Malam semalam aku sangat emo dan aku pun tak tahu kenapa aku emo sangat.. tapi apa yang aku tulis tu memang benar laaa..
Cuma apa yang pasti rentak aku semakin tak sehaluan…. aku pasrah…
Hari ini aku cuba dengan melodi yang baru.. dimana aku melontarkan sedikit nafas baru dalam lagu kehidupan aku.. biarpun tak nampak.. tapi aku jelas mendengarnya..
cuma satu benda yang aku pegang dari kecik sampai sekarang… tapi aku tak pernah laksanakan….. “Pinggan tak retak, Nasi tak dingin…, Orang tak hendak akupun tak hingin…” entah kenapa aku cakap bila waktu aku sangat kecewa dan marah… tapi satu sahaja masalah aku.. kenapa aku tak pernah laksanakannya… selepas kemahan, kekecewaan itu padam… aku kembali seperti biasa… tak pernah terkesan dalam gurisan hati ini untuk menguatkan semangat bahawa itu yang aku pegang….
Shuhada pun cakap jadilah ikan dilaut… aku akan cuba itu… walaupun aku sekarang dan sebelum ni pun telah amalkannya.. cuma aku belum berjumpa kot dengan ikan dilaut yang lain…. yang isinya tetap tawar.. tetap kena boh garam bila nak masak… walaupun sepanjang hidupnya didalam air masin…
Melody aku kini semakin stabil walaupun kerosakan alatan itu masih nampak.. tapi tak apa lah… manusia ni mencipta melodinya…. allah yang tentukan dimana berakhirnya melodi itu.. dan adakah ianya akan terus berkumandang dalam jiwa.. atau… terlitup selepas ianya pergi.. dan takkan wujud lagi sampai bila bila…