah besh, dan memori tu takkan aku lupa sampai bila bila… Mereka selalu bertanya walupun aku tak suruh.. heheheh Pesanan aku pada mereka, lepas ni kalau jadi PM, jangan serik untuk jadi bttk, walaupun biro lain besh.. biro ini hanya uruskan pendaftara, tapi apa yang eprlu dibuat sebelum tibanya hari itu sangatlah berat dan bukan semua orang boleh pikul tanggungjawab seperti itu.. setiap kali meeting postmortem mesti aku cakap kat dorang, jangan putus asa, keje kita tanggungjawab kita, kita boleh buat… hanya perlu yakin. Jadi setakat sekarang mereka sangat Berjaya bagi aku dalam menceburkan diri dalam bttk.

Apa yang penting juga pada MMS kali ini, aku juga bertemu dan bercakap dengan 2 orang insan yang aku kenal tapi tak pernah bercakap… Gaban n Aman, dorang dua orang memang aku kenal, tapi dalam masa wat keje barulah aku cakap ngan dorang dan kenal aku… Hamz. So bayangkan selama 4 sem aku berada diuitm Melaka ini, tapi tak pernah bercakap. Dan MMS kali ini yang menemukan aku dengan mereka dan kami pun mula bercakap arr.. berkongsi beberapa benda, walaupun ianya singkat, tapi sangatlah bermakna  kerana selepas ini memang aku pun tidak pasti akan jumpa dengan mereka lagi. Hurm inilah yang dinamakan takdir, orang lain kenal waktu awal awal dan sempat mempunyai kenangan yang banyak untuk diingati, tpai aku hanya seminggu. Walaubagaimanapun, aku bersyukur kerana peluang yang diberikan maha esa atas kenangan yang singkat itu…

Disamping itu juga aku bertemu dengan seorang kawan aku yang sudah 4 tahun tak jumpa. Hari last aku jumpa dengan dia adalah 2 Mei 2004 iaitu hari last PKN, kami kan 1st batch ever!. So emmang sangat tak percaya, hari last MMS, dan pada hari tu juga hari pendaftaran pelajar lama, dan hari tu juga jadi sejarah aku berjumpa dengan dia.. Dia adalah Siti Lina MAstura or Tupai… sangat besh walaupun masa berjumpa itu hanyalah sejam, tapi amat bermakna kerana selama 4 tahun hanya bersms, sejam itu memang berbaloi. Tapi kami akan cuba untuk berjumpa lain kali bersama nisaro, amad, angah, musang, tupia, hamtaro, Kelly, Luqman, Dayah, Intan, Darul, dan ramai lagi.. yang pasti, rumate aku waktu pkn AKran…. Setiap hari raya dia akan datang melawat aku walaupun pada waktu lain dia berada di Australia…dan aku rasa itulah kenangan paling manis yang perlu aku kongsi… Just, ini bukan kisahnya kerana… Ini kisah MMS.. :D

Setakat ini sahaja warkah aku untuk kali ini sehingga bejumpa lagi… kelas pun dah bermula.. aku harap perjalanan aku saban hari semakin baik dan tidak disulami dengan perkara perkara yang tidak elok aminnnnnnnnnnnnnn….


Actions

Information

One response

13 07 2008
BiTeMe!

hehe…
aku tau something…
x tersengaja tertau taw!
haha

Leave a comment