Sebelum aku mengakhiri semester aku pada sem depan iaitu mengakhiri diploma di UiTM Kampus Melaka, aku sebenarnya telah memulakan langkah untuk mengucapkan selamat tinggal…. Pertamanya kepada mereka yang terlibat sepanjang aku belajar selama 5 sem ini. Bermula dari “Mm.. Hampa Meskom Ka?, Jom la duduk sebilik” sampai lah sekarang entah berapa patah perkataan yang keluar dari mulut aku dengan Mereka. Pertama dahulu aku bersama Hadi, Zaid dan Husnul di bilik D1207… Selepas itu, semester 3 kami ada ahli baru dibilik iaitu Syafiq. Semester pertama dia bersama kami, adalah dia dilihat dibilik.. selepas tu bilik tu hanyalah jadi sejarah peninggalannya sahaja…
Mula dahulu Senul membahagikan bilik kami kepada D1207-A dan D1207-B kerana ingin mengasingkan diri antara mereka dan aku serta Samdu. Apakan daya… aku yang memilihnya, maka aku harus tempuhi segalanya dengan tabah…
Selepas itu semester demi semester kami bersama.. ada kesah suka dan kesah duka.. paling banyak berdrama dalam bilik aku ini adalah antara aku dengan senul.. banyak gak drama kami buat…. adalah beberapa kali…. kamikan pelakon hebat.. tapi sedar tak sedar semuanya telah pun tamat semester 5 ini…
Kenapa?
Sebab selepas ini mereka tidak lagi bersama aku semster hadapan untuk tinggal dalam bilik ini kerana mereka stay dekat taman dimensi bersama syamil daniel izwan dan ali serta hambali. Tak pa laaa Pada awalnya aku bersetuju untuk stay dengan mereka, tapi aku terpaksa buat pilihan seterusnya kerana aku terpaksa tinggal dalam mengikut kehendak family aku.. Apapun aku dah minta maaf dekat semua orang dan memberri penjelasan kepada zaid.. Maaflah yer… memang tak disengajakan.. keputusan aku tapi sumber aku bukan datang dari aku…
Seterusnya semester hadapan tinggallah aku dalam bilik itu dan tidak tahu siapakah yang akan aku berjumpa… Syamil, Senul n Daniel cakap maybe lepas ni dorang cakap dorang akan nampak ada orang berkawad dengan macbook. Saper tu? aku lah… Sebab kat UiTM tu, aku jaa selalu galas laptop aku kemana mana.. sampai orang pun cemuih nak tgk…. Tapi takper laa nak wat cam ner.. Untuk pengetahuan korunk.. aku sebenarnya suka kawad ni.. cuma masuk PBSM waktu part 1 dulu bukan satu pilihan yang tepat sebab aku ingat aku nak tambah sijil PBSM aku kat peringkat negeri, tapi xboleh.. segalanya mati sebab PBSM uitm yang selalu lepas pelajar lewat dan exam yang menyusahkan padahal tak dak benda pun…. Aku dulu skuad leader kat sekolah… Pegang 3 tahun skuad leader untuk PBSM ok, dan tahun kedua waktu aku pimpin tu kami menang kawad dan kalahkan bomba, silat, taekwando dan badan NGO yang lain.. Aku gak ikut kem pengakap semua join gak kawad ni, PKBM (Kadet bersatu Malaysia) Kadet Polis ader sorang tu yang banyak bagi inspirasi.. si Faridatul Akmal laa.. Lagipun aku Ketua Pengawas sekolah dulu.. so Kawad plus pegang macbook tu tak jadi masalah.. aku bukan terasa atau nak menunjuk.. tapi mungkin kat UiTM aku menjadi hamz dan bukan DD… Selepas ni aku akan jadi DD balik Kot…..
Sebenarnya aku rasa tak dak sorang pun kat UiTM yang bebetul rapat untuk share ngan aku sebab mereka ada kumpulan.. mereka ada kawan dan mereka ada best friend forever.. tapi itu mereka… mungkin ada sorang dua yang aku luahkan perasaan.. btw terima kasih kerana sudi mendengar kepada orang itu.. orang itu sahaja yang mengenali aku lebih skit pada yang lain.. Nak kata aku tak aktif,aku aktif.. tapi tak banyak yang boleh aku disclose ngan kawan kawna sebab aku tak rasa macam orang boleh ambil tau keadaan aku kerana maybe aku orang tua??? hahaha biarlah next sem dah sem last….
Apa yang pasti itu mungkin perangai Hamz.. dan bukan Hamzani atau DD… perangai dua dua agak berbeza.. dan bila aku ceritakan kat rumah kat kampung… memang kawan kawna kat sini sangat tekejut.. aku cam meng’iya’kan sahaja.. terima tanpa defence back.. what to do.. terlebih cakap skit t ader yang sntap, tarik muka dan aku hilang kawan.. walaupun aku diam aku tak berdendam..tapi memikirkan mungkin ada baiknya aku mengalah.. kalau tak.. nnt tak dak sapa plak nak cakpa ngan aku.. kan??
Hurm banyak pula aku membebel.. tapi sebenarnya ini baru sedikit kalau nak dibandingkan dengan pengalaman 5 sem ini….. Mungkin berat mungkin ringan tapi aku tanggungnya juga….
Aku pun mempunyai sebab juga untuk tidak bersama, tidak memberi sebab dan tidak berkata kerana setiap darinya mempunyai sesuatu yang berbeza dan alasan yang tersendiri.. Orang kata benarkanlah biar ianya pahit… Tapi sebenarnya… pahit dari mulut orang lain mungkin tak apa…. tapi pahit dari mulut aku susah nak diterima.. soalnya seperti… Pola nak minta cotton butt, pasal nak cerita, pasal terlebih kata, pasal mungkin bermosi tapi tak dapat diluahkan, aku pula menjadi tempat persembahan dan sebagainya.. tapi itulah kehidupan….
Apapun aku harus hidup dengan hitam putih agar dapat menunjukkan makna segalanya.. kita mungkin tak dapat mengenali diri dan kesalahan kita… tetapi… apa guna cermin yang sedepa kalau kita tidak dapat menyuluh…. kalau tak nampak kita letak torch.. kalau tak pun pasang spotlight… gehheheh
Apa yang pasti semua tu jadi kenangan bukan nak mengungkit apa… yang pasti semua tu kenangan.. tak boleh diulang kembali… kecuali kalau nak mengungkit… makan tiadalah pandangan kearah hadapan…. Yang pasti kenangan akan tinggal kenangan… Aku tak pasti macam mana kenangan itu akan diiangat dan dikenang, yang pasti.. aku nak juga tgk dan lihat… braper orang jer yang boleh kenang nama aku… memori aku dan ada no telefon aku.. Aku mungkin bukan insan pilihan disana….. seperti aku diKedah… tapi kehadiran aku dalam hidup mereka sebagai mana kehadiran mereka dalam hidup aku sebenarnya mencorak, mewarna dan membentuk fikiran memasing untuk memilih haluan memasing… Bak kata zaid…. “ko xleh buang sapa sapa dalam hidup ko kerana dorang yang membentuk kehidupan ko sekarng ni” betul tu zaid.. aku akan kenang perkataan dan situasi dimana ko bercakap itu…
Bercakap pasal kenangan… Dibawah inilah beberapa kenangan dalam bilik aku dimana selepas ini aku takkan dapat lihat dengan mata kasar aku lagi buat selamanya di bilik D1207…

Kereta senul kat bawah blok.. Kereta yang bawak aku ke kelas setiap pagi.. Terima kasih banyak senul/… Jaamu dikenang.. mungkin aku tak dapat membalasnya.. tapi satu sahaja yang aku minta… datanglah melawat aku di Kedah.FM bila ada masa nanti….

Kasut zaid dan senul bawah katil senul.. mungkin mereka tak sedar.. tapi setiap kali aku masuk bilik, aku akan melihat perubahan kasut kasut ini… Bukan nak tgk dah jadi buruk atau ada kasut baru.. tapi nak melihat… selama aku bersama mereka…. berapa banyak dah pengalaman yang aku timba dari langkah hidup mereka

Baldi biru zaid.. tempat dia meletakkan pakaian kotor.. satu nya baldi yang aku selalu nampak dalam bilik ini kerana senul punya selalu bawah kerusi dan tak nampak sangat.. baldi ni.. buka jer pintu terus nampak.. lepas ni apa pula nak ganti baldi tu…

Ni tuala senul ngan zaid.. dari dulu sampai habis sem 5 mereka pakai tuala ini dan ianya akan kekal dalam ingatan aku… sampai bila bila sebab tuala mereka inilah yang menghiasi belakang pintu bilik kami…

Tempat study senul, bawah tu ada baldi senul itu jeans senul, waller senul, botol air senul, beg galas senul, buku comm research senul bak kata, inilah tempat senul… pernah 3 atau 4 kali jer sepanjang 2 tahun setengah aku duduk di tempat senul ini, tu pun sebab nak formatkan laptop dia dan tgkkan broadband dia…

Ni lah katil zaid… 2 kali jer aku naik sepanjang 2 tahun setengah..pertama waktu nak try rasa, then kali kedua tu naik kejut zaid kut sem 3 xsilap..

Ni tempat senul… tak sampai 20 kali.. kira banyak kali gak arr aku duduk tempat ni.. tapi Samdu yang tinggalkan banyak kenangan, kan senul????
So tu jer laa wat tatapan kali ini…. Sedih sangat tak tau nak cakap macam mana… sebab sebelum ini pun aku sanagt sedih berpisah dengan kawan form 6 dan form 5.. even kami tak pernah tidok sebilik sekatil atau seasrama… yang pasti kali ini aku akan lebih mengenangi memori bersama Zaid dan Senul yang banyak mengajar aku erti kehidupan walaupun mereka muda 2 tahun dari aku…
Aku harap sebelum memasing bawa haluan memasing… ingin sekali aku keluar bertiga… dan makan as rumate dan bercerita apa yang tidak pernah tercerita…. walaupun… hakikatnya… mereka berdua lebih mengenali diri masing masing….
sekian….