Nak citer laa skit sepanjang cuti ni aku hanyalah demam selsema jer bersama dengan itu aku pun wat laa assigment yang banyak ini sampai tengah malam.. tapi tuhan sahaja yang tahu sebabnya aku tak da[pat nak cetus idea yang baik baik utnuk wat keje… aku tak tau laa besok nak raya.. keje kat umah pun banyak kena wat.. keje assignment pun banyak kena wat… sampai family aku pun cakap sudah laa mengadap komputer tu… nak raya sama… nnt wat laa.. aku takut gak sebenarnya andaikata keje tak habis.. mampus lah aku.. tido 4 pagi tadi lepas tu bangun kul 8…
abah aku sakit sakit… aku pun demam.. pg laa urut abah aku yang tak sihat tu.,.. lepas tu.. tgk sekeliling masyaallah.. hujan still macam biasa sepertimana aku pulang kerumah pada hari sabtu tu, macam tu jugak laa hujan renyai renyai..tapi masalahnya tak berhenti… habis lecah.. kereta tak basuh juga, igat nak basuhg hari ini.. tak boleh jugak sebab hujan…
tak pa laa lepas jer picit abah aku.. aku pun meletakkan diri aku kat satu sudut.. aku pun tido kembali sebab aku penat sangat kat umah for sure laa banyak benda kena wat… heheh cucu besar.. anak sulung.. so cam beban dibahu ada… walaupun ada setengah orang cakap.. alah ko dah besar… wat per la nak kuar pun kena minta kebenaran.. nak duduk jer wat keje.. tapi apa kan daya… aku cucu nenek dan anak mak aku hahahah.. hurm lepas tu aku tak berdaya lagi aku pun tido jer sepanjang hari.. selsema laa katakan.. tisu ni tak kesah laa berkotak habis.. beli untuk orang datang umah, tapi aku yang habiskan sebelum raya…
dan part yang paling besh, hari ini tamat laa tempoh aku nyer kredit sebab mesej masuk banyak… lepas tu aku cam aduh… xdapat balas.. aku pun pg laa topup kat 7 eleven.. rm 10 jer.. tgk kredit aku meriah sangat cantik plak nombor tu… duit ader RM88.88, tarikh tamat 10.10.cuma tahun jer laa 2008, lepas tu bonus sms dapat dari maxis yang 500 tu ada lagi 199.. lepas raya dpat lagi 500 syoknyer!!!!
so setakat ni jer laa aku nak tulis dah 1851 dah ni nak bersedia berbuka posa… cuma satu jer aku nak pesan.. kita semua manusia.. ada wat salah ada yang betul ada yang keras kepala dan yang ego dan ada yang tak senang tgk orang lain senang hheh tapi apa yang pasti janganlah amik kesempatan puasa ni dan raya ini sahaja untuk bermaafan sebab ktia tak pasti lagi akan datang kita akan berjumpa lagi ke tak ngan ramadhan dan syawal.. Bila berlaku sesuatu cepat cepat minta maaf… kalau tak diterima teruskan mencuba.. sebab kita semua manusia… ada egonya dan ada lunturnya.. inysyaallah… apa yang pasti jangan tunggu masa yang sesuai baru nak minta maaf macam hari raya kerana masa yang sesuai itu kadang kadang mungkin terlambat sebenarnya.. kerana waktu yang betul betul sesuai untuk berdamai adalah 3 saat selepas berlakunya salah faham… bila kita terus menangguh, mungkin bila tiba masanya kita akan kehilangan orang oitu dan kemudiannya kita tidak akan berpeluang lagi untuk memohon kemaafan daripadanya dan belum tentu dia akan maafkan kita seadanya….
Oleh itu.. setiap malam sebelum tido.. niatlah diri anda sekalian.. memaafkan seitap insan disekeliling anda.. tak kisah lah anda bersalah ataupun terpaksa memaafkan orang.. kerana demi memuliakan hati kita dan hati semua orang.. samalah kita memaafkan orang lain bermula dari diri kita sendiri dahulu… baru berpindah kepada memaafkan orang lain…
Sekian dari Hamzani Izzamudin… Selamat Hari Raya Aidil Fitri.. selamat segalanya.. ampun dan maaf seadanya… segalanya yang baik datang dari allah swt.. samalah kita menikmati dunia ciptaan tuhan yang indah ini dengan sebaiknya…. terima kasih!







