It’s All About Makes Me Wonder…

28 08 2008

Kenaper part 5 ni buat aku terfikir..

Kenapa semua orang tak macam semua orang

Kenapa semua orang tak free macam semua orang

Kenapa semua orang juga bz macam semua orang

dan kenapa semua orang macam buat hal semua orang 

begitu juga dengan semua orang yang mengambil tahu hal orang

dan juga semua yang buat semua orang tertanya kenapa semua orang macam itu..

p/s :hayati bebetul





It’s All About Human Being…

23 08 2008

Sebelum pulang ke melaka, sehari sebelum pulang, aku dan keluarga pg ke pasar malam.. hurm alangkah terharu dan tersentuhnya hati dan perasaan aku apabila melihat pakcik dan makcik bertiga ini.. Mereka bukan adik beradik.. tapi mereka adalah kawan.. mereka bukan meminta sedekah, tetapi datang untuk membeli sedikit juadah untuk makan malam.. riak wajah mereka tidak terpancar lansung kesunyian, yang ada hanyalah kegembiraan dan riang membualkan suatu topik… terasa ingin aku mendampingi mereka dan bertanya khabar.. tetapi aku hanya terpaku, kaku dan hanya sempat mengambil gambar mereka seketika dan mereka berlalu dengan begitu sahaja…

Makcik yang dihadapan tu memimpin kawan yang 2 orang lagi iaitu mereka yang tidak dapat melihat… alangkah baik dan akrabnya mereka itu… sungguh tidak dapat dinafikan… talian pershabatan mereka sangat utuh.. 

Alangkah bahagianya hidup andai peroleh sahabat yang sebegitu.. susah dan senang bersama…. sampai bila bila………





It’s All About Faridatul Akmal Abdullah

22 08 2008

nak  bercerita tentang seorang yang dinamakan faridatul akmal abdullah ni memang kena kenal baru leh citer… hehehe

Mula kami kenal pun time tingkatan dua, waktu tu kelas kami bersebelahan dengan dewan wawasan kat bawah. Guru kelas kami Puan Fadzilah… isteri Jafila ravel and tour kat stadium tu.. Kami memang xtau dan xpernah bersua muka.. just waktu aku kat kelas no 3 iaitu kelas cekal xsilap waktu tu tak tukar nama lagi kelas ni satu jadi kelas cekal, waktu tingaktan satu dulu memang aku selalu laa dengar kelas alfa ni bising, asik asik fizol laa hingaq laa punya laa xkurang gak kelas bestari kelas cik baha, shuhada, fitri taha dll.. kelas aku pun boleh tahan laa tapi cina banyak cam ala ala sopan skit.. lepas tu tgk laa berlari sana sini fizol.. rupanya bergaduh sorang budak pompuan.. fizol selalu ejek dia tomboy.. aku tak kenal laa saper budak ni.. sampai laa tingkatan dua, aku alaina ngan irzamiza kot xsilap kami dapat no 1 ngan no 2, so leh arr naik ke kelas A ni kan kelas no satu.. dan masa tu baru masuk kelas pertama….

Faridatul Akmal dokgaduh dah ngan saper ntah budak kelas tu, geng lama depa juga laa.. lepas tu dalam tu aku kenal timah, uyah, razif, amt terap, mat ffi, dan sebagainya.. dan cam ner plak aku tak tau aku leh kenal fari ni.. hurm mula mula tu pun macam gaduh gak arr..kira tak dah punca asik gaduh ja… tapi awal awal ja.. gaduh kami merapatkan kami…  lepas tu Pn Sharifah Azian arr lantik la pengawas, aku jadi ketua kumpulan 5 n fari ntah la kumpulan mana.. yang pasti setiap petang sebelum balik.. kami jaga sekali.. Do berseberang… berdepan.. sambil dok pok pet pok pet.. biasa laa zamna sekolah.. aku seluar merah, dia kain merah… Lepas tu kami balik laa memasing naik basikal yang ada gear, aku nya basikal bercorak kuning hitam… dia punya silver ada tulis sticker manja fari.. waktu tu aku pakai telefon ka dak lagi tak tau.. yang pasti time mula dulu hp aku nokia 3210, dan dia pakai ericsson t10. warna kuning… Lepas tu ada time kat pasar malam.. terserempak, antar mesej tapi xberbalas, sebab ada function hp dia xcompatible.. sebab waktu tu aku antar picture message yang ada bunga dan message dia will u be mine.. tapi xper laa adik dia faiz cakap ni antar apa sampai xleh buka.. apa peduli nak wat cam ner.. heheh lepas jumpa sekejap, hujan renyai kamipun berpisah…

Lepas tu naik tingakatan tiga, kelas kami pun berubah.. kami dok tingakat atas.. pengumuman senang dengar, tapi selalu jadi masalah sebab cikgu matematik cikgu oii ajar kami jangan tgk luar.. lepas tu otak kamis selalu kena ikat ngan bomoh kelas qayyum.. kelas puzah… yang penting naik tingakatan 3 pun kami masih lagi rapat tapi gaduh…. lepas tu ader gak laa g umah dia lwat tok dia kat taman malaysia.. yang pentig kak b kecik lagi waktu tu.. hahahhahhahah(gelak evil) tingakatan 3 tak dak apa yang penting kot… yang pasti waktu tu semua orang termasuk fari sambut birthday aku dalam kelas. besh sangat.. tapi kami semua miskin lagi time tu, tak dak kamera digitan.. pakai kamera kodak jer.. tapi gambar telah dibawa arus sugai yang deras waktu banjir besar ari tu 2005 tak silap aku…

Habis jer tingkatan 3 pmr kami pun naik tingakatan 4… aha citer tingkatan 4 ader sorang mamat kelas aku.. nama dia firdaus.. aku kenal.. fari tak kenal yang boleh kenal aku pun tak tau naper.. just fari beli laptop kat tempat dia kje.. ehhehe yang penting waktu form 4 kami penah dari taman rimba kayuh basikal dalam huan berdua balik sebab hujan lebat sanagt sesamer basah dan waktu tu dua dua pakai baju putih n sorang kawan kami tu naik moto, beg kami kasi kat dia.. kami kayuh basikal berdua.. then berhenti kat court tenis sekolah utk keringkan baju then baru balik umah.. sambil tunggu baju kering kami maik toi(galah panjang)

Hurm form 5… cerita ader satu ketika fari bawak hp kesekolah, ada orang anti dia.. cakap kat penolong kanan.. hp dia kena rampas… waktu tu mujur aku tak bawak hp.. jahat arr anak penolong kanan tu cian fari.. aku xleh nak tolong sebab parent yang kena datang amik… apa laa salah kami kalau bawah hp. bukan nak makan orang nak memudahkan komunikasi.. betul tak fari… lepas tu… waktu tu kami still naik basikal ke sekolah… tau… generasi form 5 yang paling ramai ke sekolah naik basikal adalah budak 1986.. heheheh

Gaduh tu perkara biasa.. just pada suatuhari waktu pj, ada orang curi duit aku RM5.. wat laa aku laporan kat cikgu azizan saud… tapi xleh wat per.. yang penting waktu tu fari sharekan duit dia ngan aku.. aku sanagt terharu.. dia laa kawan aku…. (orang lain pun kawna gak k.. tapi ni citer faridatul akmal). Waktu kem aku ingat lagi… waktu aku kena ngan cikgu azizan tu dia laa yang backup aku.. dia laa selalu tolong aku… dia laa selalu jadi pesaing aku.. 

Lepas form 5.. Faridatul Akmal menyepi sampai satu ketika terkkontek kat friendster.. lepas tu tukar no… dia bgtau ko dia 0174XXXXXX xper laa kan.. aku simpan no tu… tapi waktu tu hp aku plak jath dalam air.. rosak. no yang ada jer aku simpan.. so aku kontek ngan fari till 2006 then g jumpa dia wat pertama kalinya waktu hari raya ke 3 kat umah dia… kat taman damai… hurm waktu tu macam nak borak pun kureng skit idea maklumlah lama xjumpa… tapi still gaduh cam dulu hehhehhe tulah kami..

Lepas tu.. tahun 2007 akhir tahun ke atau awal 2008 fari gtau dia…. no pun dah tukar no KL aku tak tau bila exact date tapi awl lagi berlaku.. lepas tu nak wat cam ner.. aku terima jer… sekarang ni aku xleh nak rapat kot ngan dia sebab dia dah berpunya(pada waktu tu).. so aku pun… mengundur diri seketika.. tapi fari terus mengontek dan bercerita ngan aku.. kami rapat kembali.. sekarang ini masing masing dah ada tanggugjawab memasing tapi aku tak leh lupakan sahabat aku sorang ni dan aku hrap dia pun begitu juga…

Sekarang yang pasti, walaupun aku berasa aku dekat dengannya…. keluar dengannya waktu cuti midterm ini.. tapi semakin hari kami membilang hari untuk berpisah.. dia akan berada jauh dari orang yang disayangi, keluarga dan juga aku.. serta kwan kawan… Dia akan Ke United Kingdom.. walaupun dulu kami jarang jumpa, tapi aku tau dia masih berada di Malaysia.. Sekarng ni bermul 16/9/2008, masa dan terikh berubah 7 jam lamnya dan seterusnya dia berada jauh dari semua orang… sedihnya apabila mengenangkan seorang lagi kawna aku akan pergi…. kawan tempat aku mengadu, bergaduh, bermesra, mengejek, menghumban(hahah) dan sebagainya kini akna berada jauh…. jauh  dan terus jauh…

Aku cuma berharap.. walaupun jauh… tepi dekat dihati.. teknologi akan menghubungkan kita.. Aku rasa ini sahaja kut wrkah aku untuk kali ini.. cuma aku berharap kenangan yang kita lalui dahulu…. akn terus bersemadi selamanya…





It’s All About U…

20 08 2008

Bila aku pandang dia.. bermakna aku melihat dia..

Bila aku melihat dia.. beerti aku mengenang dia..

Bila aku mengenang dia.. berlalu sudah peristiwa lalu

bila itu berlaku… aku merinduinya…

Bila aku merinduinya.. Aku akan mmerhatikan wajahnya

Terpaku, sayu dan terpesona ciptaan ilahi..

Wajah yang tenang dan otak yang pandai..

Tahu melihat… Kurang menilai..

Bertepuk bukan sebelah tangan…

Maka… Ianya akan tetap jadi harapan….

Walaupun jauh… akan dekat disanubari selamanya…





It’s All About Last Day before MidTerm Break…

19 08 2008

Hurm banyak sebenarnya nak citer apa yang terjadi pada waktu itu.. Yang penting semalaman aku terpaksa berjaga dengan senul sebab kami terpaksa siapkan assignmetn yang belum siap hehehe. Pagi tu kami pun menyiapkan dengan bersungguh lepas tu pg jumpa madam shiela jap lepas habis waktu solat jumaat, then proposal kitaorang tentang sex education approve, then lepas tu bersiap laa untuk balik..

sebelum balik, makan pizza kat mana ntah, xpernah pg pun.. lepas tu aku pun naik laa keta ngan syamil, berborak sana dan sini… hurm sodap ngan senul xtau laa borak apa, tapi memasing ada hal memasing…

yang pasti dalam keta tu kami berborak pasal sahabat… dan apa yang aku dapat dari syamil ialah…

“seorang kawan itu tak semestinya hadir selalu disisi kita, tapi kawan itu ada.. dan bila kita perlukannya dia ada bersama kita.. dan bila kita jauh, kita tahu ada kawan disisi kita walaupun tak nampak dengan mata kasar, tapi hati akan mengenalinya”

entah lah.. mungkin takdir yang meminta untuk aku mengenal sebuah persahabatan.. macam aku cakap sbelum sebelum ni.. susah nak dapat kawan yang faham dan wat keje sekali macam fescomm, pub talk, kelas punya trip dan keje berkumpulan.. walau apa pun yang berlaku kawan tetap kawan..

Hurm lupa pulak.. citer pasal balik tak habis lagi.. lepas balik sampai jer kat kl aku pun memulakan tugas bergerak secara sendirian untuk pulang kerumah dengan memulakan langkah ke pudu untuk menaiki bas mara liner yang telah aku tempah sbeulan yang lalu… so bila dah dapat bas yag lewat 30 minit setelah jadual sebenarnya 2359…

Dalam bas tu kesian plak kat sorang passenger tu sbeab dia wat online, tapi dia tak tg jam yng disertakan iaitu.. bila kita online, jam yag ditunjukkan adalah 24 jam punya sistem, dan dia telah amik bas jam 1200 hari yang sama.. bermakna, jam itu adalah waktu tengahari tadi… so dia xder sit, sbeba tertinggal bas… kerana tersalah pilih waktu… so dia amik seat 2nd driver utnuk isi tempat.. terima kasih laa kat 2nd driver tu sebab korbankan tempat dia.. dia lak dok bertenggeng.. (untuk pengguna online, beli tiket tgk waktu dan tarikh dengan betul) hurm dah habis dan citer tu.. bawah ni ader sedikit gambar waktu kat pizza… btw thanks sebab hantar aku syamil.. jasamu dikenang.. dan senul thanks juga sebab bawa beg aku.. susah dah lepas ni nak jumpa kawan cam korunk yang sanggup korban untuk akwan kawna…

 





It’s All About Us! (Memories)

11 08 2008

Teringat masa mula mula masuk kampus Melaka… 1st batch Masscom kat Melaka semuanya kosong.. tak dak apa apa… Mula dulu sangatlah sunyi kampus ini… Sampai satu masa kami membawa satu perkataan… satu rasa baru dan satu nafas baru kat kampus Melaka… Baik atau buruk…bergantung…

Mula-mula dulu, kami hanya ada 3 orang pensyarah Masscomm. Pn Noraini… Mr Rauf dan Miss Raha.. Lepas tu… Kami 309 orang bersama mereka bertiga memulakan jejak di Kampus melaka bermula jun 2006…

Pejam celik pejam celik… semalam berakhirnya AGM untuk tahun 2008 dan pada kali ini berakhirlah AGM untuk bebudak 1st batch kat melaka.. Kalau nak cerita kisah Bebudak puncak yang terpaksa stay 3 sem kat arau…. kami kat melaka 5 sem dah! dan sem depan sem terakhir dan kami akan cuba untuk terbaik dan stay sampai ada perubahan kelak.. Kiranya keadaan yang kurag selesapun dapat kami lalui dengan baik dan diamati dengan jayanya selam 5 sem…

Selama 4 sem lepas… banyak yang aku dan kawan kawan pelajari terutama aku…

Masa mula masuk dulu, aku bersama bersama 13 kawan yang lain bersatu membentuk dan membina KOMED! wakit setiap kelas….. akan ada setiap orang… dan tak dilupaka juga kawn kawan yang sentiasa membantu kami membuat persiapan untuk event… sangat rindu waktu itu…. waktu majlis berbuka puasa, walaupun KOMED yang handle… tapi kami buat kerja beramai ramai.. dan inilah yang dikatakan persahabatan.. rumate aku… walaupun tak pernah menjadi community, tapi xpernah tinggalkan aku bersama komed utnuk join aktiviti.. Syamil dan daniel punsama…. dorang memang aktif laa… Bak kata aku dan mereka yang lain.. Untuk menjadi lebih baik, Kelas E dan F bergabung.. tapi bila FesComm.. kitaorang musuh tradisi heheheh cam ner pun, kita menang seri kan.>???

Hurm sebut pasal FesCOmm.. teringat juga aku.. zamna FesComm aku dulu… waktu tu, 500 orang jer plejar, nak penuhkan padang kawad yang memuatkan 2000 orang, jadi memang nampak kecik jer arr jumlah orang.. tapi sambutan tetap besh.. sanagt besh waktu fescomm tu..Lencana warna warni.. tanda peringatan kepada semua, 1st ever FesComm kat melak, rganize by part 2 student.. dan heheh aku laa ketua projeknya… tanpa sponsor, dan perbelanjaan xder besarmana pun… sebab.. kami menggunakan kemahiran dan apa yang ada untuk menjayakan program itu… teringat puan noraini punya spegetti.. sedap! lepas tu ada aktiviti dodge baloon… kelas e n f laa yang selalu bersaing sampai ke peringkat akhir… sem depan ntah laa cam ner… kitorang dapat libatkan diri ke x ntah laa… then waktu persiapan bayangkan support dtang kul 5pagi tau.. untuk jalankan persiapan.. sangat seronok… dan yang datang pu muka muka biasa… bebudak kelas E dan F yang paling ramai, kelas lain jangan laa mrah, tapi itu lah yang dapat dilihat… lepas kan.. :D

hurm walaupun semalma aku berasa gembira sebab semua orang amik gambar beramai ramai, dengan red carpetnya, dengan penyampaian sijil kepada mantan KOMED, petabalan Komed generasi ke-3, dan… wow! sangat seronok, tapi jauh disudut hati akutersembunyi satu perasaan yang sangat sedih sebab memang malam semalam sangat menyeronokkan.. tapi itu adalah malam terakhir kami bersama beramai ramai… nak berkumpun lepas ni bila pulak aku pun tak tahu…sayu jer hati… aku gembira bila bersama dengan ramai orang, tapi saat itu akan hilang jua akhirnya….

Hari ini juga berakhirnya tugas komed sekrang, dan bermula tugas komed baru… kemudiannya aku juga tamatkan tugas aku sebagai jurugambar editorial board… dan bayangkan tiada lagi perjumpaan untuk meeting… tiada lagi perjmpaan untuk berbincang aktiviti dan segalanya menjadi sunyi dan masing masing membawa diri.. kerana pelapis yang ada sekarang ini bukanlah yang rapat dengan kami, malah mereka adalah yang baru dan sanagt jauh dengan kami yang part 4 dan part 5… apa kan daya.. Lepas ni, part 4 dan part 5 pun bawa haluan memasing macam yang biasa dilalui… pergi kelas, balik kelas meeting, wat research, weekend rehat dan wat hal memasing da pg kelas semula waktu weekdays.. buka masa keesokan harinya.. dah grad… habis…. kawan kawan??? entah kemana… no di telefon msih ada… tapi memsing bawa haluan ke pelusuk masing masing.. dan ini hanyalah tinggal kenangan… Nak berjumpa lepas tumemang dah lain… semua orag akan bz.. dan kalau berjumpa pun, topik yang dibincangkan pun mungkin tak serancak apa yang dilalui sekarang..

Apa yang harus kita terima… Yang bermula pasti akan berakhir, yang ada pasti akan tiada dan yang datang pasti akan pergi jua…..

selamat tinggal 1st dan 2nd generation Komed…. selamat datang 3rd generation Komed!

:( (





It’s All About UiTM Melaka’s TV

8 08 2008

Hurm dulu ader astro.. lepas tu astro kena ptong.. pelajar kena reda jer ngan aa yang ada… so walaupun xdapat tgk astro…. kami tgk laa ezora setiap petang.. lepas tu.. entah kenaper.. tukar tv…. lepas tu tv skarnag pulak kena kunci…. nak wat cam ner.. kalau xnak kasi student tgk tv cakap jer.. kan mudah…..





It’s All About…

8 08 2008

WHEN WE ARE RIGHT, NO ONE REMEBERS…

WHEN WE ARE WRONG, NO ONE FORGETS…

*Thanks….





It’s All About Life

7 08 2008

Kenapa waktu aku kecik kecik aku tidak diajar untuk meluat, sakit hati dan membenci orang…

Kenapa sekarnag ni, mereka mereka semua mengajar aku untuk membenci orang… marah kat orang….

Sebelum ni marah aku dan sakit aku.. tidak pernah lama… tapi semakin hari aku semakin diajar untuk bertindak diluar jangkaan aku walaupun ianya bukan diri aku..

Salahkah aku untuk mengutamakan orang lain selain diri aku… Salahkah aku untuk tidak mempedulikan cakap cakap orang.. atau salahkah aku untuk tefikirkan orang lain…

Aku adalah aku… Kenapa aku diajar sesuatu yang bukan diri aku………….





It’s All About UiTM Melaka… (hari ini semut biru berpeleseran)

5 08 2008

Hari ni pak guar wat rush gegiler… memang ntah lah mereka dimana mana sahaja…

senol demam terus mungkin demam dia akan berpanjangan sampai seminggu.. doakan kawan aku tu baik cepat ekk aminnnnnnnnn

bawah ni sedikit gmabar yang menunjukkan betapa banyak nyer mereka.. bersama timbalan pengarah