Hari ini hari Jumaat 24 Oktober 2008.. Jam 0041… Pukul 0830 kejap lagi bangun lah aku ke kelas terakhir aku buat semester 5 ini..
Baru semalam rasanya melangkah masuk ke semester 5… baru sehari lepas rasanya baru medaftar diri untuk smester 1 di uitm ini.. Sem depan tak tahu macam mana..
Yang pasti tiada kesibukkan yang teramat sangat kerana sesuatu yang baru untuk dipelajari…Keperitan semester ini banyak mengajar aku erti kehidupan.. Kesukaran hidup.. pengahayatan sesuatu kerja.. dan keluhuran untuk memberi dan menerima sangat dipelajari semester ini…..
Kesukaran membawa kepada kebahagiaan.. Setitik peluh itu amat bermakna utnuk setiap perilaku ku pada sem ini… Rakan rakan banyak memberi pengajaran baru yag tidak dapat dipelajari dalam kelas..Sedar tak sedar sem 5 akan berakhir 18 oktober ini.. dan seterusnya memulakan dan perseidiaan diri untuk semester baru… dan semester terakhir untuk diploma di uitm melaka….
Bilik d1207 adalah bilik keramat aku selama 5 semester.. Keperitan suka dan duka aku hitung dan bawa bersama selama 5 semester ini.. harap semua mendapat pengajaran memasing
Sem 6 belum tentu lagi untuk tinggal didalam.. walaupun pengambilan untuk sem depan adalah sedikit.. tapi aku tak pasti ianya akan dapat atau tidak… maka persediaan perlu dilakukan demi mendapatkan tempat tinggal yang dekat dengan kampus…
Apapun aku sudah mengantuk… dan aku harus bersedia untuk last presentation aku untuk semester ini iaitu untuk subjek audio visual video clip….
Harap segalanya berjalan dengan lancar dan baik..
semoga itu kepada semua pihak selamat maju jaya…
Peace…