Hurm aku nak citer sorang mamat kenalan aku gak arrr… tapi korunk xkenal arr sebab namanya tidak dapat dispecifikkan kerana aku sangat tak suka cara dia aproach manusia…. sebab apa.>????
Hurm tetiba datang mesej kat aku…..
Sunat-sunat Puasa:
1) Menyegerakan berbuka puasa apabila telah yakin waktu berbuka.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: “Allah berfiman: Hambaku yang lebih Aku cintai adalah mereka yang
menyegerakan berbuka”.
2) Makan sahur walaupun sedikit.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: “Makan sahur itu berkat, oleh kerana itu jangan kamu tinggalkan,
walau hanya sekadar meneguk seteguk air, kerana Allah merahmati orang-orang
yang makan sahur dan malaikat mendoakannya”.
3) Melambatkan makan sahur iaitu lepas daripada tengah malam dan sebelum
waktu imsak.
Ni syarat sah puasa plak
Sah Puasa:
1) Beragama Islam sahaja, lelaki, perempuan dan kanak-kanak yang telah
mumaiyyiz.
2) Suci dari haid dan nifas.
3) Sempurna akal fikirannya sepanjang hari itu.
4) Bukan pada hari yang tidak sah puasa eg. Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji
dan Hari Syak (30hb Sya’ban).