Sukar untuk aku ceritakan apa yang berlaku kepada aku sepanjang Ramadhan… Baru 7 Hari berpuasa… tapi Allah bagi dugaan kepada aku satu persatu….
Tuhan bagi dugaan itu sebab dia tau hamba itu boleh hadapi dugaan.. tapi aku macam memang tak dak kekuatan lansung.. tambah tambah apa yang berlaku….
Dari sem satu sampailah sekarang sem 5.. tapi aku tak pernah ada sorang pun dalam tempat ni yang betul betul kenal aku.. aku sedih.. aku sedih… kenapa aku jadi macam ni…
Aku sangat tiada kekuatan.. every semester ada sahaja benda yang berlaku… Aku tak pernah nak dapat kepuasan dalam bergaul..
Bila tak bergaul, dikata x involve…
Bila bergaul, ada plak tersalah cakap
Bila tersalah cakap, ada yang tarik muka…
Jahat sangat kah aku ini…
Aku memang berada diluar kawasa lingkungan selamat, dan aku tahu risiko yang aku ambil… tapi aku tak pernah menyangka segalanya akan jadi macam ni…
Aku tak pernah jangka aku ni jadi bola sepak takraw yang ditimbang… lepas tu bila jatuh, kena tunggu orang pg amik…
memang betul kata amry, Kunang kunang tak boleh membelah samudera…. Walaupun dulu aku cakap boleh, kali ini aku percaya kata katanya yang memang kunang kunang itu sangat kecil dan memang takkan dapat menjadi satu harapan yang besar untuk menjadi teguh…
Aku dan hati aku memang susah nak berkeras sebab aku sangat sayangkan persahabatan… Aku susah untuk mempunyai persahabatan.. aku sangat susah nak temui kawan… bila aku ada kawan… ada pula benda yang tak dijangka terjadi…
kenapa kawan kawn aku.. tak sama macam kawan aku… Fari macam mana ang jumpa kawan kawan..???
MAt Jun, macam mana kawan kawan ang ook sahaja…
Shahid… kenapa aku tak jumpa kawan macam ang kat sini… kenapa aku tak dak tempat lansung dibahagian sini…
Aku paham dunia disini sungguh kejam, bila kita ada sesuatu, orang akan pandang.. bila kita tiada apa apa… kita cuma sebiji bola yang dilontar….. Adakah aku bola itu..>?? mungkin…
Apa yang aku rasa sekarang inni… aku sangat sedih…. Walaupun aku ramai kenalan… tapi susah untuk aku cari sahabat dan juga teman.. yang mungkin beberapa orang boleh aku berkongsi.. tapi aku masih kosong… jiwa aku sangat kosong…
Aku tak berjumpa walaupun setin warna untuk aku catkan kehidupan aku….. hanya yang aku nampak beberapa titisan yang kejap sahaja muncul, dan kemudian hilang.. bila tiba waktunya akan muncul kembali…
Mungkin salah aku memilih jalan ini…
Mungkin juga salah aku kerana sangat girang dengan dunia ini…
Mungkin juga salah aku untuk berkata kata… tapi apa yang pasti.. aku mash lagi berpegang pada kata kata nenek aku….
“kita orang sederhana…. kita kena tau sapa kita walau dimana sahaja kita berada… Bila kita rasa kita boleh, cubalah berjalan… bila kita rasa kita boleh kejar, cuba kejar… kalau tak, kita berhenti… kita cari jalan lain…. tak salah kita mengalah, kita bukan nak berperang, kita nak mencari kedamaian….. tak jatuh pun keegoan dan maruah orang tu kalau mengalah….. Jaga hati orang, macam mana kita nak orang jaga hati kita dan minta maaf kalau buat salah sebab takkan jatuh maruah orang itu kalau dia minta maaf, tapi dimuliakan lagi hatinya… hormatlah kepada sesiapa sahaja yang kita jumpa.. tak kisah kecil atau dewasa… janji kita tau dimana kita bepijak..”
Aku cuba cari kekurangan aku.. aku selalu jugak minta maaf… tapi adakah maaf aku itu seperti hi atau bye… macam tiada apa apa makna terhadap perkataan itu… apapun aku cuba untuk memohon maaf jikalau aku wat salah.. tapi apa kan daya… aku tak berdaya…
Aku cuba lari.. tapi tak boleh.. yang pasti aku hanya menahan perasaan ini dan… suatu hari nanti bila aku tak wujud lagi dihati mereka mereka ini… hilang lah kenangan itu dan ianya takkan menjadi wlaupun satu episod dalam cerita kehidupan mereka…. Aku kini hilang arah dikala aku menulis nukilan ini….
Sebelum aku mengakhiri warkah ini.. satu sahaja yang aku boleh katakan.. kenapakah.. kawn kawn aku yang lain berkt bahawa campus life sangt seronok.. penuh dengan suka dan riang.. tapi suka aku hanya 20%… aku banyak kecewa berada disini.. kerana.. dalam menebalkan muka 4 inci ini.. sanagt sukar….
sangat sukar!!!