It’s All About Last Ramadhan in UitM melaka

2 09 2008

Hurm nak cite ker tak..

enth kenapa semakin hari cam malas jer nak tulis, tapi banyak citer hehehhe

takper apa yang penting, kita tau apa yang kita nak cakap… kan?

Kali ini merupakan kali terakhir insyaallah untuk aku berpuasa di Uitm Melaka kerana aku berada dalam tahun yang terakhir kat sini… 

Hibanya hati ini apabila memikirkan perkara ini kerana entah bila lagi aku akan menjejakkan kaki ke kampus ini selepas aku keluar nanti.

Sehubungan dengan itu juga… sedar ataupun tidak… aku akan mengakhiri pengajian aku di Uitm melaka.. dan mengikut rekod yang telah ada.. andaikata batch aku ini dapat tamat part 6… Bermakna… kami membawa sejarah baru dalam masscomm kerana batch pertama yang julung kalinya dapat bertahan dan grad kat uitm kampus cawangan.. doakan itu..

dan pada kali ini juga rasanya aku tidak balik untuk berpuasa dirumah pada awal puasa… Bak kata senul…”orang kalau puasa ni, awal awal puasa tu.. puasa laa kat umah…. ni x balik puasa kat kampus’ tapi apa kan daya masa dan jarak tidak mengizinkan aku untuk berbuat demikian… mujurlah ada telefon dapat laa berkirim khabar…

Sunyinya di kampus tidak usah dicerita… walaupun ada  jer orang kampus tetap lengang… Lepas ni ramia balik laa bila semua orang balik.. cuma… sekarang ini… semuanya tidak seceria dulu..

Ada yang semakin besar semakin berani… bukan berani untuk memperbaiki sesuatu.. tapi menegakkan sesuatu untuk diri sendiri walaupun mereka tidak sedar… disamping menegakkan sesuatu yang mereka mahukan.. orang lain akan menerima munasabnya…

Bukan cerita dikampus sahaja… malah ditempat lain yang lebih besar dan dalam tanggungjawab yang lebih besar dan perlukan satu pengorbanan…

Keadilan, kesaksamaan dan ketulusan selalu diperkatakan.. tetapi mengapa tidak diluahkan dengan kelakuan kerana masih yang plastik(bak kata wan) entah laaa…

Walau apapun.. dalam keadaan kita semakin membesar ni renungkanlah.. sama sama kita bertolak ansur untuk mewujudkan kesederhanaan….

Bulan puasa ni kita cuba jernihkan apa yang kusam.. agar kehidupan kita dimasa akan datang menjadi lebih baik… :D





It’s All About Merdeka….

2 09 2008

Merdeka kali ini aku sambut dalam kampus tgk gambar tau laa macam mana kan… 

Kemeriahan itu ada.. tapi tersembunyi juga kesunyian yang entah dari sudut mana..

Cuma kemerdekaan pada tahun ini kurang memberi semangat kepada aku…. aku sendiri pun tidak mengerti mengapa….