It’s All About Our Differences..

4 09 2008

Hurm apa sebenarnya yang aku nak cakap pasal perbezaan ini pun tak tahu…

Cuma kita semua dalam Malaysia ni banyak jenis orang, banyak jenis agama dan banyak jenis bangsa…

Kita semua diajar dalam agama masing masing untuk menuntut kepada sesuatu…

Yang pasti semua orang tak sempurna, tapi kita akan cuba untuk sempurnakan diri kita kerana yang tak sempurna hanya sifat kita, tapi kita adalah ciptaan terindah…

Baik buruk, salah dan segalanya kita mesti lakukan… aku sendiri lakukan keasalahan perhaps, apabila kekadang kita rasa kita sudah buat perkara yang betul, tapi tak semua orang anggap kita punya tindakan itu betul….

Ada beberapa kes yang melibatkan diri aku, dan ada juga yang baru ini melibatkan kawan kawan aku.. aku sendar aku tak boleh berkata apa apa kerana kalau bukan hal aku, memang bukan hal aku.. tapi apa guna seseorang untuk menasihati kalau tidak dpat didengari..

Cuma aku berharap segalanya akan menjadi lebih baik… Lupakan hal ornag lain seketika,.. berbalik kepada hal aku dimana aku merasaina agar lebih senang untuk diceritakan…

Sebagaimana yang telah aku perkatakan tadi, kita semua pelbagai.. tapi kita serumpun… kita semua datang dari nabi adam dan hawa…

Ada orang kata orang itu baik, orang itu jahat, orang itu nurcahaya tak berani lawan dan memacam lagi.. tapi apa kan daya.. setiap orang nakkan kelainan..

Cuma kita perlu sedar bahawa jauh dipelusuk sanubari seseorang itu, akan tersimpan satu sifat yang sememangnya kita sendiri pun tak jangka…

Mungkin ada yang boleh berkawan tapi tak boleh buat benda lain, mungkin boleh tinggal serumah tapi tak boleh bercuti bersama mungkin ada yang boleh buat kerja tapi tak boleh bermain bersama… dan mungkin juga ada yang serasi tapi tak dapat memiliki segalanya dan ada yang memiliki segalanya tapi masih mencari.

Apa sebenarnya yang ktia cari dalam hidup kita..?? pada aku.. aku mencari persahabatan dan aku mencari kehidupan… mungkin aku tak banyak pengalaman macam orang lain.. mungkin aku tak pernah pergi ke tempat yang orang lain pergi mungkin juga ada yang cakap aku bercakap denga bahasa aku dan hanya orang macam aku sahaja memahaminya.. tapi aku sendiri pun masih belum temuinya…

Apa yang pasti agama setiap manusia iaitu pegangan membawa kita kepada satu.. iaitu kedamaian…. Kalau semua orang inginkan kedamaian pasti akan wujud satu kata sepakat…

Sebagaimana yang telah aku perkatakan tadi kita semua masih tercari cari hala tujuan kita masing masing… kepada yang mempunyai pengetahuan dan kelebihan, kadang kadang tidak mampu untuk menolong yang kekurangan sebaliknya mempersoalkan kenapa dia tidak tahu… 

kadang juga ornag bergosip, kadang juga orang berbisik kadang juga orang mengata… tapi jangan kita anggap semua orang tahu apa yang kita kata kerana sesuatu yang dikongsi berdua takkan boleh dikongsi bertiga…

Apabila bersama, kita menjadi satu… apabila kita menerima sesuatu yang baru amat susah untuk diadaptasi memandangkan sesuatu yang baru itu sangat kontra dengan kita… Susah untuk diperkatakan…

Jangan diucap berkaitan dengan keadilan apabila engkau tidak jujur dan adil dengan semua orang… Jnagn bercakap mengenai kemenangan andaikata anda tidak bersusah payah dengan keringan engkau untuk berjaya dan jangan engkau tersenyum sampai ketelinga dengan memberi tanggungjawab kepada orang lain. Bgitu juga untuk tidak bernafas andai jiwa engkau kosong….

Jangan mengeluarkan sesuatu perkataan jika engkau tidak yang dengan kata kata mu.. jangan terlalu direct dengan semua orang sebab semua orang tak seperti kita.. dan semua orang tak boleh terima semua yang kita buat… 

Jangan bergelak ketawa dengan orang yang tak serasi, kerana yang tidak memahami akan manarik muka 14… Jangan engkau meluahkan perasaan kepada mereka yang kering hati kerana engkau akan ditolak seratus peratus dan jangan engkau berkongsi masalah dengan mereka  yang tinggi diri kerana nanti engkau akan tersungkur

Begitu banyak karenah manusia walaupun kita diajar untuk bersabar, berterima kasih dan bersyukur…Kenapa semua orang mengambil langkah untuk menerpa bukan untuk tunggu, lihat dan bertindak.. api tak boleh lawan dengan api, air juga tak boleh lawan dengan air…. minyak juga tak boleh bersatu dengan air.. tapi air boleh berkawan dengan minyak dengan menampung minyak diatasnya…

Kucing dan anjing juga sering bergaduh, tapi kenapa ada cerita catdog??? manusia memang tak boleh terbang tetapi mengapa ada kapal terbang, payung terjun??? manus juga tak boleh bernafas dalam air kenapa pula ada kapal selam..?? dan banyak lagi yang kita boleh lihat.. Ini kerana kita ada akal untuk berfikir bersulamkan dengan pegangan agama…. Jadi bersamalah kita menghayati siapa diri kita, dan kenapa kita berada kat dunia ini.. Bukan untuk mencari persengketaan tapi nak mencari ketenangan…

Ps: aku tahu aku bukan professor, bukan orang yang mempunyai sijil untuk berkata sesuatu, tapi sebagai memperingati, aku reda dengan kehendaknya kerana dunia kini sangat kejam dan aku takut untuk menghadapinya bersendirian.. sekurangnya ada yang bersama dapat lah ditempuhi dengan ketenangan…. kata kata ini lahir dari hati.. untuk melihat senyuman dari setiap insan.. yang ikhlas dari jauh sudut hati dan bukan untuk berpura pura…