It’s All About The Need of JPJs Cooperation..

7 12 2008

dsc03499

Hurm cuba kita lihat keadaan kereta diatas… Bukan kecantikan atau keluhuran atau kebaikan dia menjaga kereta.. Tetapi tengoklah bagaimana dia meletakkan kereta beliau menyebabkan kesukaran aku untuk meletakkan kereta. Keadaan ini berlaku di Klinik Kulit Jitra.. Berdepan dengan Klinik itu dan aku terpaksa meletakkan kenderaan aku jauh dari klinik dan membawa nenek aku berjalan jauh semata mata kerana keadaan ini.. Hal ini sebenarnaya salah satu daripada aduan aku untuk memohon kerjasama pihak yang bertanggungjawab….

Pertanyaan dalam jiwa aku dari dulu sampai sekrang ialah… Boleh atau wajarkah rakyat Malaysia khususnya pemandu kereta mengambil lesen semula setiap 10 tahun? Berdasarkan kajian aku sendiri laa akn.. Aku rasa memang wajib dan perlu kepada pemandu pemandu Malaysia yang sememangnya menyakitkan hati apabila kita memandu. Mungkin ada orang akan kata, ko lain Ham, ko baru lagi dalam pemanduan ini. Yer memang aku masih baru, tapi peraturan memang peraturan…

Sepanjang beberapa tahun lepas aku ada lesen motor pun aku ikut peraturan apa… Just kereta aku baru sahaja ada lesen… dan itu tidak menghalang aku untuk tahu undang undang… sebab setahu aku kita pg kesekolah memandu bukan untuk belajar memandu sahaja, tetapi juga kita kesana untuk belajar undang undang jalan raya…

Keadaan diatas tu salah satu dari undang undang meletakkan kenderaan…. Dijalan raya aku tak dapat nak capture gambar sebab aku yang memandu… kalau bukan aku yang memandu, aku nak jer tunjukan keadaan dimana bas berada dilorong kanan sekali dan menyebabkan pergerakkan dilorong memotong lambat, dan orang lain akan memotong disebelah kiri, beberpaa kejadian dengan aku dimana tok haji ni laa kan… biasa laa memakai serban mereka naik motor, berada ditengah jalan sampai kereta pula terpaksa menyimpang takut terlanggar mereka… Ingat dah bagus sangat aa tu sampai orang lain terpaksa mengelak… Lepas tu yang naik kereta muatan lebih disebelah kanan jalan menyebabkan pergerakan menjadi perlahan. Benda ini dan memacam lagi yang aku dilaht dijalan raya dan menyebabkan selumbar mata aku melihat keadaan ini…

Jadi pada satu ketika aku bertanya kepada salah seorang orang yang berpengalaman dalam masyarakat kita mengenai maslah jalan raya ni.. Dan jawapan yang diterima seperti yang aku sendiri predict…. ” Kalau dah kata baru lepas belajar memang laa ikut peraturan, lepas tu lama lama wat per nak ikut, kita jalan selagi kita sampai ok laa….. tak payah hirau sangat laaa undang undang ni… selama ni aku bawak pun tak kena saman pun..” n satu lagi yang aku terima  ” Eh kita kat KL ni kena ikut cara laa orang kl ada cara bawak kereta, kedah ada cara ok… memang semua orang buat macam tu kot…” Tapi aku sendiri berfikir… sampai bila kita nak jadi semua orang, kenapa kita tak jadi diri kita…. Bawa kenderaan ikut peraturan dan selamat… kalau kata bukan rezeki kita, tu kita berserah pada Allah SWT laa kan… Selama aku dengan kawan kawna, aku puji cara syamil bawa kereta. setiap kali naik kereta dengan dia, dia pasti cakap, “Hamz pakai tali seat belt Ham” walaupun aku penumpang.. Tu laa yang aku suka ngan seorang pemandu ini…

Then sorang lagi kawna aku ni, aku cerita laa buku undangundang tu habis tak buat??? then dia ccakap ” alah wat per laa nak wat bagi betul semua, setakat lepas 42 betul ok laa tu lepas nak amik test” tapi kalau kita fikirkan balik la kan.. perlu atau tak kita tahu semua benda… Sebab kalau dalam exam, kita dpat markah kurang memang laa tak apa sebab itu hanya dalam kelas, lepas tu ada exam lagi, tapi kalau dalam kehidupan, tuhan bagi kat kita sekali sahaja peluang untuk hidup dan buat apa sahaja walaupun orang cakap, we deserve a second chance, cuba tuhan amik nyawa tu…. tgk apa jadi….

Jadi wajarkah cadangan untuk setiap 10 tahun kita pergi renew lesen bersama test… Bagi aku, aku setuju bukan setiap tahun, tapi 10 tahun.. unutk revise kembali apa yang kita belajar… kekadang tak semestinya kita dah power bawak kereta tu, kita tau undang undang kan.>?? tak semestinya orang bawak sport car tu boleh tahun undang undang dan tak semestinya orang yang dah lama pegang stereng kereta itu boleh bawak kereta lebih baik dari yang baru bawak kereta.. semua ini kerja tuhan kan…

Jadi sesamalah mempertimbangkan cadangan ini yer.. sebab ni semua untuk keselamatan kita dijalanraya dan tak nak lah mati katak dijalan raya sampai terburai urat perut tu.. :D

Sekian Terima Kasih….