Hurm… Banyak benda yang Allah cipta dan berikan kepada hambanya kerana ada sebabnya yang tersendiri…
Mungkin pada suatu ketika aku berasa aku sangat kehilangan… Kehilangan beberapa harta yang berada disekeliling aku.. Tapi kini aku sudah dapat melihat sebabnya dengan jelas sekali…
Pertama… Allah berikan hambanya itu dugaan kerana maha mengetahui apa yang akan terjadi dan dia tahu yang hambanya itu boleh menilai apa sebenarnya mesej yang ingin disampaikan dalam kehidupan ini. Mungkin kita kehilangan sesuatu.. tapi Allah memberi kita sesuatu yang lain….
Allah menidakkan kita untuk membicarakan sesuatu itu dengan yang ini, kerana allah beri peluang untuk kita bersama yang itu.. Dan Allah selitkan setiap sudut kejadian itu dengan mesej dan semakin haari semakin jelas. Sepertimana kita mahukan orang melihat diri kita, kita sebenarnya diberi peluang untuk melihat dunia…
Allah tidak memberi peluang untuk kita bersama ada sebabnya.. untuk memberikan pengajaran kepada seseorang itu agar hidup ini bukan itu sahaja malah ianya lebih besar dari yang dijangka. Selain itu, dapat juga kita mendisiplinkan diri tat kala kita memang terpaksa melakukannya.. dan akhirnya inysyaallah akan menjadi tabiat… Bayangkan.. sesuatu yang mungkin tidak akan menjadi tabiat, memang sesuatu yang baik.
Allah juga sebenarnya membuka peluang kepada setiap insan nya itu untuk mengenali setiap dari spesisnya tersendiri iaitu dimana letaknya kita dalam dunia ini.. Diatas kah..?? dibawahkah?? atau dimana sahaja kita diterima…. sesungguhnya kehidupan tak semestinya bergantung pada satu titik.. tetapi pada satu garisan yang boleh diukir untuk menlahirkan satu suasana…. melalui gabungan titik titik kemesraan…
Mungkin kita rasa kekadang hidup kita penuh, mungkin kekadang kita rasa hidup kita ksong.. tapi sebenarnya kita juga tidak nampak bahwa ianya yang akan mengimbangi kehidupan kita dan seterusnya akan sedikit sebanyak memberi pengajaran dalam kehidupan kita…
Kehidupan lepas.. perlu kita lepaskan.. yang pasti…. kita mulakan satu kehidupan baru.. dengan nafas yang lebih segar… bersulamkan kematangan fikiran bukan kematangan kata kata tapi emosi yang masih lagi murung… Hiruplah sedalam dalamnya udara yang segar dan hembuslah sebenaknya hati yang hitam itu kerana ianya akan merosakan titian kehidupan….
P/S: Disaat aku menulis warkah ini, aku sedang seadanya merelakan seorang lagi sahabt aku untuk pergi berjuang dalam kehidupannya… Faridatul Akmal ABdullah… JAga dirimu disana… Jaga perlakuanmu.. Kita kawan.. Sampai Bila bila………………………………..